Skip to main content

Hadi adalah masalah utama Islamic State.



"Kita berjuang demi Islam atau demi Hadi? Siapa yang menjaga siapa? Islam menjaga ulama atau ulama menjaga Islam?"

Oleh :
AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Mengetahui.

Malaysia perlu berlaku revolusi politik. Wajib. Tidak dapat tidak. Tiada kerajaan yang kekal di dunia, hatta kerajaan sehebat Nabi Sulaiman a.s. Bila berlaku revolusi politik, maka, dari situlah perubahan agensi kerajaan bermula. Kehakiman, media, penguatkuasaan, mentality dan sebagainya.

Tetapi, berlaku pertembungan corak selepas revolusi. PAS sudah pasti mahu mengunapakai landasan Islam. Manakala, yang lain pula adalah landasan secular. Dalam hal ini, berbalik semula kepada kewajiban di atas. Yakni, Malaysia wajib menempuhi revolusi politik. Regin BN perlu dijatuhkan bagi mebuka cahaya-cahaya kemerdekaan negara.

Ini yang bermasalah kepada ulama genetik Melayu. Mereka amat takut keluar dari kebiasaan, atau tempurung budaya. Mereka hanya menyalin ilmu dari orang lain, tetapi tidak berkemampuan berfikir.

Baiklah. Kita perlu kepada satu persoalan di mana banyaknya MP non muslim dalam BR.

Katakan ada satu gerakan terancang di mana, MP non muslim akan berhijrah kepada BR atau PKR khususnya sebaik sahaja BN ditumbangkan. Jadi, sudah pasti PKR + DAP akan dipenuhi oleh MP non muslim.

Maka, kerajaan yang terbentuk pada ketika itu majoritinya MP non muslim. Apa peranan PAS? Sebab itu wa dalam banyak kaedah, sama ada keras, menyindir atau lembut mengatakan, Hadi adalah penghalang utama dalam percaturan menegakkan Islamic State.

Begini. Apabila UMNO bertukar menjadi pembangkang, maka, satu situasi di mana mereka menyertai wadah baru PAS adalah tinggi. Mereka tidak biasa menjadi pembangkang. Itu yang pertama. Yang kedua iklim politik pada ketika itu mewajarkan mereka berhijrah beramai-ramai ke dalam PAS.

Jadi, ketika inilah kumpulan Husam perlu mengusung TGNA bermuzakarah / bermuqabalah memujuk atau menyeru MP UMNO menyertai PAS. Hadi tidak layak untuk ini. Attitudenya bukan sahaja tidak diyakini UMNO, malah dibenci sejumlah ahli PAS sendiri. Hadi terlalu bodoh untuk ini. Aura atau kemampuannya mencantum hati MP UMNO ke dalam PAS adalah lemah. Dia tidak dilahirkan sebagai agen perpaduan.

Apabila MP UMNO berhijrah ke dalam PAS, maka, PAS beroleh kekuatan. Itu satu jalan. Jalan yang lain ialah, satu situasi di mana UMNO bertahaluf dengan PAS. Berkerjasama dengan PAS. Pada ketika, PAS berada dalam kerajaan pusat. Walaupun sama ada UMNO menyertai kerajaan pusat, atau berada di pihak pembangkang, namun kerjasama UMNO dengan PAS mengekalkan hak-hak kepentingan Islam yang universal. Atau kata lainnya, hak-hak berlandaskan perkauman yang cuba ditafsirkan sebagai Islam,oleh UMNO ditapis oleh PAS.

Apabila kita pergi ke satu kemungkinan yang lebih jauh, namun masih realistic, di mana, dengan berbondong-bondongnya MP UMNO atau MP muslim BN ke dalam PAS (dari parti Sarawak dan Sabah lah), PAS berpeluang menawarkan Presidennya sebagai Perdana Menteri.

Namun, sekali lagi, Hadi ialah anti klimax. Negara akan bergolak sekiranya Hadi ditawarkan PAS menjadi Perdana Menteri. MP non muslim akan menentang hebat. Bukan kerana tafsiran sempit Islam oleh Hadi semata-mata, tetapi lebih besar ialah factor pengurusan. Pengurusan ekonomi, pengurusan barisan pentadbiran. Ini semua dibukti gagal oleh Hadi.

Malah imej Hadi di mata MP bukan PAS ialah tidak jujur. Seperti di Selangor, PAS tidak lagi disegani kerana kes bermukah secara gelap dengan UMNO. Inilah yang wa perjuangkan. Di mana Hadi ialah bidak penghalang sebenar dalam Islamic State Tactical, walaupun dirinya mendabik dada sebagai pejuang Negara Islam. Mengkafirkan yang lain.

Negara Islam.

Negara Islam wa bahagikan secara mudahnya kepada 2. Yakni pentadbiran dan undang-undang. Pentadbiran Islam tidak dihalang oleh MP non muslim. Malah dalam hal pentadbiran Islam, DAP lebih menonjol dan bagus daripada Terengganu zaman Hadi 1999.

Bersih, sama rata, jimat, telus, terbuka adalah antara elemen pentadbiran Islam yang turut diperjuangkan DAP atau MP non muslim. Jadi, dengan mengenepikan fikrah jumud ulama Terengganu dan IQ yang rendah Presiden PAS, sepatutnya, PAS mendapatkan bahagian pertama ini dahulu.

Yakni Pentadbiran Islam. Undang-undang Islam yang mahu ditegakkan sebelum ayam berkokok oleh Hadi itu, adalah step seterusnya, apabila pengurusan atau pentadbiran Islam berjaya ditegakkan bersama-sama. Baik MP muslim, baik MP non muslim.

Sebab itu, sekali lagi wa menegaskan, Hadi terlalu bodoh dalam memperjuangkan Islamic State. Dan secara sindirnya, jikalau Hadi menyertai jemaah genius Hezbollah, IQ Hadi hanya layak menjadi seorang tukang sapu. Menjaga sepucuk pistol pun milik Hezbollah tidak layak. Kerana jika dijadikan iman sebagai ukuran, tukang sapu Hezbollah pun setaraf imannya dengan Hadi.

Berbalik kepada tajuk Islamic State ini, apabila semua selesa dan selamat dalam satu negara yang berpentadbiran Islam, barulah kemudiannya PAS membuka forum, berdakwah tentang satu lagi bahagian Negara Islam, yakni undang-undangnya. Itupun, hanya untuk kes yang melibatkan orang Islam.

Jadi, apa sahaja yang dilihat penghalang kepada Islamic State akan wa tentang sedaya upaya, secara sendirian. Dan antara penghalang itu ialah jasad yang bernama Hadi dan sekumpulan Kabilahnya.

Kepimpinan Islam atau Kepimpinan Ulama?

Wallahualam.

Comments

  1. dah submit kat TKO ke ?

    sp4n4r

    ReplyDelete
  2. Tak sampai 3 minit, ghaib kat TKO. Hahaha

    ReplyDelete
  3. taruna,

    Sukj import topik ini.

    Tq and selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. Hambek jer la bro.. digalakkan lagi ado..

    Selamat Hari Raya juga dari wa. Maaf zahir jer. Ngeh2.

    AT

    ReplyDelete
  5. tak sangka lak wa otak lu sama ngan apa yang wa pk.... terutamanya tang MP UMNO akan join PAS beramai-ramai jika PR jadi kerajaan sebab memang MP UMNO ni tak mampu menjadi pembangkang..... kalau ini benar² berlaku majoriti MP dalam PR adalah dari PAS.... so..... makin dekat la ngan negara Islam yang diimpikan tu....

    ReplyDelete
  6. AT,
    Syabas...teruskan beri penerangan pada dorang ni yg tak faham2 berpolitik.
    SP/TKO,
    Jangan kusutkan keaadan.Ambil iktibar dari sejarah/pengalaman dan akal fikiran yg luas.Utamakan dulu kebaikan utk keseluruhan yg bersesuaian dgn situasi.Majoraty diluar semua memilih apa yg telah AT bentangkan kat atas tu.Takpe..,telanlah walaupun pahit sekiranya ia jadi ubat.
    SERBAC.

    ReplyDelete
  7. tak sangka lak wa otak lu sama ngan apa yang wa pk.... terutamanya tang MP UMNO akan join PAS beramai-ramai jika PR jadi kerajaan sebab memang MP UMNO ni tak mampu menjadi pembangkang..... kalau ini benar² berlaku majoriti MP dalam PR adalah dari PAS.... so..... makin dekat la ngan negara Islam yang diimpikan tu....

    - lupa lak nak masukkan nama - abanghensem.....

    ReplyDelete
  8. Mentaliti Melayu Malas Membaca (4M)...

    satu geng dengan spanar TKO...
    analisis sampah..!

    ReplyDelete
  9. Siapa yang bawa Islam kalau bukan ulama? Siapa yang lebih memahami Islam kalau bukan ulama? Siapa yang mewarisi tugas nabi kalau bukan ulama? Makanya, KEPIMPINAN ISLAM DAN KEPIMPINAN ULAMA HANYALAH ISTILAH... POKOKNYA, YG Patut memimpin Umat Islam adalah ulama. Bukannya si Najib atau si Pak Lah yang jahil. atau sesiapa yg bodoh sombong yg mengatakan ada orang yang bukan ulama boleh menterjemah Islam lebih baik. Kalau ditakdirkan pimpinan itu lebih dikenali sebagai professional sekalipun, tetapi ia memahami Islam sebagaimana ulama, maka ia layak jadi pemimpin.

    Kholas. tutup cerita.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.