Skip to main content

Tidak setuju dengan saranan Roslan SMS

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.

Saranan SU Akhbar kepada Hadi Awang (dalam kontek peribadinya) supaya MP PAS menawarkan diri menggantikan para tebusan kapal MISC tidak wa setujui. Ini bukanlah satu cara yang bijak, malah kemungkinan akan ditertawakan.

Tebusan itu menurut Roslan berjumlah 63 orang. Bermakna, jika mengikut idea ini, PAS memerlukan 63 MP untuk digantikan. Sekiranya kita ambil matematik ringkas, 1 MP PAS ditukar ganti bagi 63 orang juga masih tidak bijak. Ini kerana 1 MP PAS mewakili puluh ribu di kawasannya. Atau kata lainnya, demi 63 orang di sana, puluh ribu di sini dikorbankan.

Tidak bijak pada pandangan wa. Malah ditertawakan. Hezbollah yang cerdik tahap melampau itu pun menukar tebusan dengan tebusan, bukan menukar tebusan dengan pemimpin mereka.

Dalam artikel saranan tersebut, wa bersetuju dengan idea supaya PAS meminta bantuan gerakan Islam antarabangsa. Namun, sekiranya ditanya kepada wa, wa memilih supaya PAS menawarkan diri kepada kerajaan untuk menghantar pakar pujuk atau pakar runding. Malah, sekiranya kerajaan pusat seperti biasa menolaknya, pakar-pakar ini memang terlatih berunding secara senyap dan gelap. PAS memiliki sekurang-kurangnya 3 pakar rundingan tersebut.

1. Mustapha Ali
2. Nasarudin Mat Isa
3. Hasan Ali

(highlight-kan untuk nampak)

Comments

  1. Bro, lu jgn cubit deria geletak wa la... hehe..
    Lagipun wa suka ustaz nasha tuu... tapi yang no.1 tu takper laa.. hehe

    ReplyDelete
  2. tapikan bro.. kalau no 1 pergi berunding dengan lanun tu, mesti dia mintak harakah 4 kali seminggu. wakakaka...

    ReplyDelete
  3. PAS zaman hadi, khususnya lepas isu muzakarah, telah hilang kehormatan. huhu...

    PAS zaman hadi dijadikan bahan lawak secara terbuka....

    ReplyDelete
  4. kakaka.... mesti angin habis penyokong ketiga² ustat tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...