Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 1, 2009

Adik paling kecik wa terkejut.


Oleh : AdukaTaruna

Pagi Ahad ni banyak pulak wa nak menaip. Hahaha. Adik kecik wa darjah 6. Dulu dia pernah melopong tak percaya bila wa cerita tambang bas dari rumah ke sekolah 20 sen.

“Beli gula pun baru dapat 2. Caner tu?”

Sekali mak wa menyampuk kuih masa zaman mak wa 5 sen, wa dengan adik wa pulak yang melopong. Hahaha.

Di sini wa catitkan harga barang zaman wa kecik2. Zaman 80an. Lu orang pulak sila catitkan harga barang zaman lu orang. Hahaha. Fansuri yang lahir tahun 2000 tu mesti terkejut. Kak Memot yang lahir tahun 90an pun mesti terkejut gak. Miahahahaha.

1. Gula-gula. 10 sen 3 biji.

2. Nasi Lemak bungkus daun pisang. 30 sen.

3. Kuih-muih. Sebiji 20 sen.

4. Mercun Thunderclap 30 sen sebatang.

5. Keropok Kam Kam 20 sen. (siap ada patung kecik heroman dalam tuh)

6. Din Dang 20 sen. Ada mainan dalam.

7. Tora 50 sen. Ada mainan gak dalam.

8. Tikam. 10 sen sekali tikam. Ni kalau abah wa tahu, kena getah paip wa nih.

9. Tambang bas Paroi-Ampangan 20 sen (5 km). Paroi-Seremban (8km) 30 sen.

10. Tiub motor / basikal. RM1. Dulu main tampal jer. Sampai dah kena sound dengan pomen baru tukar tiub tuh.

5 comments:

elyn said...

err.. kami kecik2 tak digalakkan makan jajan nih. bnyk MSG, mencacatkan pertumbuhan otak n merencat perkembangan genetik.. haha..

tp, ada gak la harga yg sy ingat n tgk kawan2 slalu beli....

kuih 20sen

nasi lemak dlm plastik 20sen

dingdang 30sen

ek krim kampung 10sen

gula2 seposen dua bijik je

coklat bentuk duit emas seposen

tikam 10sen. tapi sumpah sy tak penah main tikam2. hahaha...

blanja skolah, 50sen. huhu..

upah gi kedai 20sen

upah cabut uban atuk 10sen sehelai rambut putih (atuk x bnyk uban lg mase tu.. haha)

Fansuri

lelaki_ini said...

dulu b'cinta nak beli Tora tu. nak ada 50 sen cam tggu taik bintang jatuh.

mercun Pop Pop dr dulu smpi skrg msh RM1, hehe

maymot said...

yo la tuh dak somban oiii,, :-P

Taim akak sekolah rendah kat kedah dolu2:

1)karipap 5 duit
2)laksa 1 pinggan 15 duit xboh teloq,2 kupang boh teloq
3)nasi lemak sekupang sebungkus
4)ayag oren sekupang seplastik
5)coklat duit(yg keping2 rasa plum,yg wat kek lapis serawak tu..)5 duit
6)eskrem mesia 5 duit
7)chickadees sekupang
8)anak patung kertas boleh tuko2 baju 2kupang
9)ais kepal-kecik sekupang,besaq 15 duit
20)gula2-5 duit 3biji

Anonymous said...

kat mot,
ni akak ni konfom lahir zaman jipun kan kan... pastu ni harga zaman british kan kan....

:p

Anonymous said...

pasal mainan tikam² tu dulu aku penah jadi tokey tikam dulu..... hahaha.... best woooo..... banyak dapat duit.... tapi orang tua aku tak tau aku jadi tokey tikam tu..... kalau tau teruk aku kena tibai....

-abanghensem