Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 17, 2009

Lahanat Jebat!

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Pemurah, dengan ini wa lancarkan karya sulong wa. Alhamdulillah. RM1 dalam setiap pembelian akan disumbangkan kepada Kelab TKO Global. Sebuah Kelab yang sangat aktif, konsisten dan istiqomah dalam mengerjakan kebajikan.
Lahanat Jebat!

Begitulah tajuk karya sulong wa. Sebuah imaginasi yang di luar kotak pencipta-pencipta teori epik keperwiraan Melayu ini, sebelum ini. Apakah sebab sebenarnya sengketa Tuah-Jebat? Sejauh manakah imaginasi pembaca dalam membaca konflik ini?

Sinopsis.

Adalah sesuatu yang memeranjatkan pencipta-pencipta teori sengketa antara Tuah dengan Jebat, apabila satu lagi teori dikemukakan dalam novel ini. Jebat adalah pengganas antarabangsa. Kesetiaan Tuah mempertahankan tanah air diperlekehkan segolongan besar generasi kini.

Berjayakah pembaca menetapkan falsafah dalam imaginasi konflik ini? Atau hanya menghasilkan helaian-helaian perdebatan yang berjela?

Berjayakah pembaca untuk tidak tertipu dalam percaturan plotnya? Lahanat Jebat! Bukan cerita seperti apa yang berada di dalam kepala anda. Anda mungkin tidak pernah terfikir akannya. Hampir pasti. Ianya akan menghantui pembaca.

Apakah Tuah-Jebat itu adalah mitos?

Sebeginikah cerita sebenar Tuah-Jebat?

Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Aku berada sebelah yang mana?

Pembelian.

RM 1 dalam setiap pembelian akan didermakan kepada Kelab TKO Global. Bayar ke dalam akaun Maybank, no 155014038030. Kemudian, emailkan butir-butir pembayaran ke adukataruna2008@gmail.com. Setelah disemak, wa akan reply terus bersama e-book dalam format pdf itu, beserta passwordnya, dalam masa 24 jam.

Insyaallah.

10 comments:

Berg said...

Ok bro... sok pagi wa bank in.. nanti wa msg lu.. huahua...

x sabar nak kutuk karya pertama lu nie.. hehe kaka memot mesti jeles!!

AdukaTaruna said...

hahahaha. sile2.. kutuk ke hina ke. meh kite belajar sama2...

tp elemen cintan dlm tu kurang sket. berg. mesti lu angin punya. wakakaka.

p/s : sapa2 yg dah bank-in, jgn memaindai2 umumkan nama sebenar wa plak. :p dediam dah la.

Anonymous said...

bro.... wa pun nak beli gak novel lu..... lama dah tak baca novel ni.... harapnya berbaloi la wa mula balik hobi membaca wa ngan novel lu ni...

-abanghensem

AdukaTaruna said...

tq bro atas your support. jgn lupa hentam yg mana perlu.. hehe.

160 muka jer. padat. tak meleret2. insyaallah.

eagle said...

assalamu'alaikum
tumpang tanya. kenapa guna "wa" dan "lu". OK

AdukaTaruna said...

wa n lu bahasa interaksi bersama lu orang lah. Dalam novel atau yang secara rasmi, takanlah wa nak guna wa n lu.

ala... kire macam di luar sikap elite la..

Berg said...

hehe.. padan muka lu duka.. kan dah kene sound ngan senior wa.. kuang2... wei cepat betindak... huahua

Anonymous said...

wa dah 'green light'kan pembayaran ke akaun lu... tggu bank wa buat keje je... kalau dah ok wa email kat lu...
kalau novel lu bagus wa kata bagus..
kalau huduh, wa kutuk lu habis2...
ehh wa nak komen kat mana nanti? Lu tak mau buka ruang khas ka?

~zaminc~

Kujie said...

nak tanya, berapa harganya?

atau saya tertinggal entri terdahulu

AdukaTaruna said...

bro zaminc. Sila2. Jgn lupa belasah mana yg patut. hahaha.

Bro kujie, RM10 jer. Bilo eden dah tahap novelis pro nanti, baru harga wa RM8000 sejam.

Ala2 Angkasawan Negara. Wakakakaka