Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 22, 2009

Mangsa ekonomi ala UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Tak payah sebut angka puluh-ratus ribu kat akhbar. Wa nak cerita bab member kepada member wa.

1. Bapak member kepada member wa kerja kilang. Kat Senawang. Sekali kena buang kerja. Mana-mana pekerja yang status kontrak takleh sambung. Adik member kepada member wa tu pulak tahun ni SPM. Nak bayar yuran apa ntah. 3 hari lagi tarikh tamat. Pendidikan percuma lutut dia.


2. Mak kepada kawan, wa kerja kilang. Kat Padang Tembak. Kilang ni cerdik. Dia wajibkan semua pekerja pindah ke Gurun Kedah selama 3 bulan. Latihan khusus katanya.



Kepala lutut dia. Sebenarnya dia nak suh pekerja berhenti suka rela. Tak payah bayar apa-apa. Jadi wa hasut member wa nih suruh hasut mak dia bagitau semua pekerja. Kire bawah akta hasutan la nih.

Itu yang wa cerita jer ni. Yang ratus ribu lain semua ada masalah yang sama. Zaman dulu pun ada zaman kemarau beb. Kisah Nabi Yusof ajar kita menabung, berjimat ketika zaman subur. Tapi, time zaman subur, ekonomi ala parti Melayu ni apa bikin?

1. Bangunan ntah apa2 KLCC. Dapat nama jer. Kengkonon nak buat nama macam Pembina Tembok Besar China la tuh. Eropah yang stabil dan kaya-raya pon tak buat benda2 mengarut dan tak berfaedah tu.


2. Menjerut dengan menggunakan system monopoli. Makcik2 kampung mana tahu benda alah ni. Lesen tidak dibuka. Hanya golongan tertentu. Yang kaya bertambah kaya. Dan yang bertambah kaya membayar kos orang politik tertentu. Orang politik tertentu itu pula kekal melindungi si monopoli ini.


3. Ada penguatkuasa, semuanya dijadikan anjing gangster Cina. Yang Melayu kemain bangga dengan Pekida, Naga, 30 36. Tonggang arak, main pompuan, jaga disko Cina.



Yang gangsgter Cina pula berniaga laluan dadah, arak, pelacur pas lawatan. Dadah pun hilang dari bilik simpanan bukti. Balai polis tu beb. Kambing hitamkan anggota polis pencacai rendah yang dikatakan membunuh diri. Kepala otak dia. Bodoh punya genetik. Bangang punya species.

Wa harap sangat UMNO jatuh sebelum sempat ambil Kelantan. Sebab Kelantan ada minyak. Biar ulama2 Kelantan urus duit minyak tuh. Puas hati wa. Walau wa duk N9, tak merasa subsiti tong gas ke, duit royalty ke, janji hati wa puas.

1 comment:

Anonymous said...

wa pon dah risau ni...
kontrak wa dah nak abih...
buatnya takder keje lain, wa nak keje apa plak nanti... takkan nak jadi jaga balik kut...
~zaminc~