Skip to main content

Isteri PM Malaysia asyik keluar dalam Melodi.


Oleh : AdukaTaruna

Semua media Barisan Rakyat kena bersatu sokong Paklah.

Najib belum tentu lebih baik kepada rakyat atau lebih baik kepada politik Barisan Rakyat sendiri. Wa berpendapat media BR, pemimpin BR atau khususnya pemimpin PAS, kena sokong Paklah mengekalkan jawatannya sehingga PRU13 atau selama mungkin.

Apa yang wa lihat, khususnya PAS, membiarkan kenyataan Presidennya, mengenai permintaan Paklah mengekalkan jawatan, secara sendirian. Ini agak sedih pada wa, sedangkan ianya sangat perlu dan penting.

1. Usaha Paklah memberi nafas baru kepada masalah rasuah mula kelihatan. SPRM menangkap penjenayah wang UMNO di sini sana.


Di satu sudut rakyat pro UMNO, pandangan mereka akan terpecah kepada 2. Satu harapan kembali kepada Paklah. Satu lagi akan menyertai kelompok atas pagar yang bosan kepada UMNO.


Manakala rakyat atas pagar dan pro BR akan semakin yakin memilih sebuah parti yang belum rosak untuk mentadbir negara.


2. Seandainya Paklah disokong penuh mengekalkan jawatan PMnya, kita berpeluang melihat kesudahan Najib akan kes Altantuya. Adalah mencurigakan seandainya kes Altantuya berjalan ketika Najib mengambil-alih pentadbiran negara, sedangkan kes itu dikaitkan dengan dirinya.


3. Paklah boleh didesak melaksanakan system dakwat untuk PRU. Kerana pengekalan Paklah sebagai PM dibuat atas dasar penambah-baikan.


Sedangkan Najib belum pasti. Malah boleh jadi menjahanamkan system demokrasi dengan lebih teruk kerana Najib memerlukan lebih ruang untuk bernafas di permulaannya.


4. Ponit yang ke 4 sedikit aneh. Namun penting. Kita tidak boleh membiarkan Rosmah mengalirkan duit ke luar negara dengan obsess ter hadap shopping.


Kita tidak sanggup melihat Rosmah diberikan slot secara berasingan dengan Najib bagi perutusan Tahun Baru, Hari Raya, Maal Hijrah, etc.


Kita juga tidak sanggup isteri Perdana Menteri Malaysia ini kerap menjemput artis Bollywood, slot khas mendendangkan seni karaokenya, mencampuri urusan hiburan, bergaduh, meletupkan dengan artis wanita, keluar dalam rancangan Melodi dan sebagainya. Sungguh-sungguh tidak sanggup.

Comments

  1. wa x nampak sokongan penuh PR mampu mengubah pelan peralihan kuasa Mac ni. Peduli hape dgn sokongan PR, yg penting Dolah, Najib, MT UMNO, akar umbi smua setuju dgn peralihan kuasa.

    wa masih t'tanya, knpa Rosmah dijemput naik ke pentas nyampaikan anugerah dlm AJL baru2 ni. ape kaitan dia dgn industri muzik? penaung persatuan industri muzik kah atau ape? wa x nampak rasional knpa dia dijemput naik. kalo alasan dia bini TPM, mmg bengap la urusetia tu.

    ReplyDelete
  2. atas alasan apa lagi kalau bukan nak ampu..... mana tau lepas najib jadi PM nanti Dato Farid dapat jadi Menteri....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...