Skip to main content

Tsunami berapi puak PAS Terengganu.

Oleh : AdukaTaruna

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=30864&postdays=0&postorder=asc&start=0

Link di atas adalah antara pergolakan rasa tidak puas hati akibat pemikiran PAS Terengganu yang mempunyai akses kepada Presiden PAS (dimana Hadi adalah jasadnya). Hampir semua bloggers pro PAS / BR seakan mengisytiharkan perang kepada Kabilah Hadi-Ganu.

Awal2 lagi wa dah bagitahu dah. Hadi adalah liability kepada PAS kerana boneka kepada Mustapha.

Tapi lu orang maki wa. Wa simbolikkan melalui karikatur, lu orang tuduh wa murtad. Sekarang baru nak percaya.

Masa sesuai.

Korang nak berdebik untuk mencari garisan yang terbaik, berdebiklah sekarang. Jangan 6 bukan nak PRU13, baru nak berdebik sudah. Fasa PRU13, wa harap semua tinggalkan / tangguhkan. Profesional. Masuk dan rapat dalam saf balik.

Hadi ni, kalau berdegil atau Melayu PAS bacul untuk gantikan dia, seperti mana baculnya genetik Melayu dalam UMNO, tidak berani kepada perubahan, tidak mustahil PAS akan berpecah. Suara perubahan sangat kuat. Perubahan Malaysia, perubahan pemikiran, perubahan dalam PAS sendiri. Sekarang trend perubahan.

Presiden paling lembab dalam sejarah.

Zaman Hadi, setakat ini, adalah zaman di mana PAS hilang kehormatan dari pengundinya sendiri. Ketika zaman Ustaz Fadhil dulu pun, memang ada suara-suara tidak puas hati. Ianya adalah lumrah. Tetapi zaman Hadi, paling nyata dan tidak boleh disembunyikan.

Bukan pengundi akar umbi sendiri, tetapi dipertikai oleh deretan pimpinan PAS, secara terbuka, terutama isu skandal secara sulit dengan UMNO. Tak pernah terfikir oleh akal, pada hari ini, pengundi PAS sendiri memperlekehkan, mengkritik, berlawak, mempersenda PAS secara terbuka, walaupun niat undi masih kekal kepada PAS.

Hanya kerana si kurang upaya berfikir, dilantik tanpa bertanding menjadi Peneraju (Presiden).

Anti kesegaran akan dihukum alam.

Jika UMNO bersifat anti kesegaran, UMNO akan lupus. Jika PAS anti kesegaran, PAS kemungkinan akan lemah dan berpecah. Sejarah akan mencatit, hanya kerana seorang ulama yang enggan melepaskan kuasa dan pangkat yang dikecapinya, sebuah jemaah terbesar politik Islam menjadi caca marba.

Bagi penulis, perjuanganku bukan untuk individu. Apatah lagi individu intellectual bankrupt.

Comments

  1. Ustaz hadi ok. Yang tak ok skit si Che' Pa

    ReplyDelete
  2. betul....aku setuju 1000% (tambah 900% lagi)..

    Chegu Pa....elehhhhh...dia sndiri dok betul...adakah patut...dia PAS...abg dia ahli setia UMNO...ada yg tak betul ni...nb

    ReplyDelete
  3. Soalan sudah terjawab. Bukan Ustaz Hadi pimpin PAS dan Cik Gu Pa. Tapi Cik Gu pa yang pimpin PAS dan Ustaz Hadi.

    1999-2004 - De facto MB Terengganu ialah Cik Gu Pa. Sebab tu Allah tarik balik Terengganu dari PAS.

    Soal Umno tipu undi dalam pilihan raya 2004 dan lain-lain, hanya sebab musabab nombor tujuh atau lapan sahaja.

    Sebab utama amanah dikhianati. Kenapa? Tak percaya? Tanya orang kuat NEP, Dato' Hisamudin Yahya.

    ReplyDelete
  4. Lor bro, Khalid Samad lagi terer bro. Abang die MT UMNO n menteri. Ir Nizar pun abang die UMNO gak.

    Hujah tu wa tolak. Ngeh2...

    AT

    ReplyDelete
  5. kik..kik..kik..kik..kik..kik...No way...

    Kik..kik..kik..kik..kik..kik..NO WAY

    nak tolak...tolak lah Bro...yg pastinya...sbg ANALIS dan juga STRATEGIS Pilihanraya...kerusi sndiri pun boleh kaloh...

    hahahahahahahahahaha..

    Strategis apa gitu ... keluar abang dlm berita...tak ke haru gitu...STATEGIS kah gitu ?...


    kik..kik..kik..kik..kik.. NO WAY..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...