Skip to main content

PAS Parti Islam Atau Parti Hadi Awang?


Oleh : AdukaTaruna

Dalam sejarah kelahiran wa, dan mungkin pertama kali dalam sejarah wujudnya PAS, telah tercatit dalam lipatan sejarah, PAS pernah penipu ahli dan pengundinya. Ini kenyataan. Di bawah tangan Hadi Awang, sekurang-kurangnya PAS telah merakam 3 perkara negatif besar :

1. Merosakkan imej pemerintahan Islam sepanjang pemerintahan PAS di Terengganu 1999-2004. Malaysia (PAS Pusat) pun aku pegang, Terengganu pun aku pegang. Penyudahnya yang dikendong tercicir, yang dikejar tak dapat, trauma masyarakat masih ada sehingga kini.

2. Memusnahkan Barisan Alternatif akibat pemikir Terengganu menerajui PAS Pusat. Gelojoh, keras kepala, tidak mahir menyelinap.

3. Menipu puluhan juta pengundi PAS selain 800 000 ahli berdaftar, akan penafian pertemuan sulit dengan UMNO. Terakam sudah dalam sejarah.

Maklumat terbaru. (sekiranya benar sahaja)

Pembaca cari sendiri blog yang mendedahkan itu. Wa tidak mahu beri link bagi mengelakkan tulisan ini turut memburukkan imej beliau, seolah-olah tulisan ini sefikrah dengan beliau.

Maklumat itu memberitahu bahawa terdapat satu team PAS memujuk Hadi meletak jawatan Presiden dan mengambil tempat Mursyidul Am PAS. What?

Sekiranya benar, wa akan curiga dengan PAS dah. Ini parti Islam atau parti anak beranak? Ini parti Islam atau parti individu?

Susah kalau genetik Melayu dah terdoktrin bahawa ulama itu Islam, Islam itu ulama. Adakah Hadi berfikir bahawa beliau adalah Islam dan Islam adalah beliau? Anda hanyalah penganut kepada Islam, dan pemimpin setakat mana yang perlu dan mampu.

Sejauh mana geniusnya Hadi mahu mengambil kedudukan yang lebih besar dari Presiden itu? Jadi Pesuruhjaya Terengganu sudah berterabur, inikan pula Mursyidul Am. Ini bukan UMNO. Ini bukan Parti Idealogi manusia. Ini bukan Parti Hadi Awang. Ini bukan Parti Hadisme. Ini Parti Islam bai.

Jahanamkah Islam sekiranya Hadi bersara?

Mana yang lebih jahanam kepada jemaah kesayangan ramai ini? Dirombak posisi PAS demi Hadi, atau dikekalkan Hadi atau Hadi sendiri sedar diri bersara demi Islam? Ambil kertas, dan senaraikan pro dan kontra setiap pilihan itu. Adakah Hadi takut rakyat berarak di jalan-jalan raya, Majlis Syura melutut merayu, negara kacau-bilau sekiranya dia bersara?

“Bukan aku tidak mahu lepaskan jawatan Presiden. Islam berada di tanganku. Tanpaku, Islam akan hancur. Negara akan diamuk amarah jika aku bersara.” Begitu?

TGNA bersara, Haron Din diketepikan dan diletakkan Hadi sebagai Mursyidul? Idea dan imaginasi team mana ni? Wa dapat membayangkan betapa seluruh penyokong PAS cemas dan berpeluh-peluh setiap kali PRU diadakan. Terasa mahu menculik Hadi dan menyoroknya sepanjang tempoh berkempen. Kerana Hadi adalah kesayangan pihak lawan. Selalu menjaringkan gol sendiri. Kebijaksanaan tahap zero.

Sekiranya Hadi yang lebih penting dari jemaah Islam itu, di mana tanpa Hadi, maka hancur dan musnahlah Islam di Malaysia ini, diletakkan sebagai Mursyidul Am seperti mana yang dilaporkan, maka, wa akan fight habis-habisan apa yang wa mampu. Bukan masalah akhlak (akhlak Hadi jauh lebih mulia dari wa) tetapi masalah taktikal.

Seandainya Salahudin Ayubi itu seorang badut yang berakhlak mulia, pasti beliau tidak ditakdirkan membebaskan Palestine.

AdukaTaruna

Comments

  1. -pembetulan ejaan-

    salam..

    Inilah yang dinamakan Doktrinisasi!!

    Kerja-kerja ini biasanya dibuat oleh Jentera UMNO/BN. Tetapi kalau ianya diambil alih oleh SB, kerja doktrinisasi ini akan dilihat lebih halus.

    Saya cuba bagi satu perumpamaan, sekiranya sebuah HP jenama 'Samsung' diiklankan di TV, dan di dalam iklan tersebut, pengiklan telah mengistiharkan ianya HP Nokia. Sekiranya iklan itu ditayang 10 kali sehari, bermakna 300 kali per bulan pelanggan akan melihat bahawa HP yang pada asal nya 'Samsung' itu telah ditukar sebagai Nokia. Walaupn sebelum dari itu mati-matian tak percaya itu adalah HP Nokia tetapi dek kerana proses doktrinisasi, akhir percaya bahawa ianya HP Nokia. Faham kah apa yang saya maksudkan dengan Doktrinisasi?

    Begitulah juga cara AT menggambarkan TGHH. Saudara pembaca cuba teliti dan kira, berapa kalikah beliau mengulagi kata-kata bahawa TGHH Penipu dan pelbagai lagi kenyataan yang menjijikkan? Walaupun dilihat bahawa isu Muzakarah, Muqabalah dan Kerja Sama UMNO telah selesai diperdebatkan, tetapi AT tetap mengulanginya (Ini lah proses Doktrinisasi para Munafiq Moden).

    InsyaAllah, pada masa akan datang saya akan cuba untuk dedahkan lagi cara/kaedah SB dalam mengucar-kacirkan Saff Perjuangan.

    Bertaubatlah saudaraku..

    -almansur-

    ReplyDelete
  2. Tahniah almansur!

    Teruskan membongkar 'kebongkakan' dan 'kebongokan' yang berlaku!

    ReplyDelete
  3. Teruskan,
    sy pun berminat juga nak tahu kriteria SB ni...

    Mungkin almansur boleh senaraikan kriteria-kriteria supaya kita tak mudah terpengaruh dgn doktrininasi dan dakyah2 SB ni...

    :)

    Fansuri

    ReplyDelete
  4. aduka,,

    jangan terlalu suka berandai2...
    semuanya andaian dari ORANG LUAR PINTU YANG CURI DENGAR PERBUALAN ORANG DALAM.. macam setan yg curi dengar news dari malaikat di langit ketujuh.. output dia utk manusia,, perobability nya cuma 1:1000 tau.. ah haa.. jgn jadi cam setan tu..

    sebagai seorang penganalisa strategi yg sentiasa SIBUK menganalisa strategi PAS dan PR sebagai penimbang, AT mungkin terlupa kejap strategi sendiri dalam misinya.. huhu

    try tukar style.. write something more appealing? izzah nak je hukum at nih cam penjahat, si 'pentan', tapi dengar suara cam budak baik laa plak.. konfem KKS nye sindrom ni..hhehe

    -izzah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.