Skip to main content

Satu Ramalan : Apa Bahana Menanti Anwar Di Permatang Pauh?


Oleh : AdukaTaruna

Ya. Wa memang tak suka Anwar. Tetapi secara pengasingan tajuk. Untuk PRU ini, wa memilih untuk sokong Anwar supaya dia berada di dalam parlimen. Umum mengetahui Permatang Pauh adalah lubuk neraka bagi UMNO. Tetapi jangan dilupakan bahawa kunci neraka itu dimiliki UMNO. Berada dalam simpanan SPR.

Wa cuba senaraikan apakah langkah-langkah yang mungkin terjadi bagi menghalang Anwar bergegar di parlimen.

1. Tangkap Anwar atas kes liwat sebaik sahaja dia selesai membuang undi.

Di atas kertas, Anwar memang akan menang. Untuk mengalahkan Anwar, UMNO perlu menyediakan sekurang-kurangnya 14 000 pengundi hantu, atau 2800 orang yang memiliki 5 identiti setiap satu untuk mengundi.

Agak sukar. Risiko tinggi. Fokus Malaysia / dunia sedang tertumpu pada satu pusat. Sebarang kesilapan mengundang kerosakan imej yang teruk kepada BN yang sedia ada rosak. Paklah perlu menjaga imejnya menjelang Pemilihan Agong UMNO.

Jadi, pilihan terbaik adalah membenarkan Anwar menang, tetapi tidak membenarkan Anwar berada di parlimen. Anwar adalah YB seperti pemimpin Hindraf. Berada di penjara.

Untuk memenjarakan Anwar, atas kesalahan liwat, agak sukar. Kerana ianya belum diputuskan mahkamah. Jalan yang ada ialah reman. Tetapi, tempohnya tidak lama, sedangkan objektifnya ialah menghalang Anwar berada di parlimen.

Jadi, selepas Anwar membuang undi, polis akan menangkapnya atas siasatan kes liwat , dan atas kekecohan yang berlaku, mungkin ISA dikenakan terhadap Anwar.

2. Majlis Muhabalah besar-besaran dianjurkan.

Jemputan kepada Anwar dan keluarga, Saiful & Ezam dan keluarga, media dalam dan luar, disaksikan ulama-ulama kerajaan dalam dan luar negara, Jakim, etc. Dalam majlis ini, pihak Anwar dan pihak Saiful akan meminta ALLAH melaknati mereka dan keluarga sekiranya mereka menipu. Begitu juga pihak Ezam.

Majlis akan dilakukan di tempat lapang. Penyokong kedua-dua pihak diasingkan, ribuan FRU dan polis dikerah menjaga keamanan.

(Ketika ini, secara peribadi, wa tidak pasti sama ada Anwar berani hadir atau tidak.)

: )

3. Kesulitan pengundi untuk mengundi.

Pilihan ketiga yang UMNO ada, ialah seperti PRU11. Pengundi kucar-kacir untuk mengundi. Nama di sini diminta ke pusat sana. Bila sampai di sana, nama telah digunakan untuk membuang undi. Pusat pengundian tutup lewat, dan pelbagai kekotoran yang lain.

4. Sabotaj undang-undang.

Mungkin SPR akan memaklumkan kepada Keadilan syarat-syarat tertentu dalam masa yang sangat suntuk, seperti kes mati setem PRU12 yang lepas. Penerimaan calon untuk Keadilan akan disahkan gagal oleh SPR pada hari penamaan calon. Sila kemukakan bantahan ke mahkamah. Anwar ke parlimen setidak-tidaknya dapat ditangguhkan.

Sekiranya ini berlaku, Keadilan perlu adakan calon stanby yang akan menarik diri minit terakhir (tiket bebas). Sekiranya pencalonan Anwar disahkan gagal, teruskan PRK itu dengan calon simpanan, dan Anwar ishtihar bertanding di tempat lain pula.

(Off topic)

Pengundi Malaysia lebih percaya jenama. Sekiranya ayam KFC dibungkus dengan plastik biasa, dan diminta seorang rakyat Malaysia itu memilih ayam yang berada dibungkusan jenama KFC, dan ayam yang dibungkus plastik biasa (KFC juga sebenarnya), maka, orang itu pasti akan memilih ayam bungkusan KFC.

Jadi, calon Keadilan atas tiket bebas selepas Anwar digagalkan pencalonan, mempunyai risiko yang agak besar. Dan calon Keadilan tidak sekuat iman calon PAS. Risiko dibeli memang tinggi. Tidak hairanlah, kata orang.

Untuk menggunakan tiket PAS (oleh calon stanby Keadilan) wa bantah, walaupun wa bukan ahli PAS. Calon PAS mempunyai standard yang tinggi. Sebarang penggunakan jenama PAS oleh orang standard rendah, boleh menjahanamkan jenama PAS. (cukup2la apa yang dah jahanam sekarang)

Jadi, pilihan yang ada, pastikan calon stanby Keadilan itu adalah orang yang betul-betul level tinggi. Bagaimana Keadilan menyukatnya, terpulanglah kepada Keadilan sendiri. Kerana, sukatan Anwar sendiri gagal dalam kes pemilihan Saiful.

: )

Pastikan tidak terjadi hal pencalonan Anwar gagal, calon stanby melompat ke BN. Lebai malang, anjing dan bayang-bayang.

(on topic)

Kesimpulan.

Wa tidak suka pada Anwar dalam tajuk-tajuk tertentu. Namun, kehadiran Anwar ke parlimen adalah penting dalam ‘gerakan tumpang’ mewujudkan Negara Islam. Wa ucapkan good luck kepadanya.

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...