Skip to main content

Anugerah Malaun : Kategori Jalan Raya.

Oleh : AdukaTaruna

4 hari wa tak update blog. Walau dapat membayangkan abanghensem marah, tapi sebab blog wa, wa tetap menulis apa sahaja luahan hati wa. Ala-ala diari la. Wa kan bebas. Hehehe.

Sambil merasuah abanghensem dengan sedikit senyuman, wa memaklumkan wa g Kelantan ari tu. Hahaha. Ada urusan sikit. Bertolak malam Isnin, sampai pagi Selasa. Sampai Seremban balik pagi Jumaat.

Balik-balik, wa terus nak buat Anugerah Malaun. Satu anugerah blog wa yang tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Ngeh2. Buat permulaan, wa nak mulakan Anugerah Malaun ini, kategori jalan raya negeri di Malaysia.

Untuk adil, wa akan kenal pasti kunci pembolehubah anugerah ini seteliti mungkin. Pembolehubah cuaca, jenis kerajaan dan jenis genetik kerajaan akan dikunci. Jadi, untuk ini, jalan di Kelantan terkeluar berdasarkan pembolehubah yang telah dinyatakan (jalan kat Kelantan teruk la abanghensem. Nak2 kat lampu isyarat kat town.)

Tanpa membuang masa, diumumkan senarai Anugerah Malaun untuk kategori jalan raya. Dengan diiringi muzik saspen, wa memutuskan jalan Negeri Sembilan memenangi Anugerah Malaun. Ya! Tepuk! Tepuk!

Jalan raya N9.

Walau tak secara menyeluruh, hanya berdasarkan jalan utama, wa mendapati jalan raya N9 paling malaun sekali. Isa Samad yang pasif, tidur dan lembab itu membuatkan N9 menjadi negeri mati.

Kalau kat Melaka yang berhutang ratus2 juta tu, kita dapati jalan raya mereka sentiasa up. Selesa. Dari Simpang 4 ke arah bandar dah besar dah. Tapi dari Tampin ke Mantin? Pergh…. Macam tu gak. Sekarang baru nak besarkan. Walau lembab, tapi apa yang si pendek tu buat selama 20 tahun lebih dulu?

Antara jalan N9 yang membuatkan darah mendidik ialah :

1. Jalan Tampin – Mantin.
2. Jalan Labu – Nilai.
3. JalanBatu Kikir – Bentong.
4. Jalan Paroi – Kuala Pilah.
5. Jalan Kuala Pilah – Tampin.

Paling ‘jaki’ ialah jalan utama Tampin – Mantin. Jalan ke KL tu beb. Nak banding dengan Pahang, dari Bentong sampai Kuala Lipis, punyala selesa jalan. Besar. Tak banyak tampal. 2-2 negeri UMNO ni bai. Cuaca pun 2x5 sama. Gen pun sama. Jumlah kenderaan berat je wa tak pasti. (pembolehubah)

Jalan Tampin – Mantin, nak-nak kek Ghombau dongan Tampin. Punyolah kocik. Lalu pulak Rahang Kocik. Terus jem.

Second ‘jaki’ Jalan Labu – Nilai. Berlubang sini sana. Sebab mak wa ulang-alik ikut jalan tu ma. Tu yang wa letak second ‘jaki’ tu. Lori dah la banyak. Jalan satu line jer plak tu. Banyak lubang lagi. Dah kategori off road dah wa tengok. Kalau mak wa ala-ala Karamjit Sigh wa tak risau ma.

Wa kat Kelantan.

Tamat Anugerah Malaun. Wa nak cite kat Kelantan plak. Mana abanghensem? Hahaha. Memula kita cerita bab negative Kelantan pada kaca spek hitam wa dulu. Pastu tu baru cite bab positif pulak.

Negatif. Tak payah cerita bab peruntukan, pecahan yang mana jalan bandaran, yang mana jalan persekutuan, etc. Wa just nak cite jer ni. Kongsi2 ma…

1. Kota Bharu vs Seremban memang jauh tinggal la Seremban. Besar lagi Kota Bharu. Jalan manjang jem jer. Naik letih wa tekan clutch. Huhu. So, negative dia, sepatutnya Kota Bharu dah ada macam LRT tuh. Hehe.

2. Pastu, yang wa perasan, banyak kat tengah2 lampu isyarat KB mesti lubang2. Tampal pun macam tak efektif jer. Guna la batu yang susun-susun tu. Jangan guna tar. Sebab kat situ (traffic light) kadar geseran tinggi. Batu susun-susun tu lebih tahan lasak dan rongga antara susunan batu tu menyerap pergerakan akibat geseran.

3. Pantai Sabak. Dah macam penempatan dhaif di India dah wa tengok. Siap ada pelupusan sampah lagi. Kan best kalau susun balik penempatan kat situ. Wat cantik2. Elemen pelancongan tu beb. Tentera Jepon mendarat kat situ.

4. Ramai kenderaan lepak kat tepi jalan Pengkalan Chepa. Ala, kat simpang nak g Padang Tembak tu. Tengok kapal terbang landing. Termasuk la wa. Hahaha. Bahaya ma. Apa kata wat satu port untuk family kat situ. Macam Dataran Keluarga ke.

5. Mungkin factor duit, atau musim hujan, wa tak nampak langsung pekerja kontraktor pembersih swasta kat sekitar KB. Kalau kat Seremban ni, pekerja SWM akan sapu sampah la, mesin rumput la, kutip sampah tepi jalan la, etc. So, bersih ma. Di lihat bersih, walau penduduk Seremban bukannya pembersih pun.

6. Jambatan kat Tesco tu jem giler la. Nak g Pasir Mas. Pergi tahu jalan tu jer. Tapi balik leh pulak ikut jalan lain yang lebih selesa (nama jalan tak tahu. Tapi ada lalu kawasan padi la. Ramai budak2 jual ‘sesuatu’ kat sepanjang jalan tu.)

So, dah patut dah besarkan jambatan tu. Satu line jer. Dari 3 line kat KB Mall kepada 1. Tu diaaa…

7. Produk perlancongan Kelantan tak tersusun la. Tak terurus. Kotor ma. Tahap dunia ke 4 (lepas dunia ketiga) Rasa nak piat2 telinga orang Kelantan ni satu persatu. Professional la sikit. Dah tahu takda duit nak upah kontraktor, uruslah sampah individu, sampah keluarga dengan sebaiknya.

Katakanla orang luar yang buang. Tapi takanlah sampah depan laluan rumah pun tak leh bersihkan (kebanyakannya di kawasan rumah kampong). Kat jalan-jalan raya logic la. Nasib baik wa tak jumpa Pak Lebai atau mana-mana individu sedang buang sampah. Kalau tak, memang popular dia dalam youtube / internet nih.

Ok. Skang kite citer yang positif plak ikut spek mata hitam yang wa pakai ari tu.

1. Prinsip pembangunan oleh ulama2, professional Islam di Kelantan memang caya. Biar lambat asal selamat. Biar buruk di luar asal cantik di isinya. Contoh :

Kalau ikut prinsip pembangunan gen Melayu, biar papa asal bergaya, rumah-rumah ‘buruk’ milik Melayu, yang mencacatkan penglihatan di kawasan bandar, sudah pasti dirobohkan. Pusing sini, belit sana untuk robohkan atau gadaikan.

Tapi, kat KB, masih ada rumah lama-lama milik orang Melayu yang kekal di kawasan bandar. Bagus. Wa setuju. Biar nampak tak cantik atau semak. Tetapi itu hanyalah permainan mata. Yang penting ialah prinsip keadilan.

2. 60% - 70% Melayu (wa guna istilah Melayu untuk bacaan nasionalis) berniaga. Jangan harap la kat Seremban ni. Atau di negeri Ketuanan Melayu yang lain. Kedai tayar, kedai emas, kedai computer, kedai kereta mewah, wisma-wisma, semuanya Melayu.

Dekat negeri Ketuanan Melayu, Melayu syok sendiri. Ada Hard Rock Cafe la, ada KLCC la, ada itu la, ada ini la, tapi semua bukan milik diorang pun. Bodoh giler kan orang Melayu. Tumpang bangga jer. Tapi kat Kelantan, yang besar itu milik mereka, yang kecil itu pun milik mereka. Melayu Kelantan punya, Cina Kelantan punya, Siam Kelantan punya, Patani Kelantan punya.

3. Kat Kelantan jer ada ni. Kat negeri Ketuanan Melayu lain tiada kot. Tapi kat negeri Ketuanan Melayu N9 memang sah tiada. Kat pasar besar, leh ada pulak speaker2 yang mendengarkan ceramah agama. Bab solat.

Teringat kat Pasar Besar Ketuanan Melayu Seremban. Boleh dibilang orang Melayu, dan boleh dilihat orang Melayu dihambat oleh Melayu MPS berniaga tepi jalan. Setiap pagi.


Comments

  1. Jalan lu balik ke kB ( no 6 ) tu namannya Jalan Pasir Mas -salor...bebudak tu jual siput...

    ReplyDelete
  2. bro, lu pernah ikut jalan Grik-Jeli tak... perhh superb beb. Pemandangannya, jalan raya kelok2.. kalau kereta lu mesti syiok konar2... hehe ngan iswara wa tak syiok la.. asyik doa jgn mati tgh jalan...

    ~zaminc~

    ReplyDelete
  3. Ada satu lagi benda unik kat Kelantan..tp kat negeri Ketuanan Melayu yg lain susah nak jumpa @ mmg x de langsung - papan iklan, kalo pompuan mesti tutup aurat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.