Skip to main content

Anwar bacul, Saiful bengap, PAS bongok. Wa tukang maki.

Oleh : AdukaTaruna

Pemerhatian dalam pergaulan seharian wa, wa dapati kebanyakan orang level awam berstatus atas pagar atau bukan fanatik ke mana-mana pihak melahirkan rasa keliru ke atas ulama di senario kini. Kemuncaknya isu sumpah Saiful.

Percanggahan ulama, para mufti dan ustaz mengenai sumpah Saiful meresahkan mereka.

“Entah yang mana satu betul ntah.”

“Macamana kita nak betul, diorang (ulama) sendiri pun tak betul sesama sendiri.”

Itulah antara kata-kata luahan masyarakat bawahan. Membuatkan hati wa kosong. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada mereka. Sesungguhnya, di antara mereka (Anwar atau Saiful) pasti ada yang paling salah. Dan yang paling salah itulah patut dilaknat abdan-abda seperti Firaun atau Qarun kerana implikasi pergaduhan mereka yang merumitkan masyarakat awam, termasuk kanak-kanak.

Anwar yang bongok.

Si bacul bernama Anwar ini pun satu masalah. Apa nak kira ikut perundangan atau tidak? Sumpah sahajalah jika tidak buat. Perundangan tetap perundangan. Tetapi di atas tajuk tanggungjawab sosial, dia perlu meredakan kekeliruan masyarakat. Apa yang susah sangatnya bersumpah? Kalau tak liwat, bersumpah sahajala.

Tidak perlu pertikai cara Saiful sumpah betul atau tidak. Tunjukkan dengan berani, dengan penuh tanggingjawab terhadap kegelisahan awam, kanak-kanak, murid sekolah bagaimana sumpah yang betul. Cakap berapi-api, tapi sumpah asyik mengelak. Sejarah akan merakam setiap saat.

Ulama PAS yang bengap.

Dakwa dan canang seluruh alam bahawa PAS untuk semua. Islam untuk semua. Tetapi di mana dia satu suasana keadilan untuk Saiful? Malah untuk Anwar sekali? Apa kata kalau Saiful benar? Sejarah telah merakamkan tindakan-tindakan bengap para ulama PAS.

Malah jika Anwar terbukti benar sekalipun, sejarah tetap merakamkan satu suasana yang tidak adil disediakan ulama PAS. PAS harus menyediakan suasana yang seimbang kepada Anwar dan Saiful dalam kes peribadi mereka.

Letakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Saiful yang bangang.

Dalam 3 pihak di atas, Antara Anwar, ulama (termasuk ulama PAS), dan Saiful, wa pilih Saiful paling bangang tahap Power Ranger Merah Jambu. Mengapa?

Wa ambil sudut Saiful benar dalam hal ini. Andaikan Saiful memang benar diliwat DSAI. Bangangnya Saiful kerana memilih pembelaan untuk dirinya dalam cara dipolitikkan. Bila Saiful memilih cara pembelaan corak politik, maka, kebenaran untuk dirinya semakin bergelumang dalam najis politik.

Cuba dia ambil cara berkecuali. Tak perlu berlindung di sebalik ketiak Najib dalam menegakkan keadilan untuk dirinya. Lapor sahaja pada polis, dan minta polis menjaga keselamatan dirinya, secara normal (tanpa campur tangan politik) sepanjang tempoh perbicaraan.

Kemudian, sekiranya perlu, bersumpah laknat secara bebas. Tidak perlu berlindung bawah ketiak UMNO. Peguamnya boleh uruskan. Ini tidak, pilih waktu sumpah ketika PRK Permatang Pauh. Kan ke bangang paling amat namanya tu. Keadilan entah ke mana, kebenaran semakin samar.

Pandangan peribadi wa akan isu ini.

Ini teori semata. Sebenarnya, wa percaya Anwar memang seorang peliwat. 2 alam la. Wanita pon boleh, lelaki pun sapu. Keaiban ini telah diketahui Mahathir ketika dahulu. Tetapi sudah menjadi budaya UMNO, kesalahan akan disimpan sebagai senjata bila diperlukan.

Apabila Mahathir terasa terancam akan Anwar, maka, seperti ugutan normal kes rasuah atau kes-kes salahlaku lain, Anwar diugut oleh Mahathir. Letak jawatan atau dedahan keaiban / salahlaku dia. Sebab itu dahulu, sebelum Anwar dipecat, asyik dengar khabar angin Anwar akan meletak jawatan. Sebab inilah.

Tetapi Anwar cerdik dan berani. Dia tahu bukti liwat tidak cukup (tiada). Dan dia pilih melawan. Akhirnya Anwar pun dipecat. Kes liwat yang tiada bukti seperti dijangka Anwar jadi caca-marba. Dia pun melakukan taktikal / manipulasi sentimen rakyat level awam. Sokongan meningkat.

Lepas dibebaskan penjara, pilih Saiful sebagai Budak Kopi. Lama-lama tak tahan tengok Saiful, Anwar pon goda Saiful. Saiful pon kalah 2/3 rela. Bukan separuh rela, tetapi lebih sikit rela dia. 2/3. Lama-lama, Saiful macam Ezam. Perasaan berdosa dan bersalah mula menghantui dan memberi tekanan. Akhirnya meletup. Nak masuk PAS tak boleh belasah Anwar, terpaksa masuk UMNO.

Tapi, bangang sebab, jika pilih UMNO platform menegakkan kebenaran dirinya, seolah memilih tong najis lama untuk mengutuk tong najis baru. Pendek cerita, berlakulah sumpah laknat tajaan UMNO. Waktu ketika PRK Permatang Pauh. Ulama PAS pun bantai Saiful. Belum apa-apa dah macam Nabi saw. Wahyu turun terus kat ulama PAS, mengatakan Saiful memang bersalah.

Masyarakat non muslim pun tercari-cari di mana keadilan Islam. Meraba-raba. Muslim awam sendiri comfius. Budak-budak sekolah terpinga-pinga. Mufti sekian kata lain, Mufti sana sebut lain, ulama PAS kata lebih lain. Semuanya kerana malaun 2 ekor ini. Anwar dan Saiful.

Anwar bacul, Saiful bengap, PAS bongok. Wa tukang maki.

Comments

  1. wa dasat...
    lu ni pun boleh didakwa dalam qazaf ni...
    selamba badak je, hanya berdasarkan pemerhatian situasi, kamu dah istihar nuar peliwat 2 alam...
    masak...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    saudara mengatakan,

    Si bacul bernama Anwar ini pun satu masalah. Apa nak kira ikut perundangan atau tidak? Sumpah sahajalah jika tidak buat. Perundangan tetap perundangan. Tetapi di atas tajuk tanggungjawab sosial, dia perlu meredakan kekeliruan masyarakat. Apa yang susah sangatnya bersumpah? Kalau tak liwat, bersumpah sahajala.

    Saudara mencanangkan bhw sdr berkehendak kpd satu situasi Islamic State. Dlm islam, setiap individu Muslim itu tertakluk kepada perundangan. Wpun dia DSAI ke Mahathir ke semua melutut dibawah tajuk perundangan. Begitu juga 'tanggungjwb sosial' spt yg sdr katakan. DSAI harus bersumpah utk menunaikan tgggjwb sosial? Lalu dimana pula tanggunjwb beliau sbg seorang Islam yg tertakluk kepada protokol dan action seorang Muslim? Jgn menafsirkan Islam secara melulu dan mengambil serta membuang bahagian2 Islam utk keselesaan individu. Perundangan, tanggungjwb sosial atau apa saja, ada cara nya dlm Islam.

    Dlm kes sumpah, ia adalah 'jalan erakhir' setelah melalui proses perundangan. Jgn main hentam keromo mengeluarkan kenyataan yg mengelirukan org ramai.

    saudara mengatakan lagi
    Tidak perlu pertikai cara Saiful sumpah betul atau tidak. Tunjukkan dengan berani, dengan penuh tanggingjawab terhadap kegelisahan awam, kanak-kanak, murid sekolah bagaimana sumpah yang betul. Cakap berapi-api, tapi sumpah asyik mengelak.

    Tidak perlu pertikai? Jd kalau ada seseorg itu sembahyang kiblat nya ke KLCC, jg jgn pertikai? Maklumalah, asal niatnya menyembah ALlah, pusing mana pun sah juga. Saudara, Islam ini indah kerana sifatnya yg syumul. Bersumpah ada caranya. Melaksanakan tanggungjwb ada lunas dan garis panduan yg sudah disediakan dlm Islam. Kena lah kita ikut. Rules are not meant to be broken or mend as one wishes. Untuk meredakan kekeliruan rakyat, kita tambah lagi kebodohan mereka, dlm erti kata lain, menjahilkan lg mereka? Itu maksud saudara? Adakalanya, saudara ini bernas, tp ada kalanya, agak 'dangkal'. Mahu terjerat dlm permainan sumpah UMNO dgn membelakangkan aspek2 Islam itu sendiri. nak bersihkan tahi, tapi ikut sama bergelumang tahi ini lah yg saudara sarankan sebenarnya.

    Dakwa dan canang seluruh alam bahawa PAS untuk semua. Islam untuk semua. Tetapi di mana dia satu suasana keadilan untuk Saiful? Malah untuk Anwar sekali? Apa kata kalau Saiful benar?

    Ini sy setuju. PAS mempolitikkan populariti isu liwat ini utk kepentingan mereka juga. Ini lah bila Islam dipolitikkan. Wpun sy berpendapat bhw DSAI bukanlah seorang peliwat, dan tuduhan kepada beliau adalah konspirasi semata2, namun ini bukanlah lesen utk PAS ikut sama mengambil sikap bias. Sepatutnya, PAS lebih cenderung mengambil jalan tengah dgn meminta keadilan utk kedua pihak, dalam masa yang sama, tegar membantu DSAI menang di kerusi PP. barulah nampak keadilan untuk semua.

    ReplyDelete
  3. kepada hamba.

    Situasi kini ialah perundangan diwar2kan tempang oleh Anwar sendiri. Dan situasi sangat tidak sihat. Media, fitnah, konspirasi dan sebagainya.

    Dalam keadaan ini, Anwar patut tunjukkan cara solat yang tidak mengadap KLCC (sumpah laknat yang betul). Redakan keadaan. Murid sekalah, non muslim dan sebagainya.

    Berbeza kalau negara sudah berada dalam suasana Islamic State, barulah ikut sahaja prosedur yang Islam gariskan.

    Ini tidak, keadaan caca marba. Nak pergi perundangan, perundangan sendiri tidak betul dakwa Anwar. Kalau dah tidak betul, bersumpah sahajalah dahulu.

    Bila dah bersumpah laknat, baru follow perundangan. Yang penting, dalam situasi negara yang huru-hara akibat bukan Islamic State, Anwar perlu meredakan negara. Bertanggungjawab sedikit kepada sosial.

    Dok bising kiblat kat KLCC, tapi tak tunjuk kiblat yang betul buat apa, bro? Negara kini bukan Islamic State. Huru-hara.

    Apa salahnya bersumpah sahaja. Dah tak salah. Bila reda, pelajar, budak2 lihat cara bersumpah laknat yang betul, follow sahaja perundangan tempang. Kan ke cantik.

    Tapi.... berani ke Anwar bersumpah laknat? Nak seribu daya, taknak, seribu dalih. Dari 1998 belum lagi bersumpah dengan cara terbuka dan meyakinkan.

    Ke nak tunggu Islamic State dulu baru sumpah? Alasan tak logik tu, bro.

    AdukaTaruna

    ReplyDelete
  4. AT,
    sy faham kegusaran sdr tentang betapa pentingnya persepsi rakyat terhadap tuduhan dan implikasi sumpah. namun yg demikian, menunjukkan solat yang betul, bukan shj dgn cara amali, tetapi dimulakan dgn proses pemberitahuan, penjelasan atau dlm erti kata lain, 'dakwah'.

    sebelum kita boleh mendirikan solat, harus suci, bebas dari najis, perlu dlm keadaan wudhuk. kembali kepada aspek bersumpah, bukan sumpah itu sahaja yg jd fokus kita, tetapi tatacara, prosedur dan undang2 yg telah digariskan islam itu yg kita harus pertahankan.

    sdr mengatakan, negara kita bukanlah Islamic state. sy nak bertanya, jika negara belum lg menjadi taraf islamic state, maka kita dibolehkan saja mengubah-ubah apa yg telah digariskan dlm islam untuk kepentingan maslahah umum? tidak semestinya kena ada label islamic state baru nak menegakkan apa yg islam telah gariskan.

    dlm kes sumpah, kita masih ada mahkamah syariah. itu yg kita tegakkan. itu yg islam gariskan. terkinja-kinja mengikut rentak UMNO, sudahnya nanti, masyarakat umum akan bertanya balik, sumpah itu bukanlah ikut cara Islam kerana dlm islam sumpah adalah langkah terakhir bilamana semua alternatif lain utk menegakkan kebenaran sudah tertutup. Maka itu, memaksa DSAI utk melalukan sumpah balas yg sama, nyatanya lebih mengelirukan rakyat.

    Persepsi rakyat mmg ada celaru. Namun, mudharat nya (pada saya) tidak lah besar, jika dibandingkan, mempermainkan hukum sumpah yg jelas dipolitikkan UMNO. buat apa terikut2 dgn mereka. Tak ada sgt huru-hara spt yg saudara katakan, yg menjadi tanda tanya kepada rakyat adlah 'siapa yang betul siapa yang salah'. Ini adalah persoalan yang biasa. Tidak perlu DSAI tunduk kepada tekanan sebegini kerana tanggungjwb nya kepada Allah, tanggungjwb nya bertindak atas pengetahuan agama yg dimilikinya, lebih besar daripada menurut kehendak umum. Ini pada pendapat saya lah..

    ReplyDelete
  5. Anwar bacul, Saiful bengap, PAS bongok. Wa SB.

    -almansur-

    ReplyDelete
  6. aku banyak juga membaca tulisan kau. aku rasa kan kau ni cerdik tapi kurang arif dalam ilmu agama.. kenali islam sebenar-benarnya..jangan kenali islam melalui PAS sebab orang PAS pun bukan maksum dan perjuangan PAS hanya sebahagian kecil daripada agama.

    seseorang itu hanya lengkap jika kecerdikan dikawal dengan ilmu agama bukan berpandukan akal semata-mata.

    ReplyDelete
  7. Lu BABI yang berlagak pandai, perasan hebat... kalau anwar bacul, PAS bongok... LU Mangkuk Hayun... Lu Bodoh, lu baik komen yang padan dengan lu sudala... Lu bengap... nak komen kena la tengok hukum...lain la kalu lu ni KAPIR.. Lu Baghal... nak komen pasal ulama, ilmu lu tak cukup...
    Lu Sial...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.