Skip to main content

Apo la Hassan Ali ni..

Oleh : AdukaTaruna

Macam trend terbaru wa plak tulis corak santai macam ni. Takpo la. Sebab tak berat sangat kot. Kalau berat, kena susun dalam bentuk perbincangan. Wa tak setuju dengan Hasan Ali Selangor. Haramkan Sure Heboh.

Hahaha. Releks la. Baca dulu. Jangan melatah plak. Media Alternatif guna istilah haram. Masih bodoh. Media BN yang mendapat tunjuk ajar Barat lebih licin dan licik. Wa cadangkan media Alternatif, terutama PAS ni, bijak sket. Jangan tahap IQ Hadi.

Contoh, guna istilah ‘GANTUNG’. Selangor ‘gantung’ sementara konsert jom heboh. Perghhh.. baru mengundang atau membuka kepada satu pencarian jawapan kepada rakyat. Mengapa digantung?

Hasan Ali kata, TV3 berat sebelah. Ceh! Yang lu g sebut itu sebagai keutamaan buat apa? Dah nampak macam balas dendam dah. Politik dendam-berdendam. Bongok. 2x5 dengan IQ Hadi. Tiada seni muslihat langsung.

Cuba susun hujah ikut keutamaan. Kami, selaku jemaah Islam, gantung sementara konsert jom heboh selagi TV3 tidak mengikut garis panduan Jakim. Barulah rakyat nampak. Walau Jakim itu ‘UMNO’, tetapi dalam Islam, PAS tetap dengan perjuangannya. Kami juga mahu menyusun semula bentuk hiburan, mengkaji kesan kepada modal insan Negeri Selangor, dan mengalu-alukan sebarang pendapat dari rakyat mengenai hal ini.

Ha.. kan ke cantik tu.

Comments

  1. pandangan yang sungguh membina...

    nampak gayanya YB2 PAS, termasuklah MB Kedah pun kena gi kursus PR (public relation) dulu...

    konsep PR ni dah ada dalam qur'an dah...nak dakwah tu kena lah dengan 'hikmah'....

    -----------------------
    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com
    our-health-info.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. pada aku tak salah guna perkataan 'haram', pasal dah bratus-ratus kali dah diberitahu tapi tak paham-paham...

    apa beza dengan ko yang guna berkataan lembab, bangang dan low IQ???

    kalau haram, cakap haram...tapi kita boleh tengok keadaan ler...siapa penganjur konsert sure heboh tu..

    Fikir sebelum tulis....buat banyak kajian lagi..janagn Malas!!!!

    Mentaliti Melayu Malas Membaca!!! (4M)

    ReplyDelete
  3. dia nih memang bebal tahap dewa, masih nak berlembut dgn perkara yg haram yg kita semua tau kesan drp jom heboh tuh berbagai kebejatan moral dan sosial berlaku , kunun menggunakan ayat gantung nak tunjuk berhikmah/berhemah? porahh bebal tak abih2. kalu ayat secara direct "haram", pon melayu tak leh nak pikir , nak guna ayat 'gantung' pulak? utk mengajak melayu berpikir dan nak libatkan agensi jakim yg jakun tuh? rentikan ler cara berfikiran bebal nko tuh udohle nak berlagak bijak!! :-)

    ReplyDelete
  4. ...ni bukan masalah berlembut..tp masalah berhikmah dalam berdakwah,,

    ...tu haram ni haram sume haram boring gak...sebab benda cam sure heboh tu yg haram nya konsert nya je,,

    ....konsert tu menjadi haram pun bkn mutlak..maksud nya kalo di buat ikut garis panduan islam...konsert da x jadi haram,,,

    ...Islam tu cantik dan mudah,,jadi...mudahkan lah bukan susahkan,,

    ...apa yg susah sangat???

    ~bergamot~

    ReplyDelete
  5. hikmah???

    Hahahaha....yang tukang cakap sendiri tak faham maksud hikmah...

    kaji dulu sebelum cakap..

    [[Cyberbravia]]

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...