Skip to main content

Tahniah kepada WM TKO, Tok Penghulu.

Oleh : AdukaTaruna

Pertamanya, Alhamdulillah kerana menyerahkan kerusi WM itu kepada orang yang ‘tentu’ hala tujunya. Tahniah kepada Tok Penghulu.

Yang keduanya, mohon maaf kepada teka-teki yang ditimbulkan / didedahkan wa. Ramai yang bertanya kepada wa, tetapi wa tidak boleh mendedahkan sebegitu sahaja. Malah, sebab wa mendedahkannya juga adalah kerana Islamic State Tactical. Wa tidak mahu WM TKO terjatuh kepada individu yang silap.

Perkara ini sudah lama. Sudah hampir setahun rasanya. Wa tidak mahu individu menggunakan pengaruh WM / TKO meneruskan agenda peribadi. Menyimpan deposit ahli, menjalinkan hubungan dan sebagainya yang membawa kepada seribu satu kemudaratan.

Apabila mendedahkan ini kepada public, wa dipanggil oleh beberapa moderator TKO. Kebanyakan moderator TKO sudah mengetahui, malah lebih awal dari wa. Tetapi, mereka bergerak secara dalam. Apabila SP meletak jawatan, di mana PWM ialah individu yang perlu disiasat, wa menghidu bahaya ini. Terus wa memintas dan mendedahkannya secara public.

Alhamdulillah, apabila pagi ini, TKO melantik Tok Penghulu sebagai WM yang baru. Walaupun individu yang perlu disiasat itu masih berpeluang mempergunakan pengaruh TKO yang lebih rendah dari WM, wa mengambil keputusan memberikan laluan hampir ¾ moderator TKO untuk bergerak secara dalam.

Dalam pada memberi laluan itu, wa menegaskan, akan menghalang sekiranya masih mengganggu wanita-wanita TKO melalui pm. Dahulu, ramai muslimah TKO yang comel2, bebas berforum di TKO. Malah, bersama-sama berkongsi pengalaman masing-masing. Ada yang diketawakan (bergurau) beramai-ramai. Kini suasana itu sudah tiada. Jaminan keselamatan untuk tidak diganggu oleh orang berpengaruh TKO sudah tiada.

Jadi, harap, siapa yang faham itu faham lah. Tua buat cara tua. Pemegang amanah, buat cara pemegang amanah. Pemgamal media, buat cara pengamal media. Ini kalau sampai pm gangguan tidak dilayan, bertukar menjadi ugutan, tekanan, merajuk2 mcm budak2, ianya sudah melampau. Anytime wa boleh dedahkan print skrin pm tu..

Wa peduli apa lu buleh jalan atas api ke, berkemahiran pukau dan sebagainya.

: )

Comments

  1. faced lots of things lately.. jgn sudahnya, bila tak takut dengan org berkemahiran menggunakan kuasa halus ni terkena jugak dahla..amin2

    ntah, xpe lah kot, just keep mystery.. tapi, kotnye lah boleh gak kot dia jampi2 dgn nama "Adukataruna" tu hahaha

    ReplyDelete
  2. wah wah... sensasi sungguh ala2 mastika siap ada jalan atas api dan pukau2 bagai.. ingat silap blog tadi.. hehe.. hebat lu bro mengintai di balik 'main-frame' TKO... just jgn jolok kuat sangat dah le.. okay..
    -zaminc-

    ReplyDelete
  3. hmmm...duri @ duri2 yg wat tko sakit tu da dapat d buang lom?

    ReplyDelete
  4. prihatin nyer dak duka ni pada muslimah2 tko... ;)
    ..leh ke org tua gelenyar tu jalan atas api??..rasa2 ilmu tu tak lut ngan yg miang2@gelenyar..
    so...jgn takut duka..lu kasi hantam kaw2 lagi sket..

    ~k.memot~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...