Skip to main content

Kepimpinan Saga : Kecelaruan PAS semakin memudaratkan.

Oleh : AdukaTaruna

Anti-kesegaran tetap akan dihukum alam. Selagi PAS menyimpan pemimpin-pemimpin yang tidak relevan, berpegang kepada falsafah sempit ciptaan manusia (kepimpinan Ulama), selagi itulah PAS semain mengalami ketidak-licinan dalam perjuangan mereka.

Memang benar perjuangan ada pasang surutnya. Tetapi itu di bawah tajuk pengaruh, prestasi dan sebagainya bukan di bawah tajuk ketetapan perjuangan. Ijtihad-ijtihad dalam setiap isu semasa yang timbul. Semua ini memerlukan pemikir, peneraju, pemimpin yang segar dalam satu-satu zaman itu. Pada ketika itu.

Malaysia semakin terbuka.

Terbaru, luahan seorang individu non Melayu dan non muslim yang mendakwa mewakili sebahagian mereka terhadap PAS (rujuk blog roslan sms). Dia menyamakan PAS seperti UMNO. Tidak boleh dipercayai. Mari kita sorot kembali di mana punca secara time line nya.

Puluhan juta pengundi anti-BN tersentak terhadap maruah PAS selama ini sejak terbongkarnya skandal sulit dan gelap PAS dengan UMNO. Inilah time line permulaan kepercayaan pengundi Malaysia terhadap PAS jatuh berkecai.

PAS menyediakan pemimpin (Presiden) sebelum zaman terbuka. Anti-kesegaran akan dihukum alam. Kini suara hati, luahan emosi dapat dizahirkan, dipancarkan secara meluas. Melalui tulisan, melalui video buatan sendiri, melalui karya, melalui perjumpaan sesame sendiri, pengundi Malaysia mampu melancarkan gelombang, fikrah, apa sahaja.

Seseorang yang direkrud di zaman ceramah adalah system penyampaian, Harakah bercetak adalah system penerangan, dikekalkan menjadi peneraju, pemimpin di zaman terbuka sebegini adalah satu tindakan bodoh. Dahulu, anda tersilap sebutir dua kata, pengundi anda menunggu selama seminggu mendapatkan penjelasan anda. Cetakan Harakah, pusingan road show dinanti bagi mendapatkan cerita sebenar.

Tetapi kini, kepantasan adalah penentu kemenangan. Kepantasan adalah segala-galanya. Anda silap sebutir-dua, ratusan blog, puluhan karya, belasan visual lahir mengiringi kesilapan anda.

Anti-kesegaran akan dihukum alam ma……

Ulama bukan berhala sakti.

Sejauh mana persiapan PAS dalam menjadi pemerintah di zaman terbuka? Fanatik ulama menjadi ulama sebagai berhala sakti. Adakah apabila PAS memerintah Malaysia, berhadapan dengan warga-individu Belanda yang mencipta satu filem pendek menghina ulama, PAS sebagai pemerintah Malaysia bertindak memutuskan hubungan diplomatic dengan Belanda?

Baru satu contoh situasi. Kalau ada 200 negara di mana ada rakyatnya yang melahirkan kreativiti seperti itu, fanatic ulama akan mengasak Malaysia memutuskan hubungan diplomatic? Sudahnya Malaysia terpencil.

Semua ini adalah bodoh bagi ulama yang mendoktrin, Kepimpinan Ulama adalah satu falsafah dari langit. Sepatutnya perang dibalas perang, videa dibalas dengan video penerangan atau video jawapan. Fikrah individu rakyat Negara itu tidak mencerminkan dasar negara tersebut. Asingkan sesuatu itu pada tempatnya.

Baru maki ulama sket dah nak melatah. Tranning sket la bro..

Berikan rakyat kesebelasan terbaik PAS untuk zaman ini di pemilihan depan.

Sekarang wa serahkan kepada ahli PAS yang berdaftar dan berbaiah. Terpulang kepada anda untuk menerima cadangan ini. Islam tetap relevan sampai bila-bila. Tetapi pemandu dan kenderaan itu yang perlu ditukar mengikut kesesuaian kawasan (zaman).

Kawasan off road lu kekalkan / pertahankan Saga Magma tahun 1985 hanya kerana prinsip ciptaan manusia Banyak Jasa dan Kepimpinan Saga, maka, pepandailah dok termenung di tepi jalan perlumbaan off road itu nanti.

Pada ketika itu team anda akan mendengar produk Kepimpinan Saga berkata :

“Kita rela kalah, asal Islam tidak kalah.”

Kemudian semua angguk, walau yang menang itu dah tentu memudaratkan Islam lebih-lebih lagi.

Setiap gen Melayu adalah bebal.



Comments

  1. Hoi,yang ko komen perbandingan manusia ngan saga magma tu apahal bro.ko ingat seme bende boleh compare ngan bende.nape tak compare islam dulu dan islam sekarang?mcm islam hadari.ada islam baru dan lama.islam tu satu jelah bro.yang penting ilmu yang ada pada ulamapun tu bro.diterjemahkan dalam hal politik,dikawalselia dengan pengaruh n pendirian ulama.warisan dari nabi tu.dari dulu sampai sekarangpun xakan berkarat walaupun saga magma ko yang berkarat.jangan ada yang memperjuangkan islam tapi modified lebih2 dan menyimpang dari ajaran rasul dahla.islam yang dibawa oleh rasul,yang menghadamnya adalah para ulama.ko ingat sape lagi kalau x orang macm mereka?ko ingat ko ker??kahkahakah.kalau komplen,ko marah.tp tula ko.

    ReplyDelete
  2. apabila sijahil berlagak Alim dan sibodoh berlagak Teror maka lahirlah penulis bernama Alim Teror (AT). eko AT tidak lebih hanyalah seorang badut jalanan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...