Skip to main content

Lu pikir la sendiri Roslan sms*….

Oleh : AdukaTaruna

Wa ditanya oleh member wa. Kalau Chua Soi Lek dengan Hadi, mana yang lebih baik. Ini juga adalah satu permasalahan konsep. Chua terkeluar dari jemaah Islam. Kita bercakap tentang ‘Manager’ satu jemaah Islam bernama PAS. Dan Hadi bukan yang terbaik dalam jemaah itu.

Lalu wa pun jawab : Jangan sebut Chua, tetapi, kalau Hadi dengan wa sendiri pun, wa masih memilih Hadi. Lalu member wa cakap macam wa nak bagitau wa lebih baik dari Chua jer. Hehehe.

Bukan itu macam ma. Katakan hanya tinggal 2 orang sahaja pilihan yang ada. Wa dan Hadi. Demi kebaikan-kemudaratan umat Islam, Hadi adalah layak. Sebab wa tau la tahap wa cane. Mata duitan ma.. Akhlak pun out. Lebih baik Hadi manage jemaah itu dan wa tukang kritik. Kalau wa yang manage, hancuss.

Itu antara wa dengan Hadi la. Tapi masalahnya, dalam PAS, Hadi bukan yang terbaik. Kalau ikut falsafah Allah, serahkan sesuatu bidang itu kepada ahlinya. Yang terbaik perlu dipilih dari kalangan yang baik.

Kalau ikut falsafah ciptaan manusia, Kepimpinan Ulama. Asal ulama perlu dipertahankan. Sebab dah tertakdir dia jadi dulu, dan bila dah tak relevan, haram gugurkan. Roslan SMS kata, kenang sket jasa-jasa dia dulu. Time tu semua yang kritik belum lahir.

Cet. IQ standard Hadi. Nasib baik Brazil tak sebodoh team Hadi. Kalau tak, confirm Pele sampai sekarang dikekalkan dalam kesebelasan utama team bola sepak negara dorang. Sebab banyak giler jasa Pele tu. Hahaha. Anti-kesegaran akan dihukum alam maaaa….

Wa ajar konsep Pele ni jap..

Dah macam ajar adik wa yang darjah 5 plak. Dengar sini jap IQ2 kabilah Hadi. Brazil berjuang demi negara. Bukan demi Pele. Paham? So, jasa Pele tidak dibalas dengan pengekalan beliau dalam kesebelasan utama bola sepanjang zaman. Brazil tak sebodoh gen Melayu. Sultan Pahang tu sampai mampos nak jadi Presiden FAM. Sebab jasa-jasa dia.

Tukar PAS plak. PAS tidak berjuang demi Hadi. Tapi demi Islam. Bukan demi Hadi atau demi ulama. Tapi demi Islam. Jadi, jasa-jasa Hadi bukan PAS yang balas. Allah yang balas. PAS nak balas dengan pengekalan dia sebagai Presiden sepanjang hayat? Kepala lutut lu orang. Demi Islam la, bukan demi ulama.

Okeh. Masuk balik soalan member wa tadi.

Dalam PAS, Hadi bukan yang terbaik. Malah terbukti liability. Bodoh tahap Power Rangers Pink Colour. Macam-macam kerosakan yang ulama ni buat. Ikut ilmu hafal dia memang tepat la. Tapi ikut bijaksana dalam situasi semasa / negara / tempat, memang lahabau habis. Jawab soklan atas kertas pekse, kompom A1. Formula semua hafal. Mamat nerd, kaki study.

Tapi bila nak apply dalam masalah reality, hancuss. Sebab yang ini memerlukan kemahiran berfikir dan IQ yang tinggi. Tu yang kerja dia asyik tulis buku jer tu. Dia just salin balik ilmu-ilmu yang dia hafal. Bukan kategori penemu / penjumpa ilmu. IQ slow.

Jadi, antara wa dengan Hadi, lebih kurang mudarat kalau Hadi manage gerakan Islam. Tetapi, antara lambakan permata PAS yang ada dalam PAS dengan Hadi, Hadi wajib diletakkan dalam almari rujukan sahaja. Adalah memudaratkan kepada pasukan apabila dia diberikan kuasa untuk berkeliaran dalam politik Malaysia. Kurung dalam almari rujukan lebih selamat. Time rujuk sahaja keluarkan dia.

Apa kata ulama bukan jenis hafal macam Hadi?

Member wa, Islam4all email kat wa. Wa bab2 kitab ni memang tak hafal la. Tak seterer Hadi. Member wa, ahli PAS berdaftar yang bergerak dari dalam (ikut saluran parti), untuk menurunkan Hadi, demi Islam, telah email pada wa satu quote untuk renungan bersama.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam"

Ha. Dengar tak IQ2 Kabilah Hadi? Akhlak kau, solehnya kau, hanya untuk diri kau sendiri, paham. Tapi bodoh lu orang tu, memudaratkan umat Islam.

Lu pikir la sendiri.

* Tajuk sengaja diguna nama Roslan sms. Sebagai taktikal kepada nama Hadi. Kire pukul anak sindir menantu la nih. Ngeh2....

Comments

  1. betul jugak yer... terasa sgt kehilangan Ustaz Fadhil Noor sbg presiden PAS, yg bijak dari segi strategi dan tektik peperangan dgn amno nih.... perang memang perlu tektik bukan lurus bendul, zaman Rasulullah SAW pun baginda ada tektik.

    ReplyDelete
  2. pergh!!!..... hebat la lu AT.... siap ada petikan Kata² Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah lagi tuuu.....

    ReplyDelete
  3. ...hek eleh dak duka...kasik contoh pele wat pe...hero bola zaman bila tuh??

    ...bagi la contoh terkini cam zidan yg encem tu ko,,baru relevan ^_^

    ReplyDelete
  4. Saje wak copy paste dari blog nikabduh, boleh kan AT, u r my fren... :)
    ..........
    Semasa saya menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa pelawat lain di wad Hospital Pakar Perdana itu, seorang exco negeri memberitahu ayahanda bahawa semacam ada usaha untuk menukarkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan kepimpinan Islam. Ia merujuk kepada beberapa isu dalaman yang melanda PAS saat itu. Juga hari ini?

    Ayahanda dengan wajah cerianya mencelah, ” Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”

    Anda tak rasa hebatkah dengan jawaban ayahanda ini? Jika begitu, anda betul - betul anak murid yang nakal! Atau beballah..

    Saya terbawa - bawa hikmah ini sehingga mensyarahkannya kepada adik - adik seperjuangan di bumi Mesir. Dan sehingga sekarang saya akan menghidupkan hikmah ini.

    Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.

    Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda marah jika anda digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.

    Kita dalam PAS jangan jadi budak - budak nakal. Malu kita..
    .......................

    hehe apa komen lu bro?

    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.