Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 30, 2009

Oi kerajaan Selangor! Meh sini lu…


Oleh : AdukaTaruna

Ni ada satu link. Wa sokong abes blog ni dalam tajuk ini. Wala’2, thiqah2, taksub2, fanatik2 bukan wa. Tak puas hati kena bersuara. Walau bro Penarik Beca tak semestinya setuju dengan wa, wa nak pinjam kata-kata dia. Nak bunuh ulaq time dia kecik. Dah besaq macam naga payah beb (speaking ala zaminc wa ni beb)

Ni apa kes ni? Apsal lambat? Cuba lu orang jawab sikit. Apa masalah sebenarnya lu orang ni? Cuba habaq mai. Sibuk tangkis serangan Khir sampai terleka nak buat kerja ke? Sibuk nak stabilkan atau nak biasakan diri dengan pentadbiran ka? Sibuk dengan politik nasional?

Dey kerajaan Selangor.

Mana yang DUN tu tumpukan la pada negeri, ngok. Hal pusat bagi la yang pusat. Nak campur hal pusat, isu pusat, kena melalui parti jer la. Ni yang payah ni. Elemen tamak ala Haji Hadi ada kat Khalid ni beb. Dia lah Adun, dialah MP, dialah MB. Bodoh punya Melayu. Musuh sibuk cipta roket, lu sibuk bangga dipenjara pertahankan sunnah naik unta kat highway.

Dey Khalid.

Lu ingat blogger muda cam kitorang ni spesis bendul macam generasi lu ke? Apa yang lu buat semua kita diam dan berikan sokongan. Skang tahun 2009 la bro. Iman Mahdi pun dah nak keluar dah ni. 1 lu buat, 10 kitorang tanya beb. Check and balance diperguna semaksima mungkin.

Khalid ke, Hasan Ali, peduli apa gua. Rakyat bayar gaji lu orang la mangkuk. Lu orang yang dabik dada suruh undi, pilih, so buatla kerja. Takda masa wa nak taksub2, dan kagum2 dengan lu orang ni bai.

Jangan lu fikir lu baik dengan Anwar wa kagum. Pengundi muda kagum.Heh, silap la bro. Anwar akan wa trendkan sedaya upaya wa sebagai balaci golongan pro pembaharuan jer beb. Bukan ikon beb. Tapi balaci.

Balik pada isu.

Balik pada isu, lu dengar sini kerajaan Selangor. Baik Khalid, baik Hasan. Baik PKR, baik PAS. DAP tolak tepi dulu. Kami nak lu jawab isu ni. Nak lu bagi plan2 kerajaan Selangor kepada golongan itu. Apa yang kerajaan rancang untuk mereka.

Jangan sampai trend tolak BN, membuatkan lu besar kepala aa… kitorang takda pilihan lain jer ni beb. Banyak besar lu punya kepala plak….

1 comment:

Anonymous said...

wa pon nampak sebegitu la bro.
di kedah ni lain sket sebab tahu yang kerajaan negeri kurang fulus.walaupun demikian, jangan lak sebab kurang fulus, maka tak usaha nak tolong rakyat... banyak rakyat susah di kedah ni beb.

Namun bila berlaku di Selangor, yang kutipan zakatnya sahaja dah cecah ratusan juta, wa jadi hangin. Helo.. helo... zakat tu untuk orang2 fakir miskin la brader... jangan lak lu longgok nak buat bangunan besar2.. nak beli tanah ka buat bisnes ka...
Zakat tu tiap2 tahun kena perabih kat orang2 miskin dan fakir ni sebab tu hak mereka...

wa hangin betul la nih...

~zaminc~