Skip to main content

Kepimpinan Ulama Atau Kepimpinan Islam?



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Yang mana lebih universal, yang mana lebih sepatutnya? Islam dahulu atau ulama dahulu? Dalam ilmu elektrik, semakin dekat jarak antara penghantar dengan penerima, maka, semakin sedikitlah kelemahan tenaga yang dihantar itu. Atau kata lainnya, semakin panjang jarak, semakin hilang tenaga yang dihantar.

Dunia perlu pantas. Komputer dari sebesar bilik kini menjadi sebesar telapak tangan. Semuanya pintas. Memang ulama menjaga Islam, tetapi lebih pintas dan efektif sekiranya Islam menjaga Islam.

Kepimpinan Ulama vs Kepimpinan Islam.

Sekiranya Kepimpinan Ulama yang dibawa oleh Mustapha Ali ini masih diguna pakai, hamba percaya PAS akan tertinggal dalam kehendak pasaran yang memerlukan kepantasan. Ulama yang jujur dan baik, tetapi lembab dan mudah dimanipulasi akan tetap dipertahankan.

Sedangkan sekiranya Kepimpinan Islam, ianya perlu ditukar kepada yang lebih relevan, efektif, tidak kira sama ada ulama, atau profesional.

Individu tidak penting. Taraf ulama atau tidak, tidak penting. Yang penting ialah Kepimpinan Islam. Dan sudah pasti dalam prinsip Kepimpinan Islam, walaupun bukan ulama, ianya harus berada dalam paksi Islam. Dan untuk ini PAS sudah mempunyai Sistem Syura yang menepati prinsip Kepimpinan Islam itu.

Adakah HAMAS bukan kepimpinan Islam apabila meletakkan profesional sebagai Presiden? Adakah AKP Turki, Iran juga bukan kepimpinan Islam apabila meletakkan profesional sebagai presiden?

Profesional atau ulama bukan isunya.

Motto ciptaan manusia oleh Mustapha Ali bukannya dari langit. Kepimpinan Ulama yang dibawa bagi menjatuhkan Asri itu, telah memecahkan parti Islam ini kepada golongan ulama dan golongan selain ulama. Sedangkan apa yang diturun dari langit tidak sebegitu. Islam adalah universal yang melangkaui batas latar pendidikan, warna kulit, bahasa, tulisan dan budaya.

Isunya di sini, bawah kepada Syura Ulama, tidak kira siapa sahaja, asalkan paling terbaik untuk gerakan Islam itu, maka perlulah kita lantik. Ulama atau tukang kebun bukan isunya. Isunya ialah Islam. Islam menganjurkan yang terbaik pada tempat-tempatnya. Motto ciptaan manusia atau motto ciptaan ALLAH? Kita dikastakan seperti Hindu atau dikastakan mengikut Islam?

Bersama Kepimpinan Islam - Islam4all.

Wallahualam

Comments

  1. "Ulama atau tukang kebun bukan isunya" - tak setuju oyabun!

    --> kalau tukang kebun tu adalah ulama, baru leh apply .. byk isu utk jadi 'imam' ni...

    -nuar

    ReplyDelete
  2. satu ulasan yang celaru dan scanty, baseless dan merapu...

    maafkan saya..

    ReplyDelete
  3. salamualakum..

    mmng x salah nk lantik golongan frofesional jd presiden tp kalo seorang lebih lyk jd ketua, lntklah mereka..

    paham dulu pe maksud ulama..

    sory, kalo terkasar bahasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.