Skip to main content

PAS dalam kerinduan.




Oleh :
AdukaTaruna

Sebenarnya PAS berada dalam satu keadaan yang sangat rindu. PAS terlalu rindukan Presiden seorang yang berjiwa aktivis. Seorang yang turun ke hadapan mengendalikan golongan aktivis dalam setiap isu rakyat. Ramai orang yang memiliki pengetahuan agama, tetapi tidak ramai yang memiliki pengetahuan agama dan selok-belok politik sekaligus.

Tidak ramai yang memiliki pengetahuan agama dan selok-belok politik, dan lebih sukar menjumpai orang berpengetahuan agama dan selok-belok politik yang berjiwa aktivis. Yang turun ke jalan-jalan raya memimpin rakyat yang tertindas. Yang mahir membaca reaksi lawan, yang merendah diri bergelumang bersama keringat rakyat. Yang laju dan pantas memandu kegelisahan dan kekeliruan rakyat.
...

Comments

  1. ya org2 pas sgt merinduinya, baca buku kisah hidup ustaz, pasti menitik air mata. kat sini ada cerita dr anak beliau:
    http://spaceofilmu.blogspot.com/2008/07/kehilangan-ustaz-fadhil-noor-masih.html

    ReplyDelete
  2. Banyak pemimpin PAS hari ni hanya pandai bab ceramah, ceramah dan ceramah, kecuali 2-3 kerat pemimpin yg berwibawa seperti TGNA, Dato Seri Nizar, Husam. Yang lain tidak dapat memahami aspirasi rakyat dan apa yang rakyat mahu. Mereka beranggapan rakyat perlu ikut mereka, dan bukan mereka ikut kehendak rakyat. Rakyat sebenarnya mahu pemimpin yg committed membela dan memacu rakyat dari segala kekalutan dan kepincangan yg membelenggu rakyat. Selain dari pengetahuan agama dan tahu selok belok politik, pemimpin yang handal juga perlu mahir hal sosial, pentadbiran dan ekonomi.

    ReplyDelete
  3. Kepada Pemimpin, hanya pemimpin sejati saja yg di sokong 100%...hingga sanggup berjuang...tetapi kepada pemimpin yg sering mendonggak ke langit dan sukar nak melhat ke bawah...alahai...banyak sekarang...

    KENA INGAT...PEMIMPIN...KERANA PENYOKONG DAN AHLI SAHAJA YG MENGANGKAT PEMIMPIN...DAN PEMIMPIN YG TERPILIH saja yg bertahan lama...

    Kalu setakat satu kemenangan dan Kalah...dan menang dan tiba2 nak buat pembaharuan yg bercanggah dgn INTIPATI DAN PERJUANGAN Sebenar PAS...digalakkan utk meletak jawatan...senang cerita...kita tengok samada kalian ni relevan atau tak..

    sbg contohNasharudin Mat Isa, Mustafa ali dsbgnya.....ini semua ada kepentingan DIRI...PAS digunakan sebagai batu loncatan saja...ARWAH DATUK FAZIL noor yg perjuangkan.....inilah dia perosak-perosak PAS sebenar...nak kan PEMBAHARUAN....buat parti sendirilah...mudah kerja..

    ReplyDelete
  4. komen 1, 2 dan 3....SAYA SOKONG 100%.... betul !!!!!

    Ada pemimpin ...dia ingat ini kelas FARDU AIN...duk jd KALIFAH (ketua/pemimpin) lah konon...kena dengar...

    tp dia dok sedar ini adalah POLITIK...dan POLITIK nk kena ada PENYOKONG...ni penyokong yg buat kerja...dia org buat keputusan terbalik...konon2 PENYOKONG KENA SETUJULAH...

    cth Nasharudin komen hari tu..."...Dah salahkah kalu berbincang dgn UMNO ?..."..

    Ada kah patut ?... apa dia ingat penyokong2 ni...anak murid kelas Fardu AIn dia ke ?...dia buat...yg lain diam dan yg lain kena ikut..

    WARPAAT punya pemimpin...aku hilang hormat pd mu wahai Nasharudin Mat Isa...Hilang....

    DULU AKU RESPEK MU !!!!...skrg aku hilang RESPEK dah.... yg tinggal hanyalah SPEK sahaja...RES dah takdak dah..

    ingatlah pd penyokong dan ahli2 yg buat kerja keras untuk mu...untuk PAS...engkau nak rosakkan hanya dengan satu langkah saja (brbncg dgn UMNO) yg tak sewajarnya berlaku !!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...