Skip to main content

e-novel pertama wa.

Oleh : AdukaTaruna


Novel sulong wa akan dilancarkan selepas PRK KT, insyaallah. Novel berat yang disusun penuh taktikal dan mempermainkan daya imaginasi pembaca ini mengajak anda merungkai satu falsafah berat.

Novel ini ditolak oleh beberapa syarikat penerbitan atas sebab pasaran. Di tajuk syarikat yang berasaskan keuntungan, wa memahami dan akur bahawa syarikat harus tunduk kepada pasaran pembaca Melayu, kerana buku ini dalam Bahasa Melayu.

Namun, di tajuk prinsip penulis, penulis menolak saranan editor salah satu syarikat penerbitan supaya mengolah cerita falsafahnya kepada perkara cinta yang turut berada di dalam novel ini, menjadi tunjang.

Maka, di atas bantuan seorang member terbagus wa, wa lancarkan e-book wa ini, untuk edisi Bahasa Melayu, dengan hanya RM10, sebelum terjemahan kepada Bahasa Inggeris, siap. Insyaallah.

Menyedari bahawa TKO adalah platform lahirnya wa sebagai penulis (tidak menunjukkan setiap penulisan wa disokong penuh TKO dan ahli TKO sendiri), maka, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, wa akan memotong sebanyak RM1 dari harga e-book ini kepada keperluan TKO kembali. Yakni :

RM1 akan dimasukkan ke dalam Kelab TKO Global. Sebuah Kelab yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Inilah apa yang termampu oleh wa. Novel sebanyak 160 muka surat ini, diterbitkan secara e-book dalam fail pdf. Setelah pembeli membuat bayaran kepada akaun yang akan diberikan nanti, pembeli harus email kepada adukataruna2008@gmail.com menyatakan butir pembayaran anda.

Kemudiannya, wa akan reply terus bersama e-book pdf ini. Insyaallah. Buat pembaca BI pula, edisi BI akan terbit sebelum pertengahan tahun ini, insyaallah. Wa juga akan membuka bebas kritikan, komen terhadap karya sulong wa itu.

Menjadikah keris besi yang tidak ditempa,
Menjadikah perahu papan yang tidak dipahat,
Tanamlah ini pesanan bapa,
Terbukalah jiwa menyerap nasihat.

Comments

  1. Duka... wa nak jadi org pertama yang memiliki e novel nie... cepat butir pembayaran nak buat mcm mana??

    huhu...

    ReplyDelete
  2. Sabar la Berg. Tunggu lepas PRK KT la. Insyaallah. Fokus kat PRK KT ma.

    Lagi penting PAS menang kat sana. Hehe.

    ReplyDelete
  3. ok bro... rasa lu x marah kot.. hehe

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=200897#200897

    wink wink...

    ReplyDelete
  4. bro.... bagi la sinopsis skit.... wa nak tau gak serba sikit citer novel tu sebelum wa angkat satu....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. sinopsis akan diberikan semasa pelancaran. Hehehe. Segan plak guna word pelancaran.

    Lepas PRK KT, Insyaallah, wa akan :

    1. Tukar template kepada hitam balik.

    2. Pasang banner iklan novel kat blog wa.

    3. Lancarkan novel (tajuk, cane nak beli, sinopsis, etc)

    4. Tempah iklan kat TKO.

    5. Maybe buka satu blog khas untuk novel ni. (kritik, hina, cadangan, soalan tak faham novel, pertanyaan pembelian, etc)

    ReplyDelete
  6. betul bro...wajah lama lagi mengancam..dahle tulisan kecik..baik lu tukar yang lama lagi bagus...ok wa tunggu lu punya sinopsis dulu..

    ReplyDelete
  7. kenapa tak buat dlm buku betul. kenapa mesti buat dlm BI? kau nak eksport buku kau ke. tak perlu ah buat dlm BI. biar org tak pandai BM ketinggalan. padan muka mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...