Skip to main content

Menjawab tulisan Nik Abduh.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ditanya member wa. Wa memang dah baca lama dah tulisan Ostad Nik Abduh. Pada mulanya wa memilih tulisan / pertanyaan : “Bagaimanakah mereka boleh memisahkan Ulama dengan Islam?” itu sebagai satu soalan yang mudah. Ianya tidak membabitkan falsafah. Tetapi situasi penjawab kepada petanya.

1. TGNA dalam keadaan berada dalam hospital. Input perbincangan Kepimpinan Islam dengan Kepimpinan Ulama itu tidak sampai secara total kepada beliau. TGNA adalah ulama processor. Bukan ulama harddisk. Jadi, sebelum memproses, input2 perlu diberikan kepada processor itu dengan lengkap.

2. Soalan TGNA lebih kepada peringkat mendapatkan input. Bukan soalan pemati atau pemutus muktamad. Bagaimanakah mereka boleh memisahkan Ulama dengan Islam adalah ruang-ruang yang dibuka oleh ulama processor ini kepada capaian input.

Jadi, sepatutnya, petanya soalan terus kemukakan input. Atau boleh juga menunda input2 bagi menghormati hari tidak sihat TGNA.

3. Bukti TGNA adalah ulama processor yang sentiasa menunggu input ialah imej ‘flip-flop’nya kenyataan TGNA.

Contoh : Dengan input sebanyak ini, TGNA berkata tidak setuju dengan lompat parti. Kemudian, dengan input2 yang dipertingkatkan, TGNA bersetuju dengan lompat parti bagi penubuhan kerajaan baru. Banyak lagi contoh ‘flip-flop’ TGNA.

Jadi, berbezaan Kepimpinan Islam dengan Kepimpinan Ulama telah diberikan dalam blog ini. Pelbagai cara. Sama ada di luar akhlak atau di dalam akhlak. Dan sebab itulah wa meletakkan taraf tulisan Ostad Nik Abduh untuk pembatalan hujah Kepimpinan Islam, adalah tidak mengenai skop. Terkeluar.

Pada wa, Ostad Nik Abduh memiliki daya pengasingan tajuk yang sangat lemah. Ini wa kesan apabila dia memperkenalkan kaedah ‘Politik Damai’ ketika isu ‘muzakarah’ dengan UMNO.

Dengan lambakan nas-nas yang dihafalnya, sebenarnya, Ostad itu tidak tahu apakah pemboleh ubah dalam ijtihad yang cuba disampaikannya.

Lambakan nas-nasnya terikat kepada pemboleh ubah muzakarah. Tetapi dalam kes itu, ianya bukan muzakarah, tetapi skandal. Gelap, curiga dan tidak diketahui.

Ok la. Wa guna analogi mudah la.

Wa faham stendet2 Hadi ni. IQ slow sket. Dia macam ni la. Katakan kita membuat ijtihad tentang taugeh. Taugeh pada tanaman pertama kecil2 dan kurang sihat. Kita pun try guna baca jenama lain pada tanaman kedua. Wa bagi baja jenama HADI la. Hehehehe.

Sekali taugeh itu pun sihat dan gemok2. Lalu terus berijtihad wajib guna baja jenama HADI. Yang pembaca, pengikut stendet Malay pun terus cakap macam upin & ipin. “Betul! Betul! Betul!”

Padahal, dia bodoh untuk mengetahui pemboleh ubah yang lain plak. Cuaca contohnya. Tanaman pertama musim mendung. Tanaman kedua musim cahaya cukup plak. Atau tanaman pertama rapat2. Persaingan hidup antara taugeh tinggi. Tanaman kedua jarak2 sebab tak cukup benih ari tu. So, buat jer jarak2 (contohla).

Ha.. macam tu la dalam kes kata-kata TGNA. Terus nak ijtihad macam tu tak boleh. TGNA bukan bagi kata putus pun. Dia tanya maa…. Bagaimana boleh pisahkan? So, terangkanlah… Tu pasal wa tak mau jawab masa wa baca tu. Wa senyum jer baca komen2 yang sokong tu. Hehe.

Banyak kisah-kisah Ostad level standard ni sepanjang pergaulan wa. Tapi kalau wa lambakkan cerita, negative kat diri wa, dan negative kat pembaca plak. Cuma apa yang boleh wa cakap, kalau lu dengar ceramah agama ke kuliah agama ke, just jadikan ianya input la. Bukan output muktamad. Lu proses la sendiri.

Ada ke Majoriti Melayu Muslim adalah fatwa wajib? Hahahahaha…. Ce lu baca temuramah Hadi tu. Time soalan kenapa tidak muslim sahaja? Hahahahaha….. Pusing2 sambil berpeluh2 nak jawab. Lucu giler. Lagi lucu tahap gaban sebelum diseret ke angkasa syaitan, apabila yang ini (Hadi), ahli PAS terbaik bagi jawatan manager. (taip sambil guling2)

Comments

  1. Salam, bro wa nak bagi satu analogi pulak, walau kurang tepat tapi memadai laa...

    Pas = Sistem Khalifah = Sistem Pemerintahan
    PRU = Perang = Cara/method

    Dalam Pas perlu lantik Amir/khalifah.
    Dalam pilihanraya kena lantik panglima perang (yang sesuai dgn pendapat Ibnu Taimiyah dan Imam Ahmad yang lu bawak tu)

    Ok tak?
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  2. Betul tu bro. Taspi sebab khalifah bebal tahap Hadi, maka, lantiklah Panglima bengap Stopa. Haha. Dua2 made in Ganu.

    Sebenarnya, PAS masih belum bertaraf khalifah sebab masih tidak memegang kuasa. PAS di peringkat negara, lebih kepada satu jemaah perang yang cuba menjadi khalifah.

    Berbeza Kelantan. Di Kelantan, dan kini Perak dan Kedah, barulah PAS adalah khalifah dan perlu melantik Panglima Perang.

    Di peringkat negara, PAS hanyalah satu jemaah perang yang cuba menjadi khalifah. Dan Panglima lantikan ahli berdaftar PAS ialah Hadi. Dan pembantu panglima bengap itu ialah Stopa.

    Haha. Stented ahli PAS berdaftar. Tak bleh bfikir..

    AT

    ReplyDelete
  3. Hehe stented tu apa bro? bahaso nogori ko?
    Seb baik wa lom jd ahli Pas lagi, so takder la di'stented' kan..wah wah..

    Masaelah Stopa tu trengganu jer..
    Lagipun Pas bukan takat kena pi perang(baca:PRU) jer (ini kena bincang lain)...

    Apapun wa rasa, step yang lu nak bawak ni boleh terpakai jikka Pas ALL OUT for PRU (and bukan hal lain yang kena bincang lain tu)...
    heh heh..

    ~zaminc~

    ReplyDelete
  4. Quote AT :"Lagi lucu tahap gaban sebelum diseret ke angkasa syaitan, apabila yang ini (Hadi), ahli PAS terbaik bagi jawatan manager. (taip sambil guling2).."

    ...guling2 la,,jadi tenggiling baru taww,,

    ~k.maymot~

    ReplyDelete
  5. OK la...at least orang lain ada data untuk diproses, atau di 'document' kan...

    daripada orang yang tak ada data, lepas tu merapu ntah apa-apa...

    Golongan 4M!!!!
    Mentaliti Melayu Malas Membaca

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...