Skip to main content

Saiful Bersumpah, PAS jangan melatah.




Oleh :
AdukaTaruna

Secara peribadi, seperti mana artikel wa terdahulu, wa tetap yakin akan teori PPOAAA wa ke atas Anwar. Anwar menepati ciri-ciri untuk ‘sumpahan’ PPOAAA tersebut. Rujuk link ini bagi mereka yang masih belum mengetahui teori PPOAAA.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8356

Itu secara peribadilah. Tetapi secara organisasi, PAS perlu bertindak secara organisasi. Masalah peribadi liwat Anwar hendaklah diserahkan kepada Anwar sendiri. PAS hanya boleh menasihati Anwar dalam hal ini. Tetapi, seperti mana konsep tahaluf PAS bersama PKR dan DAP yang dipilih, hendaklah diteruskan.

Ada banyak sudut yang perlu dilihat dalam kes ini. Di sudut taktikal, keberadaan Anwar di parlimen adalah penting sebagai satu ‘langkah tumpangan’ bagi membuka ruang luas dan selesa PAS berdakwah memnyampaikan perjuangannya. Dan di satu sudut lagi (peribadi), wa seolah-olah tidak sanggup menerima hakikat, sejarah revolusi politik di Malaysia di atas nama liwat. Malu kita kat Parsi Iran. Hehe.

Sudut komponen Barisan Rakyat juga perlu dinilai. Para pengundi mereka yang memilih untuk mengundi PAS kerana tiada pilihan (satu lawan satu), akan melihat dan menilai PAS. Begitu juga dengan sudut BN-UMNO yang menjadi cabaran kepada PAS mempamerkan bahtera penyelamat kepada mereka tidak lama lagi.

Apa pendirian yang perlu PAS ambil?

Untuk itu, PAS perlu mengulangi pendirian, atau mendidik, atau menyalurkan kefahaman dengan pantas kepada semua ahlinya, dan semua bukan ahlinya (sasaran pengundi yang diperlukan PAS). PAS perlu mengeluarkan kenyataan, bahawa, PAS berjuang menyediakan negara yang selamat dan adil kepada semua (Negara Kebajikan).

Dan dalam kes Anwar ini, PAS menyokong kepada satu usaha bagi menyediakan satu kehakiman yang telus dan dipercayai. Bukan sahaja untuk Anwar atau Saiful, malah untuk semua rakyat. Untuk itu, dengan menyerahkan isu peribadi Anwar kepada Anwar sendiri, PAS tekad membantu PKR di Permatang Pauh bagi tujuan menyediakan Negara Kebajikan.

Apa pun, semoga Allah memberi pentunjuk kepada kita dalam hal ini, dan dalam satu lagi tajuk, semoga Anwar berjaya melangkah ke parlimen.

Amin.

Wallahualam.

Comments

  1. ada 3 ciri pribadi pada AT

    1. Seorang yang bernas dalam memberi pandangan dan kritikan.

    2. Seorang yang provokatif dan berniat jahat. (ada ciri SB).

    3. Seorang seperti kebudak-budakkan.

    Dalam altikel kali ini saya letak kan pada ciri yang pertama.

    -almansur-

    ReplyDelete
  2. akhirnya kau setuju jugaklah ye Al mansor ?...

    Sama juga dengan cerita2 yg lainya sebelum ini...

    sama je...

    Cuma kami nak cari peluang utk luahkan..sbb selari dengan apa yg kami nak luahkan..dan kebetulan peluang tu adalah sama..

    kami TIBAIlah...

    dia punya komen..pendapat dan cadangan...sama je...tak berubah pun..

    sepatutnya daripada jalan cerita dah boleh tahu dah siapa si Aduka Taruna ni...dia pejuang jugak...PAS tidak...dia bantu....DAP tidak..sbb dia menasihati dan meng "ÄLIGN" apa yg nak terbelok...

    aku rasa PEJUANG SEJATI PKR...yes...org PR jugak/....kita sama satu kapal bang...ADUKA TARUNA SAMA DENGAN AKU JUGA PEJUANG PKR...


    buanglah ayat SB tu,..... meluat aku dengar... mcm tidak ada ayat lain nak bagi...

    ReplyDelete
  3. setuju tak semestinya semua.. kalau seorang yahudi membantu kita semasa susah.. harus untuk kita ucapkan terima kasih padanya. tak begitu.. inikan lagi sesama Islam.

    Tulisan AT kali ini, pada saya hanya tahap asas.. semua orang tahu PAS tak akan melatah.. buat apa nak melatah?

    Apa pun tulisan beliau pada kali ini merujuk ciri yang pertama.

    -almansur-

    ReplyDelete
  4. pelik. mulo2 kata tahap asas. pastuh merujuk kepada ciri pertama, yaitu pandangan bernas dan kritikan bernas. apo daaaa.. kalo tahap asas je, tak bernas la tu.. tahap asas maksudnya tahap tadika la tu.. hak hak hak..

    ReplyDelete
  5. pemikiran org politik biasalah..

    Bila sokong dia...semuanya bagus... kalu boleh Taik 2 hari pun wangi bak kasturi bg dia..

    Apa lah si Al mansor ni...

    PRU13 akan kami tentukan...doksah kata nak kira di akhiratlah...dosa mu dan dosaku tak akan digumpul sekali dan di nisab...masing2...aku ada tanggungjawab kpd anak isteri..

    so lu boleh blah

    ReplyDelete
  6. ada parti baru untuk kalian.. AKIM, so rasanya tak perlu lagi kalian besusah-susah nak tubuh Parti Islam baru.. ok.

    -almansur-

    ReplyDelete
  7. yo la almansur oi..
    ekau sorang yo yg betul..
    ekau duduk la dlm PAS dgn kejumudan ekau tu..
    ogha tegor sket pon kau nak melatah cam mak minah kampong seberang..
    kami ni penyukung PAS yo tak macam ekau tu ahli berdaftar yang layak dapat jawatan..
    ekau pikey PAS ni buleh menang ko kalo ngarap undi ahli berdaftar yo..
    cuba ko bawak2 bepikey sket.. toksah bnyk.. ekau pikey sket yo.. kok banyak yg ekau nak pikey, teseliuh pulak urat tengkok ekau tu haa... tak dan lagi nak mengomen kek blog at nih..

    jgn marah haaaaaaa

    ReplyDelete
  8. kahkahkahkahkahkahkahkah..

    poyoooo si almansor..

    kahkahkahkahkahkahkahkah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...