Skip to main content

Pandangan Wa Terhadap Undang-Undang DNA.

Oleh : AdukaTaruna

Mula-mula wa isytihar yang wa bukan ahli dalam kimia-kimia ni. Fansuri terer la nih. Tapi, persoalan ini penting untuk kelicinan negara kita. Beberapa pecahan persoalan perlu diasingkan dahulu.

1. Mengapa tergesa-gesa? Tujuan politik dalam satu tajuk.
2. Kebaikan kepada rakyat.
3. Adakah mempunyai peluang untuk disalahgunakan?


1. Tergesa-gesa.

Perkara yang dilakukan secara tergesa-gesa selalunya akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Walaupun apa yang mahu dilakukan itu adalah baik pada awalnya, tetapi peratusan menjadi tidak baik adalah tinggi sekiranya bermula dengan niat yang tidak betul, atau tergesa-gesa, atau kelam-kabut.

Jadi, berdasarkan pengetahuan yang sedikit dalam kimia dan perundangan ini, pada wa, wajarlah ianya ditangguhkan atas satu pendirian :

a. Sebuah kerajaan yang membebaskan agensi penguatkuasaan dan agensi kehakiman dari pengaruh parti politik perlu diwujudkan terlebih dahulu. Selagi ianya gagal, selagi itulah segala undang-undang yang digubal akan dilanggar, disalahguna sesuka hati mak tiri golongan tertentu.

2. Kebaikan vs ruang salahguna.

Bawah tajuk ini, memang benar, undang-undang DNA ini, sekiranya betul pada konsepnya, memang sangat-sangat berguna kepada rakyat dan negara. Wa tidak pasti apakah konsep yang dibentangkan oleh mereka-mereka ini di parlimen, tetapi wa cuba sampaikan apakah konsep yang wa mahukan.

a. Setiap warganegara Malaysia mempunyai data DNA. Dan setiap pelancong yang mahu masuk ke Malaysia diwajibkan menyerahkan sample DNA bagi tujuan rekod.

b. Data kemudiannya dimasukkan ke dalam computer. Dan sample diserahkan kepada satu lagi agensi berasingan dan dipercayai untuk dimusnahkan. (Praktikal ke tak, wa tak tahu. Ahli kimia jer leh bagitahu)

Jadi, tidak timbul satu dakwaan penyalahgunaan atau konspirasi yang meletakkan sample DNA ke tempat kejadian atau bahan bukti. Malah, konsep ini juga sepatutnya lama berlaku tanpa DNA itu sendiri. Contohnya, polis yang memasukkan heroin ke dalam poket seluar tertuduh dan menangkap tertuduh itu. Atas konsep inilah Ir Nizar mewajibkan pelawat meletakkan beg di luar.

c. Dengan adanya bank DNA, mangsa bunuh yang dibakar dapat dikenal pasti identitinya. Tidak kira pelancong, pekerja asing atau rakyat sendiri. Dengan identity mangsa, maka, polis boleh memulakan siasatan dengan mencari siapakah orang yang terakhir bersama mangsa.

Jadi, pembunuh tidak lagi dapat menggunakan kaedah ini bagi membunuh mangsa. (Altantuya dibunuh kaedah inilah. Kengkonon nak lupuskan identity dengan letupkan. Tapi malangnya Altantuya dah maklumkan dahulu kepada rakannya, sekiranya dia tidak pulang, laporkan kepada kedutaan.)

Dalam kes ini, apa yang difahami wa, ialah mewajibkan tertuduh menyerahkan sample DNA bagi membantu siasatan. Jadi, isu ini dikira selesai sekiranya semua rakyat Malaysia mempunyai data DNA sejak lahir. Tidak perlu lagi menyerahkan sample.

Dan untuk memulakan ini semua, haruslah bermula dengan sebuah kerajaan yang membebaskan agensi penguatkuasaan dan agensi kehakiman dari pengaruh politik. (sama korang faham ke tak, atau wa yang tak faham, tak tahu la. He)

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...