Oleh : AdukaTaruna
Apabila sesuatu melanda sesuatu negara dengan dasyat, maka, ianya menjadi tumpuan dunia. Bantuan akan mencurah-curah.
Apabila bantuan dunia mencurah-curah, maka, peluang menyelitkan sesuatu juga sangat banyak. Dalam kes selepas perang Israel-HAMAS ini, ianya turut tidak terkecuali. Bantuan yang memaksa pintu sempadan di buka itu boleh menjadi malapetaka buat Israel seandainya senjata darat ke udara berjaya memasuki Gaza.
Hal yang sama selepas Iran dilanda gempa bumi. US dan Israel sangat teliti akan perihal bantuan dunia luar kepada Iran. Untuk kes Iran, Hezbollah dan HAMAS, dunia yang menyekat bantuan luar.
Tetapi, berbeza dengan dengan hal junta Mynmar ketika dilanda banjir besar, mereka sendiri menutup dan menyekat bantuan dari dunia luar kerana mahu mengelakkan bantuan kewangan atau senjata dari dimiliki oleh kumpulan pro-US.
Dan dikritik pula oleh US dan dunia. Inilah polisi double standard paksi US.
Senjata darat ke udara.
Inilah apa yang paling ditakuti oleh Israel. Sekiranya HAMAS memiliki senjata ini seperti Hezbollah dan Iran, maka, Israel hanya boleh menggunakan pesawat tempurnya dari ketinggian yang melepasi capaian sesuatu jenis senjata darat ke udara itu.
Atau dalam kata lainnya, helicopter penggempurnya tidak boleh beroperasi membantu pasukan darat. Apabila tentera Israel tidak disokong helicopter, maka, operasi pencerobohan darat sangatlah menyesakkan bagi mereka. Mereka sangat takut dan lemah bertempur secara depan atau darat.
Perang besar mencari Imam Mahdi.
Wa terjumpa dengan satu pengkaji yang menarik. Lehman Brothers dikatakan mengumpul 700 bilion untuk ini. Dalam USD, bukan dalam RM. Satu dana yang sangat besar. Mega besar.
Wa berpendapat, seandainya dana itu untuk perang, maka, perang itu adalah satu perang yang sangat besar. Satu lagi perang dunia.
Apabila mengandaikan perang dunia, maka kita sedang bercakap terhadap 2 paksi dunia yang ada di bumi ini.
1. Amerika Syarikat. (Eropah, semua negara bongok Arab sunni, majoriti Asia termasuk negara terbangang Malaysia.)
2. Russia. (Iran, hampir semua negara muslim syiah, China, Korea Utara, majoriti Amerika Latin.)
Dan satu lagi kuasa dunia yang tidak tahu dia akan menyertai paksi yang mana ialah Jepun.
Iran akan diserang.
Si dajjal adalah bangsa yang belajar dari sejarah. Sejarah membuktikan mereka tidak pernah berjaya apabila menentang Russia. Malah, perang yang bukan secara berhadapan dengan Russia sendiri pun mereka kalah.
1. Perang USA vs Vietnam. USA kalah di mana Russia hanya dibelakang Vietnam, bukan secara berhadapan.
2. Perang USA+Korea Selatan vs Korea Utara. USA kalah di mana Russia hanya dibelakang Korea Utara.
Untuk menentang Iran dengan Russia dibelakang Iran adalah sesuatu yang sangat mustahil. Sangat mustahil kerana mereka telah mencuba melalui Iraq vs Iran. Dan bertambah mustahil apabila kumpulan sekecil Hezbollah pun sukar dikalahkan.
Jadi, 700 bilion, seandainya itu adalah dana perang, maka, itu adalah satu perang yang membabitkan pertembungan 2 paksi. Si pemenang akan membentuk satu order dunia baru. Satu PBB yang baru.
Melihat sunnah Allah.
Dalam sesuatu yang besar, yang ditunggu dunia, yang dijanjikan kehadirannya oleh Allah, Allah seolah-olah menyusun yang jahat itulah orang pertama yang mengesan kehadiran yang ditunggu-tunggu itu.
1. Nabi Yusuf dikesan oleh adik-beradiknya yang jahat terlebih dahulu. Daripada dikesan oleh pihak baik. Nabi Yusuf ditinggalkan ke dalam perigi buta.
2. Musa a.s dikesan oleh Firaun dahulu dari pihak yang baik. Semua bayi lelaki dibunuh dalam operasi mencarinya / menyekatnya.
3. Begitulah nabi-nabi lain. Yang jahat akan mengesannya lebih awal. Menyekat, mendera, menghalang dan memfitnah jauh lebih awal dari kesedaran pihak baik.
Dan seandainya merujuk kepada sunnah Allah di atas, dan merujuk kepada kata nabi yang mengatakan begitu ramai ulama yang menentang Imam Mahdi, apakah petanda USA-Israel menyerang Iran bermakna Imam Mahdi muncul di sana.
Atau lebih tepat dikatakan Imam Mahdi adalah seorang Syiah? Maka artikel ini sudah pasti dibantah oleh sunnah. Dan Imam Mahdi pasti akan lahir di negara Arab sunnah yang memanjai dan menyembah US-Israel.
Mari melihat apa hujah si sunnah.
Dalam Islam ada 2 kelompok utama, Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Kedua-dua kelompok ini mempunyai percaya Imam Mahdi akan muncul. Cumanya golongan Sunnah percaya Mahdi akan muncul dikalangan mereka dan Syiah juga percaya Imam mahdi akan muncul dr kalangan mereka.
ReplyDeleteKepercayaan mereka berasaskan pada hadith masing2. Golongan sunnah berpegang kpd hadith2 sahih dan golongan Syiah berpegang kpd hadith2 ulama syiah terdahulu.
Perkara ini adlh basic dan diketahui oleh semua org Islam melainkan seseorang itu tidak pernah belajar agama.
Yg pasti imam mahdi akan muncul dan kita wajib beriman ttg kemunculannnya. Kita tak boleh pilih duduk di tengah2 iaitu bukan sunnah dan bukan syiah.
Jika di Malaysia, semua org berfahaman Sunnah kerana semua mufti adlah bermazhab syafie. Maka wajiblah berpegang pd aqidah sunnah wal jamaah.
baru2 ni HAMAS dah expose diorang punye anti-craft weapon. bbrpa buah Apache & pesawat pengintip tanpa pilot Israel telah didaratkan.
ReplyDeleteJanuari 2006, lps HAMAS menang pilihanraya, US tubuhkan quartet (EU, UN, US & Russia) utk sekat ekonomi Palestin. dlm m'hadapi HAMAS, adakah US dan Russia sanggup b'gabung? ape kepentingan Russia di sini?
Pemimpin2 Hamas memang bijak.
ReplyDeleteMereka tahu bahawa walau pertahanan mereka kuat, namun untuk meneruskan perang yang membunuh rakyat Palestin adalah amat tidak sesuai.
Maka dipersetujui gencatan senjata dengan syarat sempadan dibuka.
Iran?Syiah? sampai sekarang wa mencurigai mereka.. begitu banyak huluran persahabatan sunni-syiah dihulur, namun sehingga kini mereka mencemarkannya dengan konsep 'taqiyyah' mereka...
Selain Hezbollah, wa nampak Mujahid2 Sunni yang terus syahid di bumi Afghan, Chechnya, Moro,Pattani,Iraq (perlu diingat US memerangi Saddam yang Sunni),Kashmir, Palestin... (tidak dilupai Bosnia)...
~zaminc~
maklumat yg saya dapat dari org tauhid juga berkata org2 Islam yg tauhidnya betul, ramai yg berada di Iran.oleh kerana dia seorang yg kasyaf,dgn izin Allah dia dpt melihat dan kenal org2 yg zikirnya sampai kepada Allah di alam rohani.
ReplyDeletemaka saya mula berfikir,oleh kerana fahaman syiah kuat disana (mengagungkan ali),maka mereka tidak terlampau mengagung2kan nabi muhammad seperti org lain dgn menggangap amalkan sunnah nabi itu betul.walhal yg ada hanyalah sunnah Allah.fikiran mereka lebih terbuka.kesannya,mereka terus tidak mengagungkan manusia,tapi direct mengagungkan Allah.dan mereka tidak semestinya berfahaman syiah.inilah tauhid yg betul,yg mana nabi2 yg diutus dari awal hingga akhir untuk agungkan Allah,bukan nabi (manusia).
maka,saya fikir,mungkin imam mahdi dari Iran.wallahua'lam