Skip to main content

Jawapan kenapa bantah I-Dance?

Oleh : AdukaTaruna

Wa sediakan jawapan semampu wa. Seorang non muslim email wa. Dia mahu jawapan dari sudut Islam, mengapa tari itu diharamkan kepada muslim? Begini. Kita rujuk ulama genius yang ada di zaman kini. Orang tua itu masih ada lagi. Tidak perlu rujuk ulama zaman dahulu bagi kes yang tiada di zaman dulu.

Tari itu tidak salah. Snuker itu juga tidak salah. Wayang kulit juga tidak salah. Yang salah ialah persekitaran yang perlu dibersihkan dari tari atau snuker atau wayang kulit itu.

Sekarang kita guna kaedah penggantian. Mi Goreng tidak salah. Tetapi, seandainya, terciptanya Mi Goreng itu bersama satu upacara penyembahan kepada selain dari Allah, maka, wajarlah dipisahkan upacara syirik itu dari Mi Goreng.

Kita guna kata lain. Andaikan begini. Pencipta Mi Goreng melakukan satu sembahan syirik sebelum atau ketika memasak Mi Goreng. Lalu terciptalah satu budaya begitu untuk memasak atau menyediakan Mi Goreng.

Maka, wajarlah dipisahkan upacara syirik itu dari Mi Goreng. Kerana Mi Goreng tidak salah. Namun begitu, adalah sukar untuk memisahkan secara tiba-tiba. Maka, adalah perlu Mi Goreng itu dilarang untuk seketika, bagi tujuan memberi pemahaman, penjelasan, didikan kepada pemasak-pemasak dan penggemar Mi Goreng.

Inilah yang dilakukan oleh ulama genius ini dalam kes Wayang Kulit, Snuker, Konsert dan sebagainya. Ianya tidak dilarang secara total. Tetapi secara pilihan tajuk. Apabila kesemua pihak yang terlibat memahami, maka, ulama genius ini kembali membernarkan Wayang Kulit, kembali membenarkan konsert, kembali membenarkan snuker, walau diperli oleh majoriti genetik terbodoh, yakni Melayu.

Berbalik kepada tari.

Tari itu tidak salah, malah menyihatkan. Tetapi persekitaran perlu dibersihkan dahulu, hanya untuk muslim sahaja. Diulangi, hanya untuk muslim sahaja. Contoh :

1. Jenis-jenis tarian terkini sangat sinomin dengan pengambilan dadah jenis pil. Ianya perlu dipisahkan terlebih dahulu.

2. Penonton dan penari sinomim dengan pergaulan bebas, sex bebas, etc. Ianya perlu dipisahkan terlebih dahulu.

3. Tarian selalunya memerlukan penari tidak mematuhi aurat. Ianya perlu dipisahkan terlebih dahulu.

Tajuk bantahan.

Sebab itu, wa setuju Pemuda PASPulau Pinang mempertahankan kepentingan muslim, akhlak muslim, maruah muslim, hala tuju muslim, focus muslim dengan membantah penyertaan muslim dalam keadaan elemen haram yang masih belum dapat dipisahkan dengan elemen halal itu (tari).

Tajuk demokrasi.

Sebab itu wa menegaskan bahawa bacul, bodoh dan bangang kepada jemaah Islam yang ingin menarik diri dari Barisan Rakyat hanya kerana isu-isu mudah seperti ini. (Genetik Melayu adalah bodoh secara standard tidak kira ulama atau tidak.)

Demonstrasi Pemuda PAS adalah di bawah tajuk demokrasi yang dibenarkan dan digalakkan di bawah kerajaan Barisan Rakyat. Dan balasan hujah dari DAP mengenai demonstrasi Pemuda PAS juga adalah di bawah tajuk ini.

Hujah dibalas hujah. Forum dibalas forum. Matang. Professional. Biarkan rakyat memiliki kebebasan memilih hujah terbaik, memahami idealogi mana yang terbaik.

Wa harap jawapan wa mencukupi bagi bacaan non muslim. Mohon maaf kerana tidak pandai Bahasa Inggeris.

Comments

  1. Sekali lagi wa tabik dengan hujah lu (kecuali bab genetik tu la)...

    Apapun, mesej kat papan utama lu tu dah kira basi laa... tukau yang lain la hehe...

    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.