Skip to main content

Ulama-ulama bodoh.

Oleh : AdukaTaruna

Demo campuri urusan Islam.

Diberitakan segelintir manusia bukan Islam mencampuri urusan Islam apabila berdemo membantah fatwa berkenaan pengharaman perempuan seperti lelaki. Soalnya di sini, selain emosi dan sentiment genetic Melayu, di mana ianya (emo & sentiment itu) sentiasa lebih besar dari akal dan rasionalnya; di bagaimanakah tafsiran kita terhadap pembelaan Islam.

Ketika lalu, Majlis peguam menganjurkan forum secara bertamadun. Forum yang membincangkan secara ilmiah berkaitan kepentingan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. Tetapi, ulama-ulama genetic Melayu, ostad-ostad genetic Melayu, pantas mentafsirkan beberapa tindakan yang kononnya membela Islam.

Dengan nas-nas dan dalil-dalil hafalannya, mereka memutuskan untuk berdemo, menjerit seperti orang gila, merempuh masuk dengan bantuan gangster asobiyyah PEKIDA. Ini semua disaksikan oleh dunia. Termasuk dunia muslim bukan Melayu.

Islam ulama gen Melayu berbeza.

Islam tafsiran ulama genetic Melayu tidak sama dengan Islam tafsiran ulama bukan genetic Melayu. Perang harus dibalas perang. Hujah harus dibalas hujah. Forum harus dibalas forum. Melatah dan Amuk adalah sebahagian kombinasi genetic Melayu.

Begitu juga dengan perihal segelintir bukan Islam berdemo membantah keputusan fatwa ‘pengkid’. Sekiranya Islam ditakdirkan memerintah Malaysia, pada ketika itu, wa harapkan, PAS (atau mana-mana jemaah islam yang ditakdirkan Allah), dipenuhi atau diimbangi oleh muslim bukan genetic Melayu.

Sekiranya tidak (jika hanya dipenuhi oleh Majoriti Melayu Muslim), pemerintahan Islam itu (di Malaysia), akan hanya meninggalkan satu sejarah memalukan kepada dunia Islam. Seperti Terengganu 1999-2004, sejarah merakam Parti Islam yang bodoh dalam beberapa tindakan. Ianya akan tersimpan dan dirujuk oleh umat akan datang.

Sepatutnya.

Pada pemerintahan Islam, di mana muslim bukan Melayu adalah majority, wa harapkan golongan-golongan seperti ini diberikan kebebasan. Sediakan satu tempat khas untuk mereka berdemo. Kecuali berdemo untuk menyeru melancarkan perang (diluar demokrasi) terhadap pemerintahan Islam, mereka semua harus diberikan hak-hak.

Apabila mereka berjaya menarik perhatian massa, maka, massa akan kembali menoleh kepada (pemerintah) Islam pula untuk jawapan. Dalam keadaan penyampaian terbuka, pada ketika inilah ulama-ulama bukan Melayu pantas dan berlumba-lumba mengeluarkan jawapan, penerangan sesuai dengan level atau audien sasaran. (Ulama Melayu sibuk poligami. Hadi kata hudud hanya 0.00001%, tapi poligami laju jer.)

Blog-blog muslim bukan Melayu, ostad-ostad bukan Melayu sibuk memberi penerangan terhadap perhatian yang dicetuskan kumpulan demo tadi. Media-media milik muslim bukan Melayu turut tidak terkecuali. Inilah hikmah sebenarnya. Yang ditafsirkan ‘serangan’ (demo) / forum) oleh ulama Melayu tadi, sebenarnya ialah ‘feeder’ atau pengumpan.

Akhirnya, lebih banyak persoalan atau kekeliruan non muslim terjawab. Akhirnya lebih banyak yang memeluk Islam (insyaallah). Hanya mereka yang tahu apa yang mereka keliru. Berikan hak melahirkan kekeliruan itu kepada mereka, dan tugas anda ialah menjawab atau berdakwah. Bukan berasa hero merempuh masuk.

Ulama-ulama bodoh.

Di bawah falsafah ciptaan genetic Melayu : Kepimpinan Ulama, ulama-ulama bodoh ini tidak boleh diganti kepada yang lebih baik. Kerana mereka ialah ulama. Tetapi, di bawah Kepimpinan Islam, tiada ruang-ruang kelemahan walau sekecil pun. Ulama hanya sebahagian dari Islam.

Malah demi Islam, ulama juga boleh diundurkan kepada yang lebih tepat pada satu-satu situasi.
Insyaallah, kita berjumpa lagi dalam isu ‘memberi takut’ kepada kanak-kanak adalah pembelajaran yang perlu dibantah atau tidak.

Wallahualam.

Comments

  1. Saya rasa dalam isu ini, asas kepada tulisan AT adalah betul. tindakan tradisional berpaksikan kefahaman masing2 yg di sangka tepat dgn kehendak Islam mnjadikan Islam lagi hina pada pandangan mereka. Sy bersetuju bahawa kita pelu lebih kepada penerangann dan menghurai apa benda yang mereka tak faham. Baru selesai masalah. Itu semua memerlukan kita faham bahawa Islam adalah universal/sejagat. Islam bukan Melayu.

    ReplyDelete
  2. cuma masalah skit dgn AT niii. Gaya bahasa dia yang buat ramai x selesa. saya suggest, tgk isu ...bukan gaya bahasa....

    ReplyDelete
  3. SO many munafikin's and musyrikin's trying to destroy the purity of islam also ulama's scholar and their mentality cannot reach to understand Islam well. u can just call them/him such as 'anjing belaan' they/him will barkin' when u askin' for that it

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan aduka, permasalahan dalam islam dengan orang islam yg kurang kefahaman atau orang non muslim(pemikiran lebay kurang jek sbnrnyer,ic jek berbeza sbb tulis muslim) harus dihadapi dengan engagement atau penerangan.bukan dengan menghukum.

    Walaubagaimanapon, agak kurang pasti niat penulis menegur "Kepimpinan Ulama" sebegini disebabkan benci atau sekadar niat menegur.Kerana hasil dari pembaca cuma sama ada membenci ulama atau membenci aduka.Adakah kaedah benci membenci ini berkesan?..tepuk dada tanya iman.

    wallahualam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...