Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 20, 2009

Serban bukan sunnah la bai…

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Lu nak pakai serban, silakan. Wa hormati. Lu lagi bagus dari wa. Tapi kalau lu kata serban tu sunnah, wa bangkang. Dan wa akan berkata bukan sunnah. Kalau lu berkeras jugak kata serban sunnah, its ok. Wa hormati. Namun, di ruang-ruang yang mampu dicapai wa, wa tetap akan sampaikan serban bukan sunnah.

Definasi sunnah.

Wa memberi definasi sunnah ialah : Ketetapan. Kalau Sunnah Allah, bermakna Ketetapan Allah. Kalau sunnah Nabi Muhammad, ketetapan Nabi Muhammad SAW.

Serban bukan ketetapan Muhammad SAW. Kayu sugi bukan ketetapan Muhammad SAW. Unta bukan ketetapan Muhammad SAW. Itu semuanya adalah pembolehubah. Benda atau alat.

Pedang atau panah bukan sunnah. Itu pembolehubah. Ketetapan Allah menetapkan panah lebih jauh kuasa membunuh dari pedang. Senapang lebih jauh keasa membunuh dari panah. Dan seterusnya. Itulah sunnah.

Serban bukan sunnah.

Wa agak letih kerana Melayu sentiasa dan sentiasa menjahamkan keindahan Islam. Patuhnya kita kepada ketetapan Allah, bermakna kita patuh kepada Allah. Dan memang terdapat kes-kes di luar ketetapan Allah. Tetapi itu hak atau kerja Allah. Hak atau kerja kita ialah menurut ketetapan Allah.

Helmet ditetapkan boleh melindungi kepala. Perisai boleh melindungi tetakan pedang. Baju besi boleh melindungi hunusan panah. Ini ketetapan atau sunnah. Pembolehubahnya ialah helmet, pedang, baju besi dan panah.

Bangga melanggar sunnah Allah.

Daya tafsiran Melayu sentiasa sempit. Penerokaan otak agak terbatas. Ketika umat lain mengkaji ketetapan Allah, sunnah Nabi, Melayu bangga dengan tafsiran sempit.

Dalam kes keselamatan jalan raya, helmet adalah afdal berbanding serban. Dalam kes peperangan darat, roket2 lebih afdal dari panah. Dalam kes-kes perhubungan atau pengangkutan, kenderaan bermotor lebih afdal dari unta.

Tetapi Melayu sentiasa gagal menetapkan falsafah. Yang mana pembolehubah, yang mana ketetapan yang mutlak.

12 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
maksud sunnah.
1. bahasanya ialah Jalan,perjalanan atau ketetapan
2. a) istilahnya(ulama' usul) ialah perkataan, pengakuan dan perbuatan Nabi saw juga termasuk ijma' sahabat.
b) Juga (ulama' syariat)bermaksud buat boleh pahala, tinggal tak dapat apa2.
adakah serban itu sunnah?
pendapat yang kuat ialah ia bukan sunnah. ia adalah adat arab di masa itu. walaubagaimana sesiapa yang membuatnya kerana cinta kepada Rasul saw, ia dapat pahala kerana cintanya bukan kerana serbannya.
adapun orang yang memilih penjara kerana serbannya kerana itu pendapatnya itu baik untuknya bergantung kepada niatnya. dan sepatutnya tuan aduka tak perlulah memarahinya kerana ia tidak merugikan sesiapa pun. bahkan kadang2 serban itu lebih baik daripada topi keledar kerana kemalangan berlaku biasanya kerana sikap dan pastinya saya rasa bila pakai serban sikapnya jadi baik sikit menyebabkan kemalangan pun semakin kurang.

c)

Anonymous said...

saya respect pada AT.(mmg ada belajar ke atau berfikir sendiri).mmg umat Islam skrg ni (bukan melayu je,satu dunia cmtu) salah anggap sunnah ni.ramai yg tak menggunakan aqal yg Tuhan beri.apa yg nabi pakai,nak kena ikut.janggut nabi,tapak kaki nabi la,nak simpan.itu bukan ajaran Islam yg Allah nak sampaikan melalui nabiNya.Allah utus nabi utk manusia mengenali siapa Tuhan.tapi smpai skrg manusia terlalu mengagung2kan nabi lebih dari Allah yg maha agung.

Jika manusia mengenali Allah,mmg terasa sangat hampir Allah tu,sampai nak buat dosa pun tak berani.umat Islam skrg macam mana?sebenarnya Islam semakin rosak dimana2 dan mmg ini tanda akhir zaman.

Sunnah Allah mmg ada.sunnah nabi takde.nabi dah tunjuk jalan menuju Allah,kenapa pulak kita nak menuju (meniru) nabi?nabi hanyalah seorang manusia biasa.sebenarnya jin dan syaitan byk mainkan peranan utk menyesatkan manusia.iblis berjanji akan menyesatkan manusia sampai hari kiamat KECUALI org2 yg ikhlas.org yg ikhlas,mmg syaitan surrender.

kalau kita tak ikhlas,pakai serban nak menunjuk2 konon alim,tu yg ramai kena kacau syaitan ni.godaan dia sangat halus sampai kita rasa pakai serban ni pun sunnah yg dpt pahala.cuba tanya diri sendiri,ikhlas tak pakai jubah,pakai serban,berjanggut?nak tunjuk kt org ke atau nak dpt pahala ke...org yg betul2 ikut Islam ni,pahala2 dah tak main dah.sila berhati2 dgn godaan halus syaitan.semulia2 di antara kamu ialah yg paling bertaqwa di antara kamu (bukan ilmu-pakar hadis ke,pakar usuludin ke;bukan pangkat;tok guru ke,ulama ke,ustaz ke;bukan harta dsb)

Anonymous said...

setakat yang aku tahu,nabi itu kekasih Allah.manusia yang amat disayangi oleh allah.hinggakan seseorang itu tidak sempurna iman jika tidak terlebih kasih kepada allah dan rasul selain dirinya sendiri dan dua ibubapa.hinggakan sesiapa yang menyanggah rasululah seolah-olah dia sanggah allah taala.penghulu segala nabi yang memberi syafaat kepada umat nya diakhirat nanti.ko tau x,betapa lebihnya nabi apabila berjasa kepada manusia menunjuk jalan yang benar agar kenal allah,segala makhluknya,ketetapannya,undang-undang,alam serta hukum-hakamnya serta kenal sape diri kita yang kerdil.abis,orang yang berjasa begini,yang menyelamatkan ko dari kegelapan kepada cahaya macam ni ke ko layan dia??aku xtaulah mana fahaman ko ni.ko ni pengikut yang xcaya pada hadis2 rasululah ker??sila jawab brother.

-Ammar-

webmaster said...

serban tu sunnah le brader. Jangan jadi mangkuk hayun macam wahabi. Sunnah fi'liyyah rasulullah saw.

lelaki_ini said...

2007 wa penah open thread isu ni dlm forum TKO. Wa minta forumer bahaskan konsep pemahaman wa antara amalan & alat dlm sunnah.

Amalan : membersihkan gigi
Alat : kayu sugi

Amalan : bermusafir
Alat : unta

Amalan : menutup kepala
Alat : serban

Based on fakta di atas, pd wa amalan lah sunnah, sedangkan alat bole berubah mengikut keadaan & zaman. So wa bangkitkan 1 soklan ;

Nabi SAW pakai jubah. Jubah adalah alat. Jubah juga adalah pakaian tradisional masyarakat setempat Nabi (Arab). So adakah jika kita pakai pakaian tradisional masyarakat setempat kita (Melayu) iaitu baju kurung, songkok, kain samping dsb juga dianggap sunnah? Maknanya:

Amalan : pakaian tradisional masyarakat tempatan
Alat : jubah

Sayangnya wa msh x dpt jawapan dr thread tu. Ada yg melalut, ada yg rigid, ada yg b'debat sesama sendiri. Last2 x de sape jawab soklan wa tu.

Kalo ada sesape ada jawapan, wa alu2kan.. kita bincang.

muhdzahari said...

bro, sunnah adalah apa yg nabi buat, kan?

AdukaTaruna said...

bagi wa, sunnah ialah penyelesai / ketetapan yang nabi tunjukkan.

Contoh :

Pengangkutan. Kalau jauh penyelesaian Nabi naik unta. Kalau dekat, naik keldai.

Contoh :

Ada masalah, penyelesaian (sunnah) nabi ialah bermesyuarat. Atau solat istikarah.

Anonymous said...

wa setuju dengan komentar yang pertama.
wa juga setuju dengan komentar dari webmaster....
lelaki_ini, try buka thread di UtaraOnline, kita bincang2 santai di sana (hehe AT wa promote sket)

Namun selama wa hidup ni, tak pernah pulak dengar benggali kena saman sebab pakai turban, dabel stended ka?
~zaminc~

Anonymous said...

Salam..

Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:

Sabda Rasulullah SAW:

دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء

Maksud: “Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.


Sabda Rasulullah SAW:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس

Maksud : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai serban bersama kopiah”.

Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada umat manusia ketika ajal sedang menjemput baginda,baginda memesan agar umat ini meggigit sunnah kerana akan datang satu hari nanti manusia akan cuba menarik sunnah dari pegangan umat Islam. Sehinggakan kalau digigit dengan incicivus, pasti sunnah itu akan tercabut lantaran kuatnya tarikan manusia yang memusuhi sunnah. Kerana itu Rasul menyuruh kita menggigitnya, dengan kuat, menggunakan gigi geraham, agar nanti bila ditarik pasti sunnah itu tak terlepas.

Berdasarkan Tarjih yg muktamad yg telah dibincangkan dalam Ilmu Usul Fikah :

"SERBAN adalah "SUNAT"dan Sunnah yang Masyru'.Bukan mengada-ngadakan hukum dan bid'ah atau Harus".

Lantaran itu boleh dijumpai ,dimana-mana kitab Usul Fiqah satu Qaedah yg berbunyi:
" Mudawamatu Nabiyi Saw, tufiidu Afdholiyah".

Ertinya :Berkekalan Nabi saw mengerjakan sesuatu perkara itu memahamkan keafdholanNya ( yg sudah tentu dimaksudkan dgnnya Sunat/ mandub/ dan sebagainya drp istilah yg semakna sunat. )

-Sheikh Muhammad Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu, beliau memberikan jawapan berikut :
”Telah tsabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang :
1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
2. memakai serban tanpa kopiah
3. memakai kopiah tanpa serban
Di akhir jawapannya, beliau berkata: Walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat, tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah SAW berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala.”

Remy Azam said...

Assalamualaikum.. AT dan saudara seagama ku sekelian.. Usah berbalah usah berdebat tentang agama.. SALAM UKHWAH FILLAH..

pada aku.. Senang jea.. Jika aku ingin ilmu aku cari guru..jika aku ingin tahu aku belajar mengetahui tentang sesuatu dari sesuatu..

Naah..Tak perlu emosi.. Be Positive..

Dari pemikiran melayunya AT.. Mungkin ada betulnya.. cuma jika kita dalami AL QURAN dan HADIS itu.. InshaAllah akan bertemu jawapan nya..

Wallahualam..pesanan; AT Jika ada kesempatan pergila berjumpa para ulama para wahabbi tanya face to face.. baru puas hati.. pergi ke negeri arab buat kajian terperinci.. pasti ada jawapannya..sebab kadang kadang kalau kita main cedok kea.. ILMU ni.. takut nanti.. kita tersasar akidah.. MAAF.. sekadar pandangan..
SALAM UKHWAH FILLAH.

Unknown said...

Beriman kepada Rasul.apa Maksud nya

Unknown said...

Beriman kepada Rasul.apa Maksud nya