Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 30, 2009

Citer alam ghaib la plak..



Oleh : AdukaTaruna

Wa bab benda2 alah ni memang kosong giler. Nothing kate orang kampong wa. Tapi pasal member, terpaksa wa join ala2 kelab seekers nih. Hahaha.

Member wa baru pindah rumah sewa. Murah. Deposit tuan rumah nak sebulan jer. Patutla sampai camtu. Rupa2nya rumah tu tak aman.

Setiap malam Jumaat (selama ni wa ingat mitos jer mlm2 Jomaat nih) akan ada gangguan kat bilik tengah. Suara orang minta tolong. Sayu member wa story kat wa la. Wa story kat lu ni secara second party jer nih.

Kalau tak layan, suara sayu tadi akan jadi menengking keras. Perghhh tu dia. Ini dah mendatangkan semangat inkuri gua nih.

So, wa pun masuk blog bro nih. Cari ilmu apa yang patut. Wakakaka. Malam Jumaat minggu depan wa nak tido rumah member wa. Tengok betul ke tak. Kalau betul leh tanya nombor. Petik lelaki_ini suruh tanya. Hahahaha.

Plan A.

Plan ni memang lawak. Dari seram dah jadi citer kelakar. Handy cam takder. Charger bateri dia hilang. Takleh nak rakam. Guna kamera henpon jer la. Tu pun hp member wa. Hp wa jenis baling anjing, anjing baling balik punya.

So, wa bagitau member wa lagi sorang. Bermula dari kul 2 pagi, wa akan hantar report (sms la tuh) setiap setengah jam sekali. Hahaha. Dah macam nak berperang dah nih. Bermakna, kalau wa tak sms tu, dia kena kol wa lah. Kalau tak jawab bermakna wa dah syahid la tu. Wakakakaka. So, pepandai la cari wa hantar back-up.

Teori.

Wa ingat tuan rumah dulu ada masalah dengan penyewa la. Sebab gangguan sharp secara berkala setiap malam Jumaat. Kalau hari2 wa ingat mmg rumah tu tempat lepak diorang la tuh, tapi ni seminggu sekali jer. Macam Malaysia Airline plak.

Tujuan wa bukan nak halau. Wa mana reti itu semua. Member wa cakap guna garam. Garam jer bawak tapi kaedah tak reti baik tak payah. Ingat nak buat sup ke? Ayat kursi tahu la.

Wa nak upload dalam blog wa ni jer. Miahahaha. Kete wa akan parking siap2. Parking cara yang senang nak lari langkah seribu. Hahahaha. Pintu depan wa takan kunci punya. Kang tak pasai2 time tu la anak kunci leh patah ke, hilang ke. Ala.. macam citer seram tu.

Sesapa ada cadangan atau manual cara2 nak komunikasi or ebook cara halau benda alah ni, cer korang bagi wa. Sempat gak wa study apa yang patut. Ngeeeee….

5 comments:

mountdweller said...

Tuan aduka,

Saya tabik kat tuan sebab jarang manusia yang nak jumpa dan nak tengok benda tu ngan mata kepala sendiri. Sdr. aduka tentu cukup jantan!

Petuanya tidak perlu buat apa-apa, hanya zikir di dalam hati jangan putus "Allahu"

Kalau baca ayat alquran mungkin benda tu akan lari atau terus tidak datang. Zikir dengan hati, hanya Allah yang tahu dan insya Allah saudara di bawah perlindunganNya.

Anonymous said...

Tabik apo eh bro.. lu tak tau yg wa ni takut2 berani jer nih. :p

Cuma rasa ingin tahu tu kuat jer. Agak2 betul tu, tak tunggu dah bro. Wa lari punya. Hahaha

AT

lelaki_ini said...

bila ms lak wa suh tnya no. kang ada yg kena saman 40 juta kang, hehe

insya Allah suroh Al-Baqoroh plg ampuh utk lawan jin. lu baca ayat 1-5, 255-257 & 284-286 ( ayat Kursi dah t'masuk ). baca 3 Qul skali.

smua ayat2 'power' ni ada dlm buku kecik dzikir Al-Ma'thurot. amalan Nabi SAW tu, jgn memain. dah byk t'bukti kesannya, pengalaman wa pun ada.

lu baca pd air & garam. then renjis pd penjuru bilik puaka tuh. insya Allah dia akan blah.

tp kalo lu nak try b'dialog dgn dia, lu leh try kaedah ni Jumaat mggu 1 lg lak, mana tau mggu ni nak test kelakian dulu, hehe

gud lak bro. huhu

Anonymous said...

Bro, kalau lu berjaya nanti, lu kisahkan la yer...
Dari lu tanya no ekor, baik lu tanya kisah sebenar tuah-jebat... leh buat trilogy.. wahaha...

~zaminc~

Anonymous said...

kalau lu boley halau hantu tu pasni boley la wa panggil lu USTAT AMIRUL.... wakakaka

-abanghensem