Skip to main content

Jawapan Peraduan Konsep Media.

Hahaha. Takdo yang menjawab dengan betul. Tapi ado hadiah sagu hati. Kakmot dapat barangan susu bayi made in China, n bro zaminc dapat tawaran jadi Penyunting Majalah Mangga. Wakakakaka.

Falsafah dia macam ni (garis faham wa la)

1.Utusan-TV3 berhak tapis / siar apa berita yang dia nak. Ske ati uncle-untie dia la. Sebab dia kompeni swasta (walau semua pengarah UMNO). So, ske hati syarikat tu la.

2. Masalahnya, kerajaan perlu luluskan / benarkan syarikat lain (pengarah pro PAS / BR) buat akhbar / TV dia plak. Jadi, ske ati PAS pulak nak siar / tapis apa yang dia nak.

3. Jadi, kedua-dua pihak pepandailah fight. Fight merebut pembaca, fight merebut ketelusan dan sebagainya. Di sinilah asas keadilan / ketelusan dalam penyampaian sesuatu berita.

4. Kalau salah sorang memfitnah, yang difitnah ada hak di mahkamah. Kalau ada unsur hasutan, seret ke mahkamah. Tapi takleh guna akta ISA, kena guna akta hasutan la. Dan tafsiran hasutan itu perlu dijatuhkan oleh mahkamah yang telus, bukan oleh Menteri Dalam Negeri atau Polis Raja Di Malaysia.

Ha… jelas? Kita tukar kepada blog plak.

Wa punya blog, ske ati wa la nak tapis ke, nak siar ke. Imbangannya, blog lain tu. Ske hati dia plak nak tapis ke, nak siar ke. Motifnya, pembaca atau sasaran mempunyai kebebasan nak baca yang mana. Lepas baca wa, g baca Hadi plak. Lepas baca antihusam, g baca Husam plak.

Tu pasal wa tak marah antihusam belasah Husam, walau wa cenderung kepada dia. Sebab, dia perlu mempunyai keupayaan menjelaskan / meredakan keadaan. Kalau tak buleh kena belasah, g duduk rumah, tolong kak memot lipat lampin. Hihi. :p Nak jadi pemimpin kepala paip dia kalau takleh kena maki.

Ha.. kita pergi kepada TKO plak.

Macam RTM, dia berbeza. Dia bukan swasta. Dia kerajaan. Kerajaan bukan UMNO-BN. Tapi yang dihantar oleh rakyat ke parlimen. Kalau Husam dihantar oleh rakyat, maka, berita Husam perlu disiarkan oleh RTM juga. Kalau Lim Kit Siang dihantar maka, perlu ada juga. Itu RTM.

Kalau malaysia dah jadi negara maju, kerajaan negeri ada TV sendiri, maka, kerajaan negeri adalah apa yang rakyat dalam negeri itu hantar ke Dewan Negeri. Kalau Lim Guan Eng dihantar as ADUN, maka, berita dia juga wajib diberi liputan. Kalau Rosmah Mansur dihantar rakyat ke shopping complex, eh silap, ke DUN, maka, YB Rosmah juga layak diliput.

Begitu juga TKO. Di bahagian artikel muka depan, ske hati dia la nak lulus ke tak. Walau dah ditegaskan apa yang disiarkan tidak menggambarkan pendirian rasmi PAS, tetapi ske hati dia la nak corakkan yang bagaimana.

Berbeza sedikit dengan ruangan forum TKO. Tujuan apa forum itu diwujudkan? Ini yang ahli PAS stendet intelek Hadi keliru ni. Macam member wa, usen. Pantang tulisan wa kat forum, habis dia deleted. Hahahaha. Lucu gak. Macamana nak manage negara kalau keupayaan mengasingkan tajuk pun fail ma.. Baik tak payah wujudkan forum tu. Hihi.

Macam dibuat Majlis Dialog Terbuka la. Tapi, kau yang baju merah tu, takleh cakap. Dosa! Kau sorang jer. Hehehe… Sebijik stendet Hadi. War2kan Kepimpinan Ulama. Melalui SU Akhbarnya, Roslan, diugut akan neraka kalau jatuhkan Kepimpinan Ulama. Tak pasan ke Hadi passing PJ Ganu kat Stopa? Ulama apa kejadahnya si Stopa tu? (baca dengan intonasi Edisi Siasat.)

Penyudahnya, sebenarnya, Hadi yang jatuhkan Kepimpinan Ulama itu sendiri. Kan ke bebal tahap ground floor tu. Sebab keupayaan memilih garis-faham tu lemah gile ma. Tu yang jadi macam tu, tu.


Siyes wa cakap. Hadi n org2 stendet dia, IQ hancuss. Cuma akhlak superb. Akhlak superb, ilmu kategori hafal tinggi, tapi bodoh melantun-lantun, memang wa fatwakan haram dilantik as Panglima Perang. Sebab kemudaratan yang dasyat.

Takperla.... PAS kan berjuang ikut idealogi ciptaan manusia : Kepimpinan Ulama. So, terima jer la ulama walau apa sahaja jenis ulama. Kepimpinan Islam tu pepandaila kita sapu bawah karpet. Lubuk hati akui kebenaran ini, tapi tempurung kebiasaan tetap menafikannya. Kan kan kan.

Stendetla.. Malay beb....

: )

Berbalik kepada Utusan vs Teresa

Ske hati la Utusan nak tulis apa. Dan ske hati la Teresa nak seret Utusan ke mahkamah. Dan ske hatila rakyat berbahas mengenainya. Kalau mahkamah kata salah-betul mengikut apa yang digubal oleh orang yang korang hantar kat parlimen, terima la. Sapa suruh hantar kumpulan itu di parlimen, untuk digubalkan akta itu.

Korang hantar ramai beruk (dalam parlimen), maka, akta beruk la korang dapat. Korang hantar ramai manusia, maka, akta manusiala korang dapat. Korang hantar ramai muslim, maka, akta muslim la korang dapat. Tapi nak hantar ramai muslim cane dalam wadah demokrasi total ni kalau panglima perang medan demokrasi yang korang pilih tu, orang yang berakhlak tapi bebal tahap melantun?

Ngeh ngeh…


Comments

  1. --->> Ni torang2 nak racun me n my family nih..ske2 ati dia jek nak bg adiah rijek tahap gaban :-b


    Hek eleh,,,banyak la lu nyer ske ati...

    ..swasta ke,,gomen ke,,,hapa ke...mana leh ske2 ati,,,

    ..ske2 ati lu je nak ikot falsfah garis paham lu ek??

    >> Quote : "Kalau tak buleh kena belasah, g duduk rumah, tolong kak memot lipat lampin."

    Psssttt....Skang zaman pakai diapers la,,Lampin2 x men aa..buang maso yo nak lipat2..baik tulun wa reformat pc wa.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Ceh stended majalah mangga je lu kasik...tapi dah blog lu, lu sketi la nak tulis aper kan?..heh heh...

    Tapi wa paling sakit ati tengok tvpas... punya la banyak peruntukan, asyik citer politikkkk jer... buat la citer drama pendek yang islamik dan dinamik.. ala 10-15 minit seminggu pon ok aper... pinjam je la N90 yang ramai orang pakai tu kalau takder bajet sangat... ala-ala indie short film gitu.. baru la best...

    Tapi dah TVPas diorg yang punya.. sketi diorg la nak letak apa pon.. kan? kan?

    p/s: betui ka usen deleted ko nyer thread AT?
    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...