Skip to main content

DAP tidak mahu negara Islam!

Oleh : AdukaTaruna

Releks, jangan cemas, jangan menggelabah puyuh.

Dah DAP, memanglah dia tidak mahu negara Islam. Bukan DAP sahaja, malah UMNO dan PKR sekali. Tiada apa yang perlu dicemaskan. Sebab mereka bergerak dalam demokrasi seperti mana PAS. Yang perlu PAS fikirkan ialah bagaimana mahu menyelinap ke arah Islamic State dalam demokrasi.

Bila isu ni, wa dapat rasakan puak Terengganu dan extrim lain mesti cemas gile. Menggelabah puyuh. Pada hal sama jer keadaannya. Sama ada PAS berada dalam BN, atau di luar secara sendirian, atau berada di dalam BR. Hanya PAS yang mahukan Islamic Sate. Yang korang menggelabah puyuh buat apa?

Stay jer dalam BR tu dulu. Dan berjuang dalam kaedah demokrasi. Di masa hadapan, yang dirancangkan, ialah BR mengambil alih pusat. So, negeri-negeri PR adalah kursus atau latihan yang baik untuk PAS menjaga dan mengawal kepentingan Islam. Sekali lagi, jangan menggelabah puyuh. Dah cantik dah ni.

Paling cantik, PAS tukar Presiden. Letakkan yang lebih relevan, yang mampu menyaingi atau menenggelamkan atau ‘shadow’ DSAI. DSAI nak pegang berapa lama (PM)? Umur sekarang dah 61 dah. Any time jer PAS boleh dapat jadi PM. Tapi, secara manusianya, takanlah Hadi Awang. Mesti berpecah punya BR. Terus melopong. Ekonomi tak reti, pengurusan lingkup, rekod hancus. Kuliah bab agama boleh la. Tiada rekod yang diyakini. Siapa nak caya ma? 800 000 ahli jer caya. Secubit pun tak cukup.

So, berbalik bila PAS berada dalam pusat melalui BR, maka, PAS memiliki ruang-ruang perdana yang tidak pernah diimpikan. RTM hingga ke astro. Sampai hingga ke kamar kelamin pendalaman paling terpencil dakwah dan idealogi PAS. Gunakanlah sebaik-baiknya peluang di fasa baru ini. Fight dalam BR ma.

Atau, melalui demokrasi, setelah UMNO mengalami satu proses pembersihan semulajadi besar-besaran, pemimpin elit lari ke luar negara atau dijatuhkan hukuman di bawah BR atau digulingkan ahli sejati atau golongan oportunis UMNO berhijrah ke PKR atau sebagainya, maka, open perbahasan secara terbuka dan telus sekiranya PAS bertahaluf dengan UMNO. Secara terangterang. Bukan secara gelap menipu pengundi. Pengundi ahli PAS baru 800 000 jer. Mereka sedia wala’ ditipu. Berjuta yang bukan ahli ni yang lu orang tak boleh tipu.

Jadi, releks. Jangan menggelabah puyuh. Belum masanya lagi untuk itu. Masa menggelabah puyuh ialah sekiranya Hadi Awang masih tidak sedar diri menjadi Presiden ketika fasa penurunan populariti DSAI. Ketika ini memang kritikal ya amat sangat. Sekiranya Hadi Awang masih poyo menjawat jawatan Presiden walau merugikan taktikal Islamic State, ketika itu, mungkin PAS perlu kemukakan icon lain menjawat PM, walaupun Hadi Awang adalah Presiden.

Ala, macam PAS Perak la. Ir Nizar MB, Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya Perak. Kan ke cool tu. So, Husam PM, Hadi Awang biarkan mereput di kerusi Presiden.

Comments

  1. bro..posting lu dah mcm tv3.tv3 hari2 kutuk anwar,lu lak tiap2 posting kutuk hadi awang.takan tader satu pon bende baik kat die kot.papehal gua support blog lu.Teruskan kutuk Pas secara ilmiah.Peace!

    ReplyDelete
  2. saya setuju, org pas pun macam2 jenis, agaknya yg baru2 kenal pas lepas era reformasi ni lain sikit cara pemikiran, yg lama2 cool saja.

    tolonglah aduka taruna, pi lah blog roslan sms tu, tolong sanggah apa2 yg dia tulis sbb blog dia pun ramai pembaca, nnti org pas lain terpengaruh dgn sentimen yg dia dok bawa, especially hal negara sekular tu, gerammmmm.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...