Skip to main content

Ekonomi dan open house dan bola sepak.

Oleh : AdukaTaruna

Ari tu, member wa, ahli berdaftar PAS ajak wa g rumah terbuka PAS. Kat Dataran Senawang beb. Cam tak caye jer. Kat N9 ni bai. Bukan kat Kelantan. Dapat ke permit? Terima kasih kat pengundi-pengundi Cina-India yang membuka cahaya-cahaya kemerdekaan pada PRU12 lepas.
Kalau nak harapkan genetik wa punya undi, si Melayu gemalai ni, kompom BN 2/3 majoriti kat sini. Dan kompom PAS tak dapat buat open house kat Dataran Senawang.

Tapi sorry la bro. Wa keje ma. Kalau wa tak keje, dah lama wa buat video punya. Time borak-borak, dia tanya wa pasal ekonomi. Mak aih. Bukan bidang wa tu beb. Tahu sket-sket jer. Tu pun banyak baca dari blog Hasbulah Pit ke apa ntah.

Apa yang wa faham (tak tahu la betul ke tak) matawang sekarang disandarkan kepada permintaan. Sistem Islam pula ialah matawang yang disandarkan kepada emas.

Kita masuk balik bab open house. Wa sempat lalu (tak singgah) kat Dataran Senawang. Masa tu petang. Ramai aktivis PAS, terutama muslimah sedang tekun membuat persiapan. Kat sebelah port PAS ada program kerajaan. Lupa plak. Open house gak kot. Sebab wa nampak ada makan-makan gak. Hehehe.

Tapi memang bangga la. Bendera PAS menghiasai Dataran Senawang pada hari tu. Satu kemunculan yang diharapkan disedari oleh golongan muda yang tertumpu di Dataran Senawang tu. Golongan tua tak penting sangat (kasar sket). Undi 5 tahun lagi 50-50 jer. Kalau mati, dah tak dapat undi lagi.

Kemudian wa sempat tgk live bola sepak Malaysia. Wa tak tahu ada ke tak. Tapi kalau PAS pasang layar besar kat open house di Dataran Senawang tu, memang cun abis. Wa yang kaki kutuk bola sepak Malaysia mengucapkan caya kepada team bola sepak Malaysia.

Kalah yang sangat membanggakan. Bukan kalah yang memalukan. Penguasaan yang baik oleh Malaysia. Cuma, kalau wa la, dah tahu Vietnam harapkan penentuan penalty selepas analisis separuh masa pertama, wa tukar corak. Suruh Malaysia bertahan plak separuh masa kedua. Biar rentak Vietnam yang berkubu tu hilang pelan2. Counter-attack pun best apo.

Tapi, tak tahu la team Malaysia tahap macam luar negara. Leh disuruh main macam2 rentak. Kang silap2, hancuss. Hehe. Apa2 pun, dari Presiden FAM yang bukan ahli dalam bola itu, sampaila ke penonton, tahniah dari wa.

Comments

  1. Salam saudara, lama tak jumpa!

    Agak pelik juga bila PAS dapat permit N9 ye? Apa-apa pun memang baik untuk PAS. Setidak-tidaknya orang ramai boleh dirapatkan lagi dengan PAS.

    Betul juga tu, yang tua ni jangan ambil kisah sangat. Kekadang tu lian mengalahkan daging jemur.

    ReplyDelete
  2. ni kira kawan lu ni ahli PAS yang 800 ribu orang tu lah yer... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...