Skip to main content

Mengomel sket.

Oleh : AdukaTaruna

Mula-mula sekali, walau lewat, wa tetap nak ucap syabas kat PAS Wilayah Persekutuan yang terus fight. Konsert Avil apa ntah dah dibatalkan. Terima kasih kat Rais Yatim. TQ bro. Dalam tajuk ini lah. Dalam tajuk lain belum tentu lagi.

Kendian berita terbaru (sumber Utusan) exco Perak antara ditahan BPR. Dalam beberapa orang yang ditahan itu, ada yang terbabit dalam rasuah seks. Mak aih. Di bawah pemerintahan UMNO-BN ini, kanak-kanak Malaysia dapat mempelajari istilah dewasa secara terus.

So, wa harap bro Nizar dapat follow cool TGNA. 25 jam dipersilakan BPR siasat. Setiap yang baik perlu disokong. Semuanya demi kebajikan rakyat. Salah ke tak salah jangan pepandai nak komen. Biar siasatan dulu. Yang penting kerajaan Perak dapat menyediakan suasana adil kepada pihak BPR dan pihak yang disiasat.

Sebut bab cool, wa teringat kerajaan PAS Kedah. Tak banyak bunyi, tak banyak retorik. Tenang jer. Semoga Kedah terus dipermudahkan Allah. Terima kasih baik kepada PAS Kedah, baik kepada UMNO Kedah. Harap dapat jalankan tugas sebagai kerajaan dan sebagai pembangkang yang sihat untuk rakyat. Bravo.

Sebut bab Kedah, tetiba rasa meluat dekat FAM. Memutuskan tiada pemain import dalam Malaysia. Bodoh punya FAM. Presiden FAM lapuk sama level dengan Presiden PAS. Tiada daya menapisan idea. Kalau katak asyik bergurau sesama katak di bawah tempurung yang sama, mana nak maju. Teruskan buka tempurung tu. Biar katak bersaing dengan kodok dan frog yang ada. Sampai bila nak jadi Jaguh Kampung?

Sebut bab Jaguh Kampung, teringat Hari Kemerdekaan. Pemerhatian wa kat Negeri Sembilan ni, rakyat bandar tak terasa apa-apa langsung. Tapi, kalau pergi ke luar bandar... tu dia.... kalau jamban tu boleh dibalut dengan bendera, dah lama diorang balut. Baguslah semangat cintakan tanah air. Tetapi disebalik itu, sebenarnya mereka adalah golongan yang ditipu dalam sentimen nasiolisme palsu dan sejarah kemerdekaan yang diputar belit.

Sebut bab bendera, wa teringat kempen dari sapa ntah. Kempen terbalikkan bendera. Gilo sungguh. Daya pengasingan tajuk yang lemah. Yang salah pemimpin UMNO kalau tidak ahli UMNO pun. Panji negara, kedaulatan negara, maruah negara jangan diheret sama.

Last ngomel, wa nak ucapkan tq banyak-banyak kepada Hadi Karim. Atas email tentang prosedur penerbitan novel. Wa dah hampir siap penelitian. Insyaallah, wa akan ikut prosedur yang dikongsi itu. Bidang baru wa, harap buah tangan pertama wa tidak mengecewakan. Amin.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...