Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tujuan wa cerita ini adalah bagi menyampaikan sebuah sudut dari pihak Amin, dari sumber yang rapat dengan beliau ketika hayatnya. Sekurang-kurangnya generasi hari ini dan akan datang mempunyai satu dimensi lain terhadap kisah Jenalik.
Wa mengishtiharkan bahawa sumber cerita ini adalah dari rakan wa, yakni seorang warder penjara yang pernah bertugas ketika Amin menjalani hukuman penjara, dan 2 orang anak saudara Amin, dan seorang abang kepada Amin, yakni ayah kepada 2 orang anak saudaranya tadi.
Apa yang tidak terungkai ialah sebab dan bagaimana Amin boleh mendapatkan sejata dari ATM. Namun, abang kepada Amin menceritakan, Amin diperangkap oleh satu golongan elite pemerintah bagi projek jihad di Ambon, Maluku Indonesia. Pada ketika itu, muslim disembelih di sana. Wallahualam.
Amin lahir dalam keluarga yang mahir dalam ilmu persilatan. Adik-beradiknya semua mahir dalam silat ‘gelanggang’ dan silat ‘sejadah’. Silat gelanggang merujuk kepada latihan fizikal, manakala silat sejadah merujuk kepada bantuan dimensi lain.
Wa tidak tahu atau tidak membincangkan hukum persilatan sejadah, atau bagaimana Amin boleh terlibat dalam insiden ini, tetapi wa ingin menyampaikan bahawa Amin adalah manusia yang sangat beruntung untuk alam kekal.
Kematian.
Manusia kebanyakan seperti kita, tidak tahu tarikh kematian yang tepat. Bermakna, majoriti yang tidak tahu tarikh kematian mati dalam keadaan tidak bersedia menemui Allah. Berbeza dengan manusia seperti Amin, Imam Samudera dan lain-lain, mereka mengetahui tarikh dengan tepat.
Dan keadaan itu membuatkan mereka semakin dekat kepada Allah, tanpa dibazirkan walau sesaat pun. Peluang memohon keampunan rahmat Allah, tanpa peluang lupa dan lalai kembali seperti kebanyakan kita.
Menurut rakan wa, seorang warder penjara, Amin adalah banduan paling baik. Paling disegani oleh ketua-ketua gangster dalam penjara, menjadi tempat mengadu masalah dan sebagainya. Malah, dari lidahnya, dan disampaikan oleh wa, Amin sebenarnya tidak mati dari tali gantung, sebaliknya sudah meninggal dunia selepas solat subuh, pagi Jumaat itu. Hukuman gantung yang dikenakan adalah sekadar hukuman yang perlu ditegakkan sahaja. Wallahualam.
Jenazah.
Wa merakamkan bacaan ini dalam bentuk dimensi alternative. Disaksikan oleh 2 anak saudaranya, dan abangnya, yang menceritakan kepada wa, di kedua telapak tangan Amin, di bahagian sedikit bawah dari ibu jari, terdapat urat timbul berbentuk kalimah Allah di tangan kanan, dan Muhammad di tangan kiri.
Relevan atau tidak tanda itu untuk dikaitkan dengan hal-hal kematiannya tidaklah wa ketahui. Wa cuma merakamkan bacaan dimensi lain untuk Amin.
Pembolehubah.
Jika hal-hal ini relevan dikaitkan dengan kematiannya, ianya tidak menunjukkan operasi Jihad Amin diterima Allah (walaupun ditipu), tetapi mungkin juga kemaafan dari Allah sepanjang penantian hari ajalnya.
Atau boleh jadi juga operasi jihadnya diterima Allah, dengan mentakdirkan begini dan begitu adalah perjalanan kisah Amin, untuk kabaran gembira dan kabaran takut kepada muslimin lain. Wallahualam.
Wa hanya merakamkan, seperti biasa, konsep asas, terpulangnya kepada anda semula untuk mengimbanginya.
salam syahid..jika benar lisan aduka ini, salam syahid disambut burung berdada hijau disyurga buat asy-syahid Amin.
ReplyDeletesalam aduka,
ReplyDeleteaku adalah penghuni penjara Sg Buloh yg berada didalam penjara semasa arwah Amin di hukum gantung.Aku biasa berjumpa arwah semasa arwah berada di Blok Akhir dan arwah seorang yg taat kepada ALLAH dan sentiasa memberi nasihat kepada para banduan yg membuat kerja di Blok akhir supaya taat akan segala perintah ALLAH.
Dan semasa hari arwah digantung hujan telah turun dgn lebat bermula pukul 12.00 tgh mlm hinggalah kepukul 6.00 pg waktu arwah digantung.Suasana didalam penjara amat hening dan teramat sunyi walaupun kami dan arwah berlainan blok namun seolah olah kami juga akan di hukum gantung sama.
Selepas hukuman dilaksanakan mengikut cerita para banduan akhir dan warder di blok akhir sekitar blok akhir berbau wangi dan seekor burung merpati yg selalu berada di jerejak bilik arwah telah tidak menampakkan diri padahal semasa arwah hidup burung itu sentiasa makan dan minum di bilik arwah.
Sehingga kini si burung menjadi misteri pada kami sehinggalah aku dibebaskan.
3397-05HL(30308740)
PETAI.
Allahhuakbar...
ReplyDelete餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體
ReplyDelete