Skip to main content

Jangan baca : Penjelasan hudud.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kefahaman asas.

Ini bacaan yang panjang. Jika malas membaca, sila berhenti sekarang. Wa akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa mudah, level awam.

Dahulu, ketika wa aktif berbahas dan berdebat di beberapa portal internet, wa pernah membaca dokumen Negara Islam oleh PAS. Kini wa cari tak jumpa pulak. Dalam bentuk pdf.

Di dalamnya, ada menyebutkan, bahawa, orang bukan Islam diberi pilihan undang-undang mereka sendiri. Undang-undang Islam hanya untuk Islam.

Tetapi, terdapat kekeliruan, seandainya terdapat satu-satu kes jenayah, yang melibatkan antara muslim dan non muslim.

Maka, pada pandangan wa, penyelesaian kepada ini, hudud hanya jatuh kepada kes yang melibatkan muslim. Sama ada mangsa atau pemangsa.

1. Seandainya muslim merompak non muslim. Maka, kes ini dibicara di bawah undang-undang jenayah Islam (hudud). Mahkamah Syariah.

2. Seandainya non muslim merompak muslim. Maka, kes ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam (hudud). Mahkamah Syariah.

3. Seandainya non muslim merompak kepentingan bercampur (muslim dan non muslim. Contoh seperti bank, agensi kerajaan), maka, kes ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam (hudud). Mahkamah Syariah.

4. Seandainya non muslim merompak non muslim. Maka, kes ini dibicarakan di bawah undang-undang yang digubal wakil mereka sendiri. Mahkamah Civil.

5. Seandainya non muslim merompak kepentingan non muslim (contoh : Persatuan agama mereka, syarikat judi berlesen, syarikat milik penuh orang non muslim). Maka, kes ini, dibicarakan di bawah undang-undang yang digubal mereka sendiri. Mahkamah Civil.

Untuk mengelakkan terdapat sebarang pertindihan kuasa, maka, Mahkamah Syariah perlu diletakkan di atas Mahkamah Civil. Bermakna, Mahkamah Syarikah boleh membatalkan mahkamah civil.

Taktikal-cilok.

Malangnya, menegakkan sebuah negara Islam, melalui perjuangan separa tulen Nabi (demokrasi total), kita berhadapan dengan laluan yang berbeza. Sebab itulah, untuk permulaan, wa memandang betapa pentingnya PAS mengumumkan bahawa hudud hanya untuk orang Islam.

Dan dari situ, sebarang pertanyaan, perbahasan, adalah ruang-ruang yang bermanfaat kepada PAS menggerakkan penerangan seluruh negara. Forum, artikel, dialog, seminar, etc.

Memang mereka (non muslim) akan menentang habis-habisan apabila Mahkamah Civil di bawah Mahkamah Syariah. Tetapi, kefahaman awal perlu disediakan dahulu. Ianya penampan kepada sebarang usaha memburukkan, menakutkan mengenai hudud.

Negara Islam terbahagi kepada 2.

1. Pentadbiran Islam.
2. Undang-undang Islam.

Undang-undang Islam pula terbahagi kepada 2.

1. Undang-undang selain jenayah. (nikah, harta, etc)
2. Undang-undang jenayah.

Tajuk Pentadbiran Islam tiada masalah. Malah melalui CAT, DAP lebih Islam pentadbirannya berbanding UMNO. Bebas rasuah, adil, jimat, professional, integrity, etc adalah antara elemen Pentadbiran Islam yang diperjuangkan DAP bersama PAS.

Tajuk undang-undang Islam pula hanya bermasalah di sub-tajuk no 2. Yakni, undang-undang jenayah. Atau nama yang berjaya dinegatifkan kumpulan munafik kebangsaan, hudud.

Wa mencadangkan, sekiranya tidak dapat mengelak, mana-mana pemimpin PAS, supaya berkata begini :

“Usul Negara Islam.” Atau “Usul Hudud.”

Usul bermakna hanya usaha, matlamat yang disandarkan kepada reality. Bukan paksaan. Contoh :

“Apakah PAS tidak lagi memperjuangkan hudud?”

“Kita sentiasa membawa usul hudud, secara demokrasi (secara demokrasi adalah optional), sama ada dalam Barisan Rakyat, mahupun sebagai rakyat biasa.”

Garis panduan.

Di sini wa mencadangkan satu garis panduan kepada somebody PAS seandainya tidak dapat mengelak dari bercakap tentang hudud / Negara Islam.

1. Jelaskan bahawa Negara Islam terbahagi kepada 2. Satu pentadbiran, dua undang-undang. Kita akan menegakkan pentadbiran dahulu. Undang-undang Islam akan diperjuangkan PAS dalam bentuk usul.

Contoh :

“Saya cabar saudara mengishtiharkan bahawa PAS tetap mahu menegakkan hudud / negara Islam.”

“PAS tetap berada dalam wadah Islam. PAS berdaftar dan berjuang dalam demokrasi. Negara Islam terbahagi kepada 2. Satu pentadbiran Islam yang telus dan bersih. Dan satu lagi ialah undang-undang Islam.

Pentadbiran Islam sedang diperjuangkan secara bersama. Keadilan, tidak perkauman, bebas rasuah dan sebagainya. Manakala hudud sentiasa diperjuangkan PAS dalam bentuk usul. Itu adalah bahagian kedua.”

Dapatkah anda membayangkan ini di Malaysiakini dan di semua media alternative (bacaan non muslim).

Tajuk berita : HUDUD ONLY FOR MUSLIM – PAS

Bukankah satu penampan, satu alas kefahaman, satu kubu telah berjaya diimplankan ke dalam benak non muslim?

So, sila baca ini semula.

.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...