Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 15, 2009

Al-fatihah kepada Paklong wa..

Oleh : AdukaTaruna

Wa baru selesai menghadiri pengurusan kematian Pak Sedara wa. Abang sulong kepada arwah abah wa. Al-fatihah kepadanya, dan kepada seluruh muslimin, muslimat.

Paklong wa sakit sama cam abah wa dulu. Kanser hati. Sakit dalam perut. Setiap insan pasti merasai mati. Itu fakta. Dan menjelang Subuh tadi, giliran Paklong wa pula merasainya. Wa pun tak tau berapa lama insaf nih.

Yang pasti nenek wa pasti merasai kehilangan 2 anaknya. Nenek wa asyik sebut dah 2 orang anak dia takda. Touching la plak wa.

"Dah duo dah takdo anak den dah.. patut eh, dio yang usung den..."

Abah n Paklong wa bukan dah takde beb. Tapi berpindah alam jer. Wa sentiasa implan menda alah nih dalam kepala otak wa, dalam kepala otak adik-beradik wa.

Sebut bab perpindahan alam, kita berada di alam dunia ini tetap perlu menguruskannya. Tetap perlu terus melaluinya. So, wa takan ulangi kelemahan wa, kerugian wa, dalam bab memori dan rujukan anak cucu.

Detik pengurusan perpindahan alam Abah wa dulu, wa tiada kekuatan, kesempatan, kemudahan untuk ini. Dan bila tiba giliran Paklong wa, tidak dapat tidak, wa tak akan biarkan waris Paklong wa rugi memori dalam bab kehidupan dunia.

Maksud wa, wa merakamkan detik2 pengurusan Paklong wa berpindah alam untuk rujukan dan tatapan generasi Paklong wa. Rugi generasi Abah wa tidak mempunyai simpanan memori itu.

Macam biasa, tindakan wa merakam detik pengurusan, detik kesedihan, detik kebumian ditentang hebat oleh saudara-mara 'jauh' (selain sepupu, Pak-Mak Saudara di mana kurang bergaul dengan wa lah) wa. Stendet beb. Melayu mentafsirkan Islam ikut suka hati budaya mereka sahaja.

"Tak baik Ngah..."

"Tak pernah dibuek kek orang.."

Wa cool n senyum jer. Pak2 sedara wa, nenek wa dah faham perangai degil n nekad wa. Lepas wa dapatkan persetujuan Abang Fahmi (anak lelaki Paklong) jer, wa terus rakam. Apa rujukan lu nak kata tak baik? Apa prinsip falsafah lu nak kata setiap yang tidak pernah dibuat orang adalah salah selama-lamanya?

Smol meter, senyum dan buat. Hanya wa sahaja berhak rakam (atas persetujuan waris), dan yang lain tidak dibenarkan.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan mudah. Selepas Zohor. Cuaca redup berawan. Tidak panas. TQ Allah.

Setelah semuanya selesai, beberapa saudara 'jauh' wa bertanya sama ada wa buat dalam bentuk CD atau tidak?

"Ya, insyaallah, Angah akan buat dalam bentuk CD."

Tapi, wa tak bagitau, yang wa akan nasihatkan Abang Fahmi supaya tidak mencetaknya atau membenarkan ianya dipinjam. Hanya ditonton di rumah, dan disimpan hanya untuk tatapan waris terdekat.

Kaklong, Abang Fahmi, Inas pasti akan ada anak lagi, di mana mereka terlepas memori itu. Dan Rina pula akan berkahwin nanti. Ianya akan menjadi rujukan lu orang semua. Jangan rugi macam gua.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

3 comments:

cyberboron said...

Ta'ziah dari aku untuk Tuan Aduka dan seluruh keluarga Mudah-mudahan baik belaka adanya.

Bab 'rakam' tu, aku pun teruja juga dengan idea dan prinsip Tuan.

AdukaTaruna said...

tq bro...

Anonymous said...

Takziah gak dari wa bro.....

-abanghensem