Skip to main content

PAS letak Hadi untuk berhadapan dengan Rosmah?

Oleh : AdukaTaruna

Lama wa tak updated blog. Sori la. Wa banyak ambil ketering ma. Banyak pemimpin2 UMNO yang wat rumah terbuka. Dapat gak level bawahan cam wa cari makan. Hehe…. (mesti puak PAS tudoh wa agen UMNO ni. Hihi.)

Wa pon tak bape nak follow politik tanah air. Sempat gak tgk sidang media time Paklah umumkan lepaskan Presiden UMNO nanti. Tersipu-sipu Najib kat sebelah. Hahaha. Kalau Najib dah camtu, Rosmah wa tak tau la. Hahaha. Terkutuk plak.

Wa ada baca kat blog mana ntah ari tu. Dia meluat tentang Rosmah yang naik tocang muncul bersendirian sempena Perutusan Aidilfitri kat RTM. Jane Paklah pun tak wat camtu, bini Bush pun tak cam tu. Hahaha. Meluat gak wa.

Lepas ni wa nak kutuk Rosmah kaw2 punya. Saing2 Hadi la. Selang-seli ke. Bezanya, Rosmah 2-2 out. Akhlak out, IQ pon out. Hadi plak, akhlak superb, IQ jer yang hancuss.

So, selamatkah PAS daripada fasa kemorosotan? Sempena Najib menjadi PM, pemikir-pemikir genius-jahat UMNO ala Mahathir kembali menerajui agensi kerajaan, ketika Hadi si IQ hancuss dipertahankan sebagai Presiden PAS. Di bawah idealogi ciptaan manusia : KEPIMPINAN ULAMA.

Lawan mesin Paklah yang lembik dan lembab pun Hadi terkial-kial, ini plak nak lawan team Najib + Mahathir + Rosmah? Jawapan puak PAS ialah : Tawakkal kepada Allah. Unta tak payah tambat, kuda-kuda tak perlu dipersiapkan.

Kalah takper, asal Islam tak kalah. Kepimpinan Ulama, bukan Kepimpinan Islam. IQ hancuss takper, akhlak kalau ter-out pun takper. Janji Kepimpinan Ulama harus dipertahankan. Asal ulama maa... ulama duit ke, ulama bisu ke, ulama palsu ke, ulama jahat ilmu ke, tak kisah. Falsafah ciptaan manusia, KEPIMPINAN ULAMA.

Ok la.. saje kasi panas. Hehe.. wa nak sambung kojo-kojo mata duitan jap. PAS letak Hadi untuk berhadapan dengan Rosmah? (Wa gelak jap. Bagaikan IQ Mak Andih menguasai IQ Pak Pandir.)

Comments

  1. testing.. lu takleh komen ke, abghensem?

    ReplyDelete
  2. wa dah masukkan 2 komen bro.... tak masuk la....

    ReplyDelete
  3. Quote adukataruna:
    "Kalah takper, asal Islam tak kalah. Kepimpinan Ulama, bukan Kepimpinan Islam. IQ hancuss takper, akhlak kalau ter-out pun takper. Janji Kepimpinan Ulama harus dipertahankan. Asal ulama maa... ulama duit ke, ulama bisu ke, ulama palsu ke, ulama jahat ilmu ke, tak kisah. Falsafah ciptaan manusia, KEPIMPINAN ULAMA."

    ...Ni refer pada kepimpinan ulama PAS ke??? :-(

    >>The statement is too humiliating...esp -->> "Asal ulama maa... ulama duit ke, ulama bisu ke, ulama palsu ke, ulama jahat ilmu ke, tak kisah"


    Pas followers might be wrong in one way or the other but they wont be that wrong in their idea of wanting the kepimpinan ulama as a key factor of good and blessed governance...
    Believe me...lowya@bad kepimpinan ulama will be kicked by Allah Himself as Allah promised this.
    ...Lu kutuk cane pun,,,kuasa Allah jgn lupa weii!!

    Please la dak duka...spare some thot for those pure kepimpinan ulamaks...and those true pas followers..jgn sapu rata sume...sdeyyy tau,,huhuhu

    pssst dak nyamuk..
    >>Be a gud nyamuk...biasa2 one if u insist on being one,your buzzzing around our ears might be irritating but we will take it as a typical nyamuk buzzz...

    >>Dont be a nyamuk that take with it diseases melampau tahap gaban like malaria ke..dengue ke..cikugunya ke..etc..then u'll surely be loathed to death....huhu

    ~cg pizik~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...