Skip to main content

Sorry la geng, member wa sakit.

Oleh : AdukaTaruna

Sorry la geng, wa lama tak update blog. Wa g Perak la (2 hari). Hantar member wa yang pernah wa story pasal awek indon (tgk artikel wa dulu2) tu sakit. So, wa hantar dia balik kampung, kat Kuala Kangsar. Dekat dengan Sauk tempat Al-Maunah tu. Hehe. Wa lalu Kati. Wa teringat blog Mat Saman Kati. Agaknya brader tu duduk situ kot. Hahahaha.

Pasal Hydro Fuel.

Wa test tak rasmi (takder bukti video dan fakta rasmi), RM10 boleh pergi (ikut highway la, jalan biasa tak dapat kot) lebih kurang 70km kot. Kot la. Nanti wa test betul2. Insyaallah. Wa bz tolong member wa la. Cuma, pengalaman wa, setelah guna alat ini, seperti / seolah-olah kita menggunakan minyak harga lama sahajalah.

Pastu wa baca kat komen pasal artikel jimat petrol tu. Ada yang suruh wa bercuti sebab dia dah menyampah baca tulisan wa. Hahaha. Tersenyum wa. Dah menyampah, tak payah la baca. Hihi. Bermaknya, menyampah-menyampah pun baca gak la tu sket-sket sampai leh bagi komen kat artikel lain. Hahahaha. Kelakar sungguh wa. Macam budak-budak bergaduh. He...

Pasal member wa.

Member wa ni rupa2nya banyak ilmu silat. (dari input keluarga / bomoh / kawan2 lain). Nanti wa upload la video time rawatan tu (kalau dapat izin dia la).

Sudut Islam wa tak tau la. Tapi ada satu pengalaman menakjubkan dalam hidup wa (wa tak nak tulis). Yang wa nak tulis, masa dia mandi bunga, badan dia berasap! Dah macam komik dah. (yang ni takder video. Keluarga dia tak kasi ambil time mandi. Adeh..) Tapi macam orang kat iklim sejuk tu. Cakap2 keluar asap. Lebih kurang tu la. Kat nafas dia, kat bahu, kat tangan keluar asap camtu. Poning kepala wa nak cari teori dalam saintifik.

Ni dari input la (Percakapan, perbualan). Yang wa simpulkan sendiri. Pembaca jangan caya dulu. Sebab wa sepatah haram pun tak tahu benda-benda macam ni. Apa yang wa simpulkan begini :
Member wa ni ada ‘link’ dengan dunia separa nyata. Link separa nyata ni terbahagi kepada 2. Satu line perubatan. Satu line panglima / pendekar. Yang member wa ni link panglima. Keluarga dia ada yang memiliki kedua-dua jenis link, tapi tak ramai. Salah seorangnya ialah yang tukang ubat ni la.

Bila member wa secara rasmi memiliki link pendekar ni, maka, amal perlu dijaga. Kata mudahnya, dia tak boleh buat jahat macam orang biasa. Tapi bila member wa berhijrah keluar, dia dah semakin lupa. Bila dah lupa, jahat, tak jejak masjid, bla bla bla, maka, linknya akan meninggalkannya selepas memberi nasihat (selalu dalam bentuk mimpi atau bisikan) pun masih degil.

Bila link2 dah tinggalkan dia, maka, pintu yang ada tidak lagi dikawal. Jadi, peluang ini sedang diambil oleh link2 hitam yang lain. Inilah punca sakitnya. Asal Asar jer hati dia sayu, n menangis / merintih. Camtu la keadaan dia. Salah satu punca gila isim camni la kot.

So, cara penyelesaiannya ialah, membuang / melawan / memberi amaran kepada link2 tidak berkenaan atau memujuk / meminta maaf kepada link2 asal.

Ha.. faham tak? Kalau tak faham lu abaikan jer la. Wa pun tak tahu wa sendiri faham ke tak. He. Alhamdulillah wa sihat dan normal. Member wa pun dah nampak sihat. Semoga dia terus sihat.

Cuma, selepas kejadian ini, pada ketika umur wa menghampiri 30, barulah wa nampak, bahawa; bebarapa adengan dalam komik atau kartun-kartun tu rupa-rupanya berada di alam realiti juga sikit-sikit. Hu. Cam tak caya jer.....

Wallahualam.

Comments

  1. nasihat wa jangan campur la ngan makhluk alam lain ni..... tak kira la perubatan ke silat ke.... buat nyusahkan anak cucu sek sok jer.... kalau boley buang tu buang jauh²........ -abanghensem

    ReplyDelete
  2. hah mistikal sungguh.
    ni dah macam novel berkelahi dengan syaitan jer....
    Apapun selamat menyambung tulis artikel.
    -zaminc-

    ReplyDelete
  3. dua nih memang otak mereng.
    peminat cerita alam ghaib mastika.
    ataupun seorang yang minat cerita jin tamar jalis. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...