Skip to main content

Penahanan Blogger Satu RnD.

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum ini, penahanan blogger hanya berlaku kepada yang ada jaringan dengan DSAI. Atau kata mudahnya, kebanyakan blogger yang ditahan adalah fikrah PKR. Tetapi jarang blogger fikrah PAS yang ditahan. Aktivis PAS selalunya ditembak dengan peluru hidup atau dibunuh secara beramai-ramai sahaja. Tidak lebih dari itu.

Persoalannya mengapa? Dan mengapa pada kali ini seorang blogger berfikrah PAS menjadi giliran?

Untuk mencari jawapan secara tepat adalah mustahil melainkan Paklah atau Syed Hamid selaku Menteri Dalam Negeri yang mengawal polis adalah rakan bertepuk-bertampar anda. Tetapi, mencari kemungkinan yang hampir boleh dilakukan dengan mencari persamaan terhadap pengkelasan yang telah dibuat.

Apa persamaan Penarik Beca dengan blogger yang ditahan sebelum ini?

Pada hamba, satu persamaan yang boleh direnungkan ialah Penarik Beca telah membongkar cerita-cerita sulit bernilai eksklusif melibatkan UMNO, sama seperti blogger PKR.

Umum mengetahui kemampuan risikan PKR terhadap maklumat dalaman UMNO berbanding PAS. Selain berobjektifkan ugutan kepada para blogger, adakah penahanan mereka semua adalah untuk memastikan jaringan-jaringan yang dimiliki oleh para blogger dalam mendapatkan maklumat ekslusif UMNO?

Atau kata lainnya, siapa pemberi maklumat, atau satu lagi kata lainnya ialah, siapakah tali barut di dalam UMNO.

Penarik Beca telah mendedahkan permukahan sulit pemimpin PAS dengan UMNO.

Dalam persamaan itu, Penarik Beca telah mendedahkan maklumat-maklumat ini. Mungkin pendedahan itu telah menyebabkan kegagalan satu perkara yang tidak kita pastikan. Mungkin lah. Tetapi, sekiranya kita meletakkan diri sebagai UMNO, bagaimana Penarik Beca boleh mendapat maklumat itu adalah satu-satu hal yang sangat mustahak.

1. Boleh mengenalpasti ketirisan maklumat di pihak UMNO.

2. Yang lebih penting, boleh mengenalpasti puak-puak yang boleh dilaga-lagakan di pihak PAS.

Atau tujuan penangkapan blogger adalah taktikal Permatang Pauh?

Sekiranya satu lagi blogger ditahan, yakni blogger fikrah PKR, dan diikuti satu lagi blogger fikrah DAP, maka, boleh diandaikan penahanan blogger adalah untuk mengugut atau menjatuhkan moral para blogger Barisan Rakyat menjelang Permatang Pauh.

Atau penahanan blogger berfikrah PAS ini bertujuan mengurangkan fokus PAS terhadap Permatang Pauh? Setelah mengganggu aktivis BERSIH PAS beberapa hari lalu, meletakkan calon parti serpihan PAS, memilih tarikh undi hari bekerja, berhadapan dengan fokus Muktamar, PAS bakal dipecahkan fokusnya dengan satu lagi fokus, yakni penahanan blogger mereka. Adakah begitu?

Walau apa pun kemungkinan hampirnya, sebenarnya kita sedang berjuang menewaskan ‘Malaysia’ untuk Malaysia. Bukan berjuang menewaskan UMNO-BN untuk Malaysia. Semoga Penarik Beca dan keluarga dipermudahkan Allah. Amin.

Wallahualam

Comments

  1. Pak Bakaq ditahan kerana satu artikel tentang polis yang dicilok dari maklumat oleh Raja Petra.

    Bukan kerana muzakarah Pas-Umno. Bodoh siapa yang menyatakan Ustaz Nasha yang suruh SB tangkap Pak Bakaq.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.