Skip to main content

Tragedi keluarga.

Oleh : AdukaTaruna

(Cerita ini diolah semula dan disembunyikan sebanyak sedikit bagi tujuan tertentu. Jadi, status cerita ini ialah ‘half false’.)

“Anur, keluar skang! Balik!”

“Keluar! Jangan derhaka!”

Kecoh. Apa kes? Suami kepada sepupu wa ‘langgar’ rumah Pak Saudara wa beb. Kitorang semua menjengah ke luar.

“Ha, bang. Apa hal ni? Kot yer pon masuk la. Bukan orang lain.” Kata suami kepada adik kepada sepupu wa tadi. Mak aih, payah la plak nak terangkan. Wa bab pangkat2 ni lemah sket. Biras kot.

“Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku!”

Ekele.. terus terbantut wa nak masuk campur. Sebab wa taraf sepupu.

“Eh, mamat ni mabuk ni.” Detik hati wa apabila melihat cara dia menukar besi dari tangan kiri ke tangan kanan.

“Bang, kau suruh mak masuk dalam. Suruh yang perempuan dengan bebudak masuk dalam.” Arah wa kat adik wa.

Mamat ni dah la mabuk. Pertimbangan dia tak normal ni. Bersenjata plak tu. Dalam hal macam ni agihan focus perlu dikecilkan. Kang mana nak focus pada keselamatan budak-budak, wanita lagi, nak focus kat mamat ni lagi, ada bawak geng ke tak mamat ni dan sebagainya.

Selingan sedikit. Kitorang dah la bukan sehebat Hadi dulu. Poligami pun dia, ADUN pun dia, MP pun dia, MB Terengganu pun dia, Tok Guru kuliah pun dia, Presiden PAS pun dia. Pesuruhjaya PAS Terengganu pun dia. Last-last Terengganu terbarai, PAS kalah besar 2004, Barisan Alternatif berkecai. Kepimpinan Ulama konon. Semua lambak kat dia.

“Tak masuk campur cane plak. Yang kau datang dengan cara camni. Bawak besi ni apahal?” Kata suami sepupu wa yang tadi. Biras kot. Ala payah la. Wa letak nama dia Amy.

“Kimak kau.” Terus dia hayun besi kat Amy. Pergh… Tersirap darah wa. Sabar2.

Amy tinggi dan sasa. Bekas atlet bola tampar. 190cm tinggi dia. Besi ditepis. Tapi berdarah gakla tangan. Dia alih kat wa plak. Wa masih belum bersuara. Belum sempat dia serang wa, 2 adik wa dah meluru. 3-3 masuk longkang.

“Benti bang! Benti!” Arah wa kat adik wa. Wa tak setuju bertumbuk. Sebab mamat ni tengah biol. Lepas tu, yang akan jadi mangsa, isteri dan anak sulong dia yang berumur sebulan tu. Kompom punya. Kita pikir kat baby n Anur tu sebenarnya.

“Bak sini besi tu!” Besi tadi dah kat adik wa yang sorang lagi. Kang silap ari bulan jadi pembunuh plak adik wa ni. Dah la nak ambil SPM tahun ni.

Skang besi kat tangan wa. Mamat mabuk ni termangu. Isteri dia hanya mampu menangis dan meraung dalam rumah. Wo, tak boleh. Raungan dia boleh membuatkan si suami naik syeikh.

“Bawak Anur dalam bilik! Abang, kau pergi kat jalan. Tengok dia datang sorang ke bawak geng. Lepas tu tutup pagar. Kau jaga kat situ.”

“Weih pan***. Kau ingat aku bacul ke datang ramai-ramai? Ini hal rumahtangga aku tau tak? Kau sapa?”

Kata-kata mamat ini disambut oleh adik-adik perempuan Anur dan makcik-makcik wa. Adeh… wa memang letih pompuan beb. Leceh dan mengeruhkan keadaan.

“Amy, skang ni kita perlu tangkap dia. Ikat dan tunggu dia normal. Panggil keluarga belah dia dan bincang sama-sama. Kalau bertumbuk, hanya selesai step yang ini. Step akan datang Anur dan anak akan jadi mangsa. Kau g cari tali cepat.”

Tali belum sampai, Pak Sedara wa dah sampai. Jeng jeng jeng… abes la. Tanpa mati engine, Pandak turun dan menuju ke arah menantu dia yang berdarah dan termengah-mengah bergumpal dengan adik wa tadi.

“Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau ni, sial!” Mamat tu terus meluru kat Pandak wa. Pak Mentua dia maki selamba. Edeh… mana Amy ni, ambil tali ke g anyam tali. Huhu.

Pok pek, bedebush, bedebik. Berdetup berdetap. Mamat tu tumbuk Pandak sekali, kena bahu. Pandak tampar 2 kali jer. Yang lain 2 adik wa continue bertumbuk. Adeh.. orang suruh jaga gate….

Pendek cerita, tali ntah ke mana, gate ntah ke mana, mamat tu lari sambil bagi amaran.

“Kita kena tangkap dia Pandak. Kalau tak susah.”

“Biar deh! Haram jadah. Anak den ramai laie. Kalau dio nak ikut laki dio, poie. Tak rugi den do!”

Comments

  1. Aduka Teruna,

    Wa tak fahamlah apa kaitan cerita lu dengan Haji Hadi.

    Cuma wa nak tambah sikit pasal kepimpinan ulamak. Wa bukan nak hina pimpinan ulamak, sikit pun tidak ada niat.

    Tapi wa rasa ada sikit tak betullah konsep pimpinan ulamak yang dibawa oleh PAS terutama masa mula-mula dulu. Sekarang ini ada kurang sikit.

    Dula kalau orang tu pakai serban jubah dan kuat takbir je dah dikira ahli yang hebatlah. Bagi pegang jawatan macam-macam. Yang tak sepatutnya dipegang pun diberi juga.

    Akhirnya ada pelaburan yang lingkup berjuta-juta. Nak cerita pun malu kat orang.

    Tapi ahli PAS ni baik tak buat kecoh-kecoh, bawa besi, pukul orang macam sedara lu tadi.

    ReplyDelete
  2. Cerita tu wa kongsi dengan pembaca jer bro.

    Tapi, wa paling setuju dengan kata2 lu yang PAS ni baik. Sungguh. Naif serba serbi.

    Ada member PKR kata UMNO tak takut dengan PAS sebab tak pandai melawan, tapi takut dengan PKR sebab cara PKR melawan dan menipu sebiji UMNO.

    ReplyDelete
  3. PAS Ganu lagi ganas dari UMNO lah. Itu pasal orang UMNO tak berani pasang bendera kat kawasan Hj Hadi. Nak ngundi pun takut terutama kat Rhu Rendang, Teluk Menara dan Batu Enam. Tapi kalau dibandingkan PAS dan PKR, PKR lebih kreatif la. Masalah keluarga awak dah settle dah?

    ReplyDelete
  4. pergh!!! sikit² pun lu hentam TGHH yer....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.