Skip to main content

Peraduan Konsep Media : Apa yang kita faham?

Oleh : AdukaTaruna

Konsep sebenarnya adalah satu falsafah. Garisan falsafah yang bagaimanakah kita semua faham akan istilah yang bernama media ini? Setiap orang mungkin mempunyai garis-faham yang berbeza, dan setiap orang juga mungkin mempunyai garis-faham yang sama. Jadi, di sini wa kongsi apa yang wa faham, yang wa pegang, setelah difikir2kan lama dulu. (lama dulu la. Time wa makan nasik kalau tak silap. Sebab wa kalau makan selalu mengelamun. Hehe.)

Wa memilih menulis pasal ni sebab banyak blog yang wa baca, menyuarakan konsep atau falsafah yang agak lari dari apa yang wa pilih untuk pegangan, dalam isu Utusan Malaysia vs Teresa Kok.

Kita bermula dengan satu soalan, dimana, sekiranya ini ditanya kepada anda :

1. Sekiranya anda adalah blogger, adakah anda akan menapis komen-komen yang disampaikan pengunjung? Sekiranya jawapan anda adalah YA, mengapa anda marah kepada Utusan / RTM / TV3 / etc yang menapis isi kandungan sebelum disiarkan?

2. Sekiranya anda adalah blogger, adakah anda akan menapis komen-komen yang disampaikan pengunjung? Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, adakah ini adalah sebab (falsafah / konsep) utama anda supaya Utusan / RTM / TV3 / etc juga menjadi seperti anda?

Ha… cuba korang try jawap dulu. Sape yang jawab sama dengan garis-faham wa, wa bagi hadiah. Pakej bershopping bersama Rosmah. Hehe… Garis-faham wa tak semestinya betul, malah buleh diperdebatkan lagi, tapi, keputusan adalah muktamat. Sebarang surat rayuan tidak akan dilayan.

Ok. Kita pergi ke soalan bonus. Hadiah bonus ialah menyertai Paklah sebagai Menteri Pertahanan menjelajah seluruh Malaysia menggunakan Helikopter Nuri sebagai simbolik berakhirnya khidmat helicopter itu tidak lama lagi dan khidmat dia sendiri. Hahaha. Seriau wooo…..

Soalan bonus :

1. Adakah dengan memboikot (tidak membeli) Utusan Malaysia (satu contoh) atau TV3 (tidak menonton), anda berjaya melumpuhkan kewangan syarikat mereka, sekaligus memaksa mereka supaya telus terhadap satu-satu berita?

Usik sket : IQ taraf Hadi, takyah jawab la…Rosmah dengan Hadi IQ sama level. Cuma orang keliling Rosmah licik-laju-ganas dari orang keliling Hadi.

Comments

  1. INI WEBSITE BOLEH TUKAR ADDRESS TAK?????

    antihadi.blogspot.com

    kita dah ada...

    antihusam.blogspot.com
    antikhairy.blogspot.com
    antinajib.blogspot.com

    aku nanti buat...

    antiaduka.blogspot.com

    hheheheh

    ReplyDelete
  2. kpd antiaduka.blogspot.com..

    patut lu tukar kpd antidemokrasi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ...Jwpn ni akak pk masa tgh menyusu anak,,,akak selalu mengelamun taim susu menyusu ni,,
    ...Oit dak duka..jgn mengelamun masa mkn nasi..nasi nnt kena ludah ngan syaitan,, :p

    Jawapan : 1

    >> Falsafah or whatever.., yardstick akak adalah ISLAM...pure islam...bkn islam pas,amno,hadhari ke hapa..

    >> Bilamana islam menjadi yardstick,berita kena adil dan telus ,unbiased...and no caci maki melampau tahap gaban,,k

    >> Penapisan bergantung pada keceluparan bahasa n isi berita fitnah @ genuine..
    Sebab bilamana islam menjadi ukuran...masakan boleh fitnah berleluasa unless quoted as berita yg belum di sahihkan..

    >> Marah ngan tv3 ke..utusan ke..apa2 la bkn sbb penapisan cerita..TETAPI penyelewengan berita...

    ----->> Adiah tu..Nak minta tukar org bley?? Takmo sopping ngan rosmah...tuko ngan dato' shah rukh khan 8-)

    ------>> Soklan bonus takmo jawab sbb adiah x menarik... :-(

    ~maymot~

    ReplyDelete
  4. Bagi wa tapisan perlu ada, tapi tapisan apa yang digunakan, bagaimana tapisan itu digunakan, etc... itu yang penting.
    Letakkan sesuatu pada tempatnya.

    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.