Skip to main content

Siapa calon BR Kuala Terengganu?


Oleh : AdukaTaruna

Kalau ditanya pada peribadi wa, wa pilih Mat Sabu. Sebab orang macam dia perlu diletak dalam parlimen tanah air kita yang tercinta ini.

Kalau di bawah tajuk PAS Ganu, wa rasa calon dari PAS Ganu perlu diletakkan. Syed Azman. Keputusan calon PAS Ganu berguna untuk PAS Ganu analisis kuat-lemah mereka. Kalau Syed Azman menang, bermakna PAS Ganu perlu diremajakan.

Kalau letak Mustapha Ali, dan kalah, maka sekali lagi isyarat PAS Ganu perlu diremajakan. Kalau Mustapha Ali menang, analisis menjadi lebih sukar. Apa kehendak pengundi Terengganu perlu dicari dan dipastikan.

PAS Terengganu sepenting PAS Kelantan dalam persada politik Islam di tanah tercinta kita ini. Ianya (Kelantan dan Terengganu) menyumbang sejumlah besar kerusi parlimen kepada politik Islam. Malah, sekiranya persempadanan semula pilihanraya diadilkan, kawasan parlimen di Terengganu dan Kelantan boleh dipecahkan menjadi banyak, sekaligus membanyakkan lagi kerusi politik Islam.

Sebab itu wa terasa sangat ‘pemberontakan’ dalam hati apabila PAS Ganu gagal. Sangat2 terasa. Kerana ia penyumbang yang besar kerusi parlimen.

Apapun, disebalik pilihan peribadi, yakni Mat Sabu, wa harapkan PAS Pusat lebih mengutamakan keutamaan. Di sini ada beberapa point yang belum disusun mengikut keutamaan.

1. Orang seperti Mat Sabu perlu berada dalam parlimen Malaysia.

2. BR harus menang kerusi ini. Untuk menang, kehendak majoriti pengundi Terengganu perlu diteka dan dicongak.

i. Adakah pengundi Terengganu mahu calon selain BN (PAS) anak Ganu yang segar? (Syed Azman calon terbaik)

ii. Adakah pengundi Terengganu mahu calon selain BN (PAS) anak Ganu yang konservatif dan keras? (Mustapha Ali dan lain-lain adalah calon terbaik)

iii. Adakah pengundi Terengganu tidak kisah calon luar asalkan ‘meletup’ di parlimen tanah air? (Mat Sabu calon terbaik)

iv. Adakah pengundi Terengganu bosan percakaran politik tanah air dan mahu memilih calon bebas? (Nenek Maimun calon terbaik)

v. Adakah pengundi Terengganu bosan dengan BN tetapi meluat dengan Hadi dan Mustapha sekaligus menolak kesemua congakan di atas, mengundi BN atas dasar tradisi-budaya walaupun bosan. (calon PKR adalah terbaik)

Bagaimana dengan pembaca?

Comments

  1. sbg orang ganu...(walaupun duk kl), saya rasa suka kalau ada youth vibrant dalam politik malaysia. bukan kata calon umur 40-an tidak sesuai lagipun dah ramai orang umur 40tahun ke atas dalam parlimen.

    ReplyDelete
  2. Wa rasa 'melampau' kalau Husam yang jadi calon la bro. Sebab isu :

    1. 'Puak Ganu vs Puak Endorgan'.

    2. 'PAS Kelantan' vs 'PAS Ganu'.

    Jadi, macam mengundang Perang Angkasa Lepas jer bro. Hehehe. Pendapat wa la..

    ReplyDelete
  3. hehe.. ramai rindu hendak melihat husam kembali ke Parlimen.secara peribadi wa nampak, level husam bukan di state, namun hendak meletakkan husam di trengganu bukan satu langkah bijak.

    Syed Azman, walau beliau ni agak slow di Parlimen, namun kehadirannya agak signifikan di Parlimen. Bagus juga kalau syed azman ada di parlimen.

    Mat Sabu, nak kata apa lagi... tambah2 dengan kematangan politik beliau, sekarang adalah masa paling sesuai untuk berada di parlimen.

    My vote: Mat Sabu.

    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...