Skip to main content

Double Standard PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum kita memegang kuasa, dan memerlukan ruang dan peluang untuk itu, maka kita pun bisinglah pasal kebebasan suara, hak-hak dan sebagainya.

Tapi Allah cakap, mana boleh manusia dakwa dia beriman sedangkan belum diuji. So, ni belum pegang kuasa lagi ni, dah ada kecenderungan takut terhadap suara kebenaran (kelemahan batang hidung).

Buat sekian kalinya, wa diban di TKO. Wa hanya datang dengan hujah. Yakni, dakwaan wa, ada elemen hipokrit. Hujahnya sekian. Maka; PAS perlulah kemukakan hujah, bahawa dakwaan atau hujah wa adalah salah. Itu sahaja.

Tapi, dipadam terus. Kalau ruang artikel, wa pro la. Ni ruang forum ma. Apa tujuan dibuka ruangan forum? Wa bukan memaki, wa berhujah. Hehe. Hadi... Hadi.

Then, wa buka thread lagi. Minta penjelasan. Secara dewasa, wa tulis, jangan bila kena batang hidung kita, kita mengambil standard yang berbeza dari apa yang dilaungkan. Tak sampai beberapa minit, terus ghaib. Hehe. Adakala kebudak-budakan.

Bila UMNO buat, marah. Diejek, diberikan nas. Mahkamah Allah pun ada bicara kata Mufti Perlis. Tapi, bila kena kat PAS, terus hilang nas asal, beri nas lain pulak. Adeh...

Wa individu ma. Lu orang satu jemaah. Punyalah lama lu orang kutuk wa kambing yang bakal dimakan serigala, takan la, wa yang sorang ni pun, lu yang jemaah dah guna tektik diktator UMNO kot. Kat UtaraOnline kena deleted, kat TKO kena deleted. Kalau artikel provok yang lepas-lepas, takder la wa bersuara. Tapi, yang ini wa datang dalam mode berbahas.

Apa yang wa takut, Allah buat keputusan, PAS adalah lebih baik ditangguhkan kemenangan kerana biar jelas yang baiknya, dan yang buruknya. Bila ditangguhkan, disudut kita, semakin ramai yang dianiaya. Itu harga yang perlu dibayar. Dan yang takutnya, yang dianiaya UMNO itu tiba giliran kaum keluarga wa.

Apa pilihan yang ada? Nak PAS menang, belum layak (andaian keputusan Allah), nak UMNO menang, semakin tertindas. Semuanya kerana apa?

Keranamu Hadi Awang.

: )

Comments

  1. Diharap dapat menukar cara pendekatan saudara...
    sementelahan tahu ttang kelemahan golongan double standard ini saudara ttp brdegil utk mnyampaikan pndapat dgn cara saudara yg "hbt"...


    Adat brjuang tanpa putus asa... kelemahan saudara mengajar utk mnjadi lebih baik.. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Hujah tanpa bukti dan rujukan yang sahih, adalah hujah rapuh...

    sebab itu kena ejek kut...

    maka mereka membakul-sampahkan anda..

    ReplyDelete
  3. Kalau rapuh, tak perlu takut sampai sebegitu. Sebab ianya rapuh.

    : )

    Adalah memalukan satu jemaah mengambil tindakan diktator terhadap lawan berstatus individu.

    Jemaah vs Individu pun tak lepas?

    ReplyDelete
  4. Salam buat AT..

    Saudara seorang yang kritis.. tapi sikap dan adab saudara yang tidak berakhlak membuatkan orang berasa benci membaca artikel saudara. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya dan menyokong pendirian saudara.. tetapi saya percaya sekiranya saudara mengubah sikap dan adab saudara mengkritik, saudara akan menjadi blogger rujukan.. dengan syarat tidak bersikap seperti SB. Kerana saya adalah orang pertama yang akan berhadapan dengan saudara.

    Saudara merintih hujah dibalas hujah.. tp apabila saya post hujah saya.. sikit pun saudara tak jawab, mungkin ego untuk menjawab soalan dari saya.. hujah saudara hanya untuk dijawab orang yang bergelar Dato Seri..

    Moga saudara berubah..

    -almansur-

    ReplyDelete
  5. benci-benci pun baca jugokkkkk
    kalu dah benci watper bacer lagiiiii
    hahahaha..

    marah marah sayang ko....

    ReplyDelete
  6. Aduka Teruna,

    Dari sini saudara boleh mengambil iktibar.

    Golongan ini juga yang melaung-2kan slogan Islam itu syumul.

    Golongan ini juga yang mendakwa mereka lah yang kononnya mencontohi dan mengasihi Muhammad bin Abdullah S.A.W.

    Tetapi akhlak langsung tidak mencontohi akhlak nabi tarakhir.

    Kita boleh tanyakan bahawa apakah akhlak Nabi apabila berhadapan dengan hujah (tidak kira sopan ker tak sopan) dari Musyrikin Mekah dan Yahudi Madinah.

    Baginda melawan hujah dengan hujah dan dengan akhlak baginda yang mulia.

    Setahu saya, yang cuba menyekat kebebasan berhujah dan suka sangat menuduh orang ini dan itu adalah pemecah belah masyarakat adalah akhlak Abu Jahal.

    Sudah saya katakan dahulu, serban di atas kepala Hadi Awang adalah serban mencontohi serban Abu Jahal (Abu Jahal pun pakai serban yer) dan bukannya mencotohi serban Muhammad bin Abdullah al-amin.

    Jadi apakah yang boleh diharap dari ahli biasa PAS? Presiden borek, Ahli rintik. Mini-mini Abu Jahal berleluasa di dalam PAS sedangkan mereka sendiri tidak menyedari nya.

    ReplyDelete
  7. alhadee: sbg contoh tulisan SB..

    -almansur-

    ReplyDelete
  8. maksud hujah rapuh..adalah hujah yang tidak ada nas dan bukti yang jelas beserta rujukan yang sahih...

    Cikgu Bahasa

    ReplyDelete
  9. tak usah menyempitkan nuansa dalil dan nas kepada Al-Quran semata sedangkan Al-Quran sendiri meminta umatnya berfikir. Nabi juga menyerahkan sesuatu hal kepada umatnya kerana baginda maklum bahawa pererdaran zaman itu memerlukan asimilasi, inovasi serta pragmatisme dalam penilaian.

    Usah gentar dgn bayang-bayang yang mereka momokkan atas nama agama sedangkan mereka sendiri menggunakan nas Allah sewenang-wenangnya! Jgn mengotorkan kitabullah dgn tangan-tangan politikus serakah anda.

    ReplyDelete
  10. wa stuju dgb AT. Wa dgr sdri dri pimpinan Pas Trganu, mereka nak sound Admin TKO sbb byk terbitlulus forum yg mengkritik pemimpin parti n Presiden secara terbuka..haha..Pas untuk semua..hujah mereka takaut ramai pengikut terpengaruh dengan post/komen sedemikian

    ReplyDelete
  11. itu lah namanya takut dgn bayang-bayang sendiri. hujah, kritikan dan cadang dr sudut pandang penyokong dan ahli tak mahu didengar oleh pemimpin. yg mereka mahu cuma undi dan wala' semata2. mereka tak sedar yg intelek pengundi sudah lama kedepan bukan mcm mereka yg masih dibelakang atau ada jg yg terkebelakan sgt lg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.