Skip to main content

Bacaan untuk awek-awek.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ada sorang member. Umur 25. Tapi masih kebudak-budakan la. Suka buat lawak. Contoh, gayakan aksi Naruto depan rakan-rakan lain. Dia ada sorang awek. Umo 20 kot. Entah.

Masalahnya awek dia ni, manja over sket. Kengkonon cute la tu. Suka bentak2 member wa ni. Depan wa dan brader2 lain plak tu. Terjerit2. Contoh :

“Abi….! Cepatlaaa…..!! Lempang kang aaaaaaa…..!”

Perghh.. suara nyaring gile beb. Iras2 queen control pun ada ni. Ari tu wa siap kire besday diorang lagi, ikut artikel Mat Saman Kati (tajul muluk), yang perempuan 9 beb. Yang member wa tu 4 jer (suka-suka kira semata).

Memanglah korang berdua bergurau. Dan masing-masing, antara korang berdua, memahami itu adalah gurauan. Tetapi, depan rakan-rakan kepada balak lu, lu tak boleh menjatuhkan maruah balak lu tu.

“Tapi dia (si balak) tak kisah..”

Sebab dia masih belum memasuki fasa lebih matang dari yang semasa. Lelaki akan masuk juga ma. Cepat dengan lambat jer. Tapi tetap masuk nanti. Bila dia dah masuk fasa lebih matang, dia akan rimas. Terjerit2, terhentak2 kaki, termuncung2. Rimas bang oii…

Bukan tak boleh begitu. Tapi bila bukan di depan rakan-rakan atau keluarga si balak. Tak caya? Lu tunggu la nanti…. Bila balak lu dah mula slow dan releks, kalau sebelum ni tutup pintu kasar, dah mula tutup dengan cool dan slow, suka yang tenang dan sunyi, lu still terjerit-jerit, terbentak2, terhentak2 kaki, termuncung2…. babai la.

Jadi, kepada orang perempuan, awek dan isteri, jangan sesekali semakkan hati dan kepala pasangan anda ketika waktu yang salah. Jangan sesekali jatuhkan maruah pasangan anda di hadapan audien yang salah.

Comments

  1. lu bagi tau kat kawan lu.... biar dia cari awek yang tua skit.... 20 tahun ni budak lagi.... sebab tu lah tergedik² tu.... wa cukup menyampah ngan pompuan camtu..... kononnya cun la tu yang tergedik² melampau tu.... kalau awek tu wa punya dah lama dah pelempang wa lekat kat pipi tu...

    ReplyDelete
  2. Lu suruh balak tu celup je beb, lepas tu belah... cepat la awek tu belajar menjadi dewasa...

    ReplyDelete
  3. amboi amboi,,,
    ....sedap2 je nak pelempang la...nak celup la...nak wat ikot suka ati kat anak orang yea...+_+

    ...ingat anak patong ke??

    ....awek2 jadi gedik sebab laki2 la x pandai kontrol awek sendiri...

    ~k.memot~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...