Skip to main content

Kalau pengundi KT tak nampak ikhlas kat ulama ni, wa tak tau la..

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : Di sini.

Ok. Kita ketepikan dulu sub-tajuk Kemahiran Penyampaian Awam, kadar intelek, etc. Wa nak bercakap bab ikhlas seorang ulama jap.

Ketepikan juga soal sampai atau tidak suara blog wa kat pengundi KT. Cer lu orang tengok, Utusan bodoh ni berkempen ikut teknik tahun 60an. Kengkonon nak timbulkan signal yang menunjukkan Hadi sendiri akur kepada kemampuan BN dalam pembangunan.

Tapi, skang ni zaman 2008. Walau tak semestinya pengundi KT sudah lama meninggalkan tahun 60an, sekurang-kurangnya, pengundi KT lagi bijak dari pengundi Kuala Pilah (Melayu N9) ni. Dah berapa kali KT bertukar dah.

Jelas nampak ulama ni tak bantah BN atau nama BN atau bantah UMNO atas nama UMNO. Tapi bantah tajuk-tajuk terpilih. Demi rakyat, dia sokong apa yang perlu disokong. Dia bukan berjuang atas nama PAS atau atas nama Hadi.

Tamat bab ikhlas seorang ulama. Tajuk ikhlas, bukan tajuk fatonah la. Semalam, kat TV3, asyik keluar visual para elite UMNO ziarah rumah. Skang tahun 2008 ma. Wa orang muda. Wa tahu la sentiment golongan muda. Tahun 60an boleh la guna kempen camtu.

Tahun 2008 lu nak tanyang visual prihatin elite UMNO, naik motor la, duduk bersila la, ramah la, jangan harap dapat menangi hati muda. Meluat ada la. Tahap pakcik-pakcik dan makcik-makcik bebal gen Melayu boleh la beb. Gelang emas lagi berat dari kepala otak.

p/s : Mat rempit yang jahat pun meluat tgk aksi Khir Toyo yang berlakon prihatin time pilihanraya.

Comments

  1. kalau wa.... wa akan mintak calon teman wa tido dalam pondok kat kebun buah- buahan wa.... kalau calon tu bagi macam² alasan wa sound depan²..... ORANG CAMNI KER NAK JADI WAKIL RAKYAT?... BERAMBUS LAGI BAIK.... setakat nak tunjuk duduk bersila, lawat orang sakit, tepuk bahu pakcik kat kedai kopi sapa² pun boley jadi wakil rakyat...

    ReplyDelete
  2. bnyk lg wakila rakyat tu leh sumbang pd orang ramai drpd dier dok temankan hang tido kat kebon.. tah paper laa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...