Skip to main content

Amaran Kepada Semua Ahli PAS.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.

Baca amaran ini dahulu. Sila tukar kepimpinan tertinggi anda selewat-lewatnya setahun sebelum PRU13. Jangan memaki dahulu, sila baca sepenuhnya. Mengapa?

Apa yang berlaku kini, kucar-kacir yang melanda PAS membuktikan bahawa :

1. Aliran pemikiran PAS Terengganu perlu dikurantin. Setelah memusnahkan peluang Islam bergerak bebas dengan perpecahan Barisan Alternatif gerakan Ustaz Fadhil dahulu, kini, Barisan Rakyat pula menjadi mangsa pemikiran Terengganu.

2. Bukti bahawa PAS tidak mempunyai perancangan bagaimana memanfaatkan kemenangan besar dan beberapa pelan sokongan.

Sekiranya ahli PAS gagal menyediakan pucuk pimpinan yang segar.

Sekiranya PAS masih mengekalkan aliran pimpinan ini, di mana sekiranya, Barisan Rakyat berjaya membentuk pemerintahan pusat, maka :

1. Kestabilan Malaysia akan bergolak. Kelancaran Barisan Rakyat mengambil alih akan berkocak akibat ada tangan-tangan tertinggi PAS yang berpolitik gelap, gopoh dan berminda dam aji dalam arena percaturan.

2. PAS berpecah dan berterabur sebaik sahaja Barisan Rakyat disahkan boleh mengambil-alih pusat. JK Pusat akan bertembung dengan Presiden dan kumpulan Terengganunya. Syura tersepit di tengah. Ahli terpecah dua. Non muslim hilang kepercayaan. Pengundi bukan ahli akan mengamuk.

3. Situasi di mana PAS tidak lagi ditakuti oleh non muslim kembali hancur. Hasil puluhan tahun perjuangan ahli terdahulu. PAS kembali merangkak bagi memberi penerangan kepada massa non muslim. Dan puluhan tahun lagi diperlukan untuk itu.

4. Peluang PAS memanfaatkan media perdana, penggunakan prasarana kerajaan dalam menyampaikan dakwah, berjuang Islamic State di fasa baru akan hancur lebur akibat kekucaran Barisan Rakyat mengambil alih pusat. Ini semua kerana kegagalan PAS menyediakan kepimpinan yang strategik.

Penyelesaian yang dicadangkan.

1. Tukar Presiden bagi mengelakkan kumpulan Terengganu mempengaruhi Presiden PAS, di mana Hadi Awang adalah jasadnya. Dengan kesegaran yang dilakukan, kumpulan Terengganu tidak dapat lagi mempengaruhi Presiden PAS, sekaligus mengkucar-kacirkan keadaan, kerana jasad Presiden PAS bukan lagi Hadi Awang.

2. Bersabar dan bentuk dahulu kerajaan Barisan Rakyat di peringkat pusat. Dan tunggu keadaan stabil sebelum menilai keadaan. Ingat bahawa keselesaan rakyat perlu diutamakan dalam memperjuangkan idealogi. Anda (PAS) berjuang melalui demokrasi secara total.

3. Biarkan UMNO bergolak (akibat kekalahan) dan pembersihan berlaku secara normal.

4. Dalam menanti proses pembersihan UMNO, PAS perlu fight menyeimbangkan kepentingan Islam di dalam Barisan Rakyat. Gunakan media perdana yang terbuka luas. Gunakan pergerakan yang luas di negeri-negeri. Anjurkan banyak perbahasan / forum-forum / debat di seluruh negara.

5. Setelah itu, nilai semula sama ada mahu bertahaluf dengan UMNO atau tidak. Mana yang lebih baik? Sama ada kekal dalam Barisan Rakyat atau bertahaluf dengan UMNO. UMNO yang tidak dapat membentuk kerajaan pusat tanpa PAS akan membawa ke satu situasi dimana UMNO bakal menyertai PAS, bukan PAS menyertai UMNO.

6. Untuk bertahaluf dengan UMNO, jangan guna kaedah ulama Terengganu, yakni, secara gelap, dan memperbodohkan intelek pengundi. Intelek pengundi bukan ahli PAS, tidak serendah ahli PAS yang didoktrin, atau serendah Hadi Awang sendiri.

Penutup.

PAS perlu open perbahasan secara matang, terbuka dan ilmiah untuk idea bertahaluf dengan UMNO (setelah UMNO mengalami fasa pembersihan secara automatik akibat kekalahan). Lakukan pungutan suara dan sebagainya.

Sekali lagi, jangan fikir intelek pengundi sama level dengan Hadi Awang atau PAS Terengganu. Bergerak secara matang, profesional, telus dan terang.

Jangan nasi menjadi bubur. PAS perlu merangkak kembali puluhan tahun setelah boleh berjalan. Jangan serahkan anak yang baru bertatih kepada seorang badut untuk dijaga.

Hamba hanya menyokong PAS secara taktikal dalam Islamic State Mission.

Wallahualam.

p/s : Baiklah. Sekarang puak PAS boleh memaki di sini.

Comments

  1. Cadangan yang teramat BODOH lagi tidak Ilmiah. Bersifat jahat dan fitnah..

    AT merupakan SB terancang yang ditugaskan oleh UMNO untuk membawa jarum perpecahan.

    Moga beliau menerima balasan atas tulisan beliau ini.

    -almansur-

    ReplyDelete
  2. saudara Aduka... ada jugak org FANATIK PAS dr Trganu membaca...

    Dia tak terfikirkah masa PRU11 dulu...org asyik berjuang utk kemenangan..dia asyik declare nak kerat tangan org, Rotan org...menakutkan pengundi atas pagar yg dulu sokong PAS...

    lailahaillallah al mansur niiiiiiii..

    Cadangan diatas adalah pilihan...

    dan mmg ada kebenarannya...

    siapayg pergi ke KL bncg dgn UMNO ?...bukan Mustafa ali ?... dia siapa dlm Pakatan Rakyat skrg ?... bukan dia kalah ke ?..

    nk bg syarat sbb nak gagalkan kemenangan sebanar...

    Budak Tahfiz pun bolh faham bila baca dan dengar cerita...

    aku kalu tak ada jawatan...bila jd org tengah kelak...kena bg jawatanlah..sbb aku yg membawa kepada berlakunya sesuatu keadaan...


    Takkanlah aku nak buat saja2...buat apa kerja bodoh...

    Itu bukan fitnah dan niat jahat...memang benar...

    Pejuang2 dah letih dah berjuang utk PAS Trangganu,,,... tidak kemana perginya...PRU13 pun tak tentu menang lagi..sbb UMNO lagi baik dr PAS di Trganu...bukan pasal baik...tetapi PAS tlh ke belakang...dan UMNO yg jahat jd kedepan pulak...


    cadangan diatas adalah lojik...

    Nak keluar pun...tunggu lah dulu masuk pintu...ni duduk kat luar...istihar nak keluar...

    KEMENANGAN BELUM DIPEROLEHI SECARA MUTLAK !!!!!..

    masa menang nanti...semua permintaan ditunaikan...kenapa ?... ialah...PR pun taknak ...baru hari ini buat kerajaan memerintah..esok bubar balik dan diambil alih olh BN balik...

    boleh fikir kah ?????...


    semua boleh dibincangkan dan mas tulah PAS ni TERSANGAT BERNILAI !!!!... bukan sekarang...

    sekarang BN tengah nak cuci taik2 yg di berak merata...bakpe PAS ke yg nak sapu dan bergabung dgn mereka ?...

    tak cukupkah pengalaman lepas ???...

    LETIH SUNGGUH BERJUANG DENGAN PARTI PAS DR TERENGGANU dan DITERENGGANU ni... pemikiran pemimpin sentiasa ke belakang...maju sikit...mundur kebelakang jauh...

    bila kedepan...DIA KONAR 380darjah kebelakang balik...mana ada kemajuan...tulah kalah teruk tu....2004 dan sekarang 2008 atas pertolongan org2 ANWAR...PRU13...aku jamin PAS TRGANU akan berkubur terus !!!!!tgoklah kalau tak percaya

    ReplyDelete
  3. PRU13....PAS terengganu akan jd sejarah terus....aku berhak bersuara...sbb aku sndiri akn juangkan...dulu aku hormat sbb tak ada pilihan...tetapi SEMENJAK dan DUA MENJAK ni...aku FEDUP..

    kesian pejuang yg kena tembak...kena cota..yg jual air dan sayur dan kuih...nk maju kedepan digelar FANATIK..sbb sokong PAS..tetiba je PEMIMPIN senang2 nk buat keputusan nak konar belakang...

    waduh...konar sorang2lah bang....jgn bawa org...

    ReplyDelete
  4. NAK KELUAR ATAU NAK KONAR.....ANA CADANGKAN KELUAR DAN KONAR SORANG2...JGN BAWA ORANG...KAMI AKAN MATLAMATKAN PERJUANGAN KAMI..

    KAMI BUKAN BUAT KERJA SEKERAT JALAN...

    ---KHALID ALWALID---

    ReplyDelete
  5. tidak ada jarum perpecahan sekiranya Presiden dapat berfikir dengan STABIL dan tidak OVER REACT...

    Saya rasa cdgan diatas konkrit dan pilihan yg ada dan boleh dipertimbangkan

    ---MUSA

    ReplyDelete
  6. cukup-cukuplah kerja kalian wahai SB..

    Allah tetap bersama org2 yang beriman dan bersabar dengan kepimpinan selagi kepimpinan tidak keluar dari landasan akidah.

    Sekiranya kesilapan strategi di jadikan alasan untuk menjatuhkan kepimpinan, terserlah kemunafikkan diri..

    Inilah sikap Mua'wiyyah Zaman sekarang.. kerana tidak setuju dengan Saidina Ali, mereka b'usaha mjatuhkan kahlifah..

    insaflah wahai SB..

    -almansur-

    ReplyDelete
  7. Saudara Al-mansor...kenapa saudara tidak mahu menerima hakikat dan kebenaran ?

    apa saudara tidaknampak kah apa yg berlaku ?...

    masih nak menafikannya....

    Nasharuddin Md Isa...dia baru je dpt kerusi tu...kalu kira..kalu penyokong dan pejuang Kubang Kerian tahu niat dan apa yg nk dilakukan skrg...nescaya mrk tak undi nasharuddin... sungguh...tobat eh...

    ni bila diberi amanah... keje sekerat jalan...nak ambik mudah...TGNA sndiri tak tahu...padahal kerusi negeri kelantan dia ambil...ehhh BESAR KEPALA.... LAWAN TOKEI...
    napok tak kebenaran berlaku didepan mata...NAPOK TAK ?

    --Aziz Ibrahim--

    ReplyDelete
  8. kalu nak kan melayu dan ISLam...selama ni..yg undi PAS adalah penyokong...bukan pemimpin saja..sbb kalu pemimpin...brpa ekor dan undi saja dia bolh dapat..

    Jd..kalu buat strategi..ke BN sbb nak org melayu ke ISLAM...TAK KE MENUNJUKKAN KEBODOHAN DIRI... berjuang bermati2an menegakkan PAS..ttp nak tukar PAS pulak..

    Betul2 BANGANG lh..Pemikiran ala Dunia ke3.......

    Sewajarnya teruskan perjuangan..jgn u ndur..mrk rasa ketrampilan dan ketegasan kita...mrk yg masuk PAS...bukan kita yg tukar ahli kita menjadi UMNO balik...kalu tukar jd UMNO balik..tk keluar dah oiiiiii..

    Seronok mcm2 dlm UMNO ni...segala2nya dapat woiiii..cuma sekarang nak cari alasan saja....

    ada alasan...kami tak keluar-keluar UMNO...duk situ je...


    hahhhhh...ni...ni alasan dah ni...ramai2 keluar PAS di trganu...pakat2 sokong mad Said...

    buleh pojek..buleh pitih...

    duk bwh PAS buleh gape ?... kena peluru ada..kena cota ada.....

    dia Pakai Rexton bayar tunai...kita pakai Kapchai lg... hemmmmm...nasib badan...

    ReplyDelete
  9. PRU13 akan menjadi penentuan...kami akan jatuhkan PAS sehabis2nya...mana2 pemimpin NGOK tu...kami akan jatuhkan...

    yg ok...kami maintain melalui undi...tgoklah..

    ReplyDelete
  10. heiii ALMANSOR...

    sapa kata TG HJ HADI diiktiraf atau sama levelnya dgn Khalifah skrg ?... sapa kata ?..

    Sapa kata Nasharudin mat Isa pun ?...

    Mustafa Ali ?..

    kami tak pernah iktiraf mrk selaku dan setaraf KHALIFAH !!!!.. jauh panggang dr API..

    pemikiran banyak kepada Nafsu sarakah dr kpd kebenaran..


    Kalu nak ISLAM dan MELAYU...kenapa kena berbncg dgn UMNO ?...

    Cerdik lah sikit kalu kata sama taraf dgn Khalifah tu...Bukankah puak2 UMNO BN boleh masuk PAS.... bukankah begitu !!!!

    yg duk terhegeh2 nk muzakarah (Kompromi) tu apsal...????..

    yg duk bantu mrk hidup balik tu apa dia...

    Mrk dah nyawa2 ikan dah PR lanyak... eh ada juga golongan PAS yg nak tolong balik...mudah2 keluarlah dr PAS..senang cerita...masuk BN...senang kami tahu pendirian...ni duduk bawah PAS.... tp nakkan BN...gunakkan PLATFORM PAS utk menang...bila menang, menaniaya amanah diberikan ...

    ReplyDelete
  11. Perkara 4,5,6 (Penyelesaian)bole diambil kira,terutama buat perhatian gulungan tua dalam PAS.

    Kita perlu membuka sedikit ruang untuk perubahan,secara berperingkat peringkat.

    Dulu sudah berlaku bilamana puak puak Tua menentang pandagan orang muda.,mereka hentam kaum muda menyeleweng dari ajaran Islam sebenarnya.,.

    Akhirnya mereka kehilangan tunggak muda mcm Abu Bakar Hamzah,Aminuddin Darus dan banyak lagi lah.

    Jadi tak kan nak silap kali kedua di tempat yg.sama.

    Gua sokong lu AT tapi tak semuer.

    ReplyDelete
  12. comfirm kalian SB tak pun UMNO/BN yang berlakon seolah2 penegak kebenaran.. namun jauh disudut hati, penuh dengan nanah dan kebusukan!

    Saya yakin bahawa ahli PAS yang saudara anggap bodoh itu tidak lah sebodoh kalian.

    Saya tetap mempertahankan keputusan syura.. bukan keputusan segelintir SB yang ingin menghancurkan perpaduan UMMAH.

    Golongan seperti kalian bukan baru muncul zaman sekarang, malah zaman nabi serta sahabat lagi sudah ada. Cumna bezanya saudara dari rumpun melayu seperti saya, rumpun gen yang AT benci dan jijik.

    Doa saya agar kalin insaf dengan gerak kerja yang BODOH dan tidak berasaskan keimanan dan kesabaran.

    ciri SB seterusnya:
    Tidak berani meletak gambar untuk dikenali di dalam Blog. Ciri tersebut ada pada AT.

    -almansur-

    ReplyDelete
  13. daripada al mansur mengarut tak tentu pasal, lebih baik al mansur fokus pada isi artikel dan bukannya menghentam profail diri penulis. topik nya adalah (sekiranya saudara tak faham isi artikel) permintaan segelintir penyokong PAS (bukan AT seorang saja, sila rujuk TKO) yangmeminta TGHA letak jawatan.

    inilah kelemahan gen melayu (yg ini saya setuju) bahawa pantang sekali ada golongan yang tak sealiran dengan kita, mulalah dituduh sebagai pembelot la sb la itu la ini la. cuba bantah hujah dengan komen yang bernas (sekiranya ada lah). bukan membuka isu yg tidak ada kena mengena dgn topik.

    sy secara peribadi, merasakan bhw kepimpinan TGHA sudah lapuk. gaya pimpinannya agak ketinggalan zaman. lebih baik kiranya TGHA mengundur dr kerusi Presiden dan memberi nafas baru kepada pimpinan PAS. Namun bukanlah untuk waktu terdekat dikala PAS dihambat dgn pelbagai isu, kontroversi. Biar pimpinan selesaikan dahulu isu-isu panas, jgn sampai ada berbangkit dan bersisa walau sebesar hama, kemudian barulah pimpinan timbangkan balik saranan supaya TGHA berundur.

    seperti komen sy sebelum ini, jgn kita terburu2 mencantas daun-daun tua. bila tiba masa, gugurlah ia. namun gugurnya kebumi, tetap akan memberi manfaat. belajarlah dari kesilapan-kesilapan lepas.

    hamba

    ReplyDelete
  14. Almansor ni pemikiran dia....aku tak tahulah...

    tp kita anggap saja dia ni dok cerdik...bukan bodoh...cuma tak cerdik...itujelah...

    Kalu menentang...kita dianggap SB...dah kalu kita sokong ?...kita dianggap penyokong PAS ?...begitu andaian tuan ..al mansor ?

    Hemm...kalu gitu...org INDIA yg tak pernah jd ahli PAS dan CINA juga...tu dianggap sbg apa ?... MRK BUKAN AHLI tau !!!!...MRK TAK LAYAK JD AHLI !!!..

    TETAPI....MRK MENYOKONG PAS !!!...kalu mrk tegur sikit...ALMANSOR NAK GELAR MEREKA NI SEBAGAI APA ?....SB dpt pada ADUKA TARUNA dah... org lain tak bolh ambil...itu mnjadi HAK MUTLAK diberikan kpd ALMANSOR...

    tapi...niii...kes INDIA dan CINA tu ?... nak panggil apa ?... KOMUNIS ?... PARIAH ???...

    ubahlah pemikiran tu ehh ALMANSOR...Kami menentang...tak semestinya kami SB atau penentang...kami adalah PENGUNDI tetap PAS... DEMI ALLAH semenjak tahun 1998 sehingga 2008..AKU U NDI PAS...LILLAH... mu nak panggil aku SB ?...

    kalu aku SB..mu apa ?...LJ lah jwbnya... apadia LJ ni...LEBAI JAHIL...

    berjuang krn ada tujuan tersembunyi...

    Jgn menuduh kami sebagai SB...kami PENGUNDI TETAP PAS... ttp skrg..sori..TOBAT LILLAH...aku takkan undi PAS lagi... biar org kata EMOSIONAL ke...atau apa ...lantak..

    DI CHAT ini saja kami boleh bersuara...website lain...mampus tak dapat...

    JGN tuduh kami SB ye..sekali lagi aku nak peringatkan....

    -S.M.SALIM..

    ReplyDelete
  15. Kalian akan melenting kalau sy gelarkan kalian SB..

    Namun ucapan kalian yag tidak bersandarkan kesepakatan UMMAH itu apa! Tidak kah itu hasutan syaitan yang telah bersarang dalam jiwa kalian..

    Undi adalah tanggungjawab.. bukan ugutan! Kadang-kadang sy melian kalian berperangai macam budak-budak..

    Saya respek pandagan yang bernas dan berasas. Malah kritikan itulah menjadikan PAS matang dalam hala tuju perjuangan. Malah saya tidak pernah menegah untuk melontarkan kritikan. Sedangkan Saidina Umar pun di kritik dengan PEDANG.. Tapi sikap dan perbuatan kalian seolah-olah kalianlah penentu kepada KEBENARAN.

    Kalau tak mengaku SB.. nak mengaku apa.. tak kan saya nak kata MUNAFIK.

    Berhentilah wahai saudaraku.. kalian bukanlah sebodoh SB, tetapi janganlah meletakkan nilai akal yang dianugerahkan Allah ditahap itu..

    -almansur-

    ReplyDelete
  16. lagi2 SB...lagi2 SB....tak de keje lain kah dia ni...kenapa PAS tdk bolh di tegur sekarang ?..

    kenapa ? PAS dah amalkan OTOKRATIK ?.. DIKTATOR punya stail ?... pemimpin kata itu...itulah...

    Gitu ?

    Terbuka sudah sekarang ...terbuka luas isi hati sebenar...nak suruh kita senyap dan kata IYE...IYE...IYE...

    Bagus lu Al mansor.... bagus betul.... apa lu ingat lu sapa ?... lu bapak gua kah ?... lu Bos Gua kah ?...

    lu kena ingat mansor......bila pilihanraya nanti...undi gua jd penentuan !!!!..lu ingat gua mau senang2 ikut lu punya cakap.... lu fikir lah sendiri...

    hahahahahahahahahahahahahahahaha

    selama ni aku ingat PAS Demokratik... rupa2nya dah nak jd DIKTATOR pulak dah...

    guna ayat...guna sahabat2 ...suruh ikut...

    bakpe dia tak pakai unta pergi kerja...

    atau pakai Kayu bsuh berak..kenapa pakai letrik dan pakai Komputer ni... Zaman dulu takde komputer geng...

    Lu pakai Pedanglah geng..


    Gua tak nak dengar cakap lu lah mansor...lu jgn ugut2 dan salahkan Gua ...apa gua nk buat itu gua punya pasal....

    Gua sudah hilang respek pd PAS ..terutamanya dr Terengganu..


    kan pakat2 nak cari kebendaaan skrg...pakat2 nk jumpa UMNO nk sesuatu... dah pemimpin kata gitu...maka kita pun pakat2lah bang... baik kita buat segera..sbb nanti DAP atau PKR pulak yg ikut....

    ReplyDelete
  17. sorilh pembaca sekalian...mohon maaf..

    tetapi gua benar2 TERKILAN dan TERKEJUT dgn tindakan Hj Hadi, Mustafa ALi dan Nasharudin...benar2 terkejut...

    gua tak sangka...selama ini gua berjuang...sampai bahayakan kerjaya..(majikan Gua kuat BN..dn syakt BN)..tapi apa yg gua dpt ?... dahlah di chop olh majikan dan sekeliling sbg FANATIK... dgn tiba2 PEMIMPIN kata KONAR 380 darjah..nak pusing...

    Gua bila dengar...terduduk gua...apa cerita ni..

    inilah yg gua FEDUP dan GUA FRUST...Kupiah yg gua pakai selama ini...telah GUA bakar...gua dah mula2 berbaik2 dgn org BN..sbb apa ?..

    sbb pemimpin tidak relevan dan tidak stabil pemikiran...kejap kata gitu..kejap kata gini...

    Gua Frust,....Gua benar2 Frust...gua FEDUP...

    Sumpah...lillah...

    (dan demi allah dan rasulnya...gua bukan SB....cuma gua pejuang dan penyokong sejati yg benar2 FRUST dan FED-UP)

    Harap2 kalian faham...GUA BUKAN AJAK kalian keluar PAS...sori...GUA saja yg akan keluar...sbb gua nak luahkan SEBANYAK-BANYAK mungkin isi hati yg terbuku ni...

    dan jgn kalian ikut kata gua...gua bukan niat mnghasut..cuma gua nk luahkan sebanyak mungkin perasaan dan isihati yg terbuku..

    Wasalam..

    --HALID ALwalid, Aziz, Harun dan Salim...

    ReplyDelete
  18. cool bro.. jgn keluar pas. kita fight halau musang2 jahanam keluar dari pas.

    fedup bkn kita. insyaallah. fight for Islam.

    ReplyDelete
  19. Nak halau, sapa kalian nak halau! Undi saudara hanya di hitung kelak di hadapan Allah.. kenapa perlu mengungkit tentang undi?

    Kalian benci Pemimpin PAS berasas.. macam la jugak orang UMNO bencikan PAS. Kalau setakat tidak setuju dengan tindakan PEMIMPIN, apa perlunya sehingga mengeluarkan kata-kata kesat? untuk apa? Sy faham kalian bukan ahli PAS, juga seperti saya. Sebab itu sesuka hati kalian menghemburkan kata-kata kesat.

    Tapi ingatlah.. kita ada akhlak dan adab. Hanya SB sahaja yang tidak beradab dan berakhlak bila berhadapan dengan Perjuangan Islam. Oleh yang demikian gunakan lah akhlak dan adab tersebut dalam menghadapai situasi begini. Bukan menyondol macam ... bila nak membuat pandangan.

    Kepada AT yang sy sangat berharap beliau kembali kelandasan sebenar, cuba buat poll (setuju @ tidak: tukar kepimpinan). Baru la nampak macho cket. Nie dah la takut letak muka di dalam blog, lepas tu HENTAM semahunya seolah-olah pandangan dia tu 100% manusia di atas muka bumi ini setuju.

    Kembalilah kepada suasana adab dan akhlak Islam. Hanya orang-orang UMNO yang jahil sahaja yang bersikap seperti kalian. Mungkin gen UMNO masih belum lekang.. wallahhuaklam..

    -almansur-

    ReplyDelete
  20. almansor...almansor...

    hai almansor...

    Apa dah jd dgn pemikiran mu ni ?..

    NI BELAJAR KAT MANA NI ?..

    NI ADA DUA PERKARA BERBEZA ni..KALU MASIH TAK FAHAM...PROBLEM KITA NI..


    hehehehehehehehehehe

    ingat kata2 ni ?..

    Waduh..sekarang AHLI (bekas ahli) LANGSUNG tak BOLEH TEGUR PEMIMPIN...

    NI BELAJAR KAT MANA NI ?...
    (heheheheheheeheh)

    Poyoooo punya npemikiran...


    Org kata demi kebaikan baik berundur (kpd Hadi, Nasha dan Mustafa)...dia mati2 kata kita SB...

    dah siapa yg boleh kata begitu ?... PAKLAH ?... NAJIB ?... atau CHUA SOI LEK ?... atau SAMY VELOO ?...


    org lain boleh pulak...ahli (bekas ahli) untuk kebaikan PARTI tak boleh...


    NI BELAJAR KAT MANA NI ?.... NI PROBLEM KITA NI KALU TAK FAHAM2 NI...

    saudara Al Mansor..

    Cara saudara berpolitik...masih ditahap darjah 2...org lain di Tingkatan 6 dan ada yg Tahun akir Universiti...ttp anda...setaraf tahap darjah 2 ...


    GROW UP !!!!!

    Matang lah sikit..

    ReplyDelete
  21. sikit2 POLL...sikit2 POLL...


    lepas tu nak tgok gambar...

    toksah layan si POYOOO ni...pemikiran dia masih tak setaraf dgn pemikiran anda Aduka Taruna...

    Jangan layan sangat di Almansor ni... dia tak bodoh...cuma tak cerdik saja...

    so kesimpulan...jangan layan itu je..

    ReplyDelete
  22. memang kami sebelum ni kembali ke adab dan akhlak islam...tetapi apa yg dibalas oleh pemimpin ?????

    APA YG KAMI DAPAT ???


    KONAR KE BELAKANG 380 darjah bang...


    kami2 sikit lg nak terbalik dibuatnya...

    lebih baik kami cabut...biar dia (PEMIMPIN PAS) merempit sorang2..!!!! biar dia sndiri yg terbalik2...

    ReplyDelete
  23. teguran kpd pemimpin atau sapa2 saja bukan x boleh..tapi bil hikmah nya mana?cara ko agak kasar la AT.can u change a little bit?

    ReplyDelete
  24. haaaaaaaa....

    Mungkin gini almansor nak saudara Aduka Taruna buat lain kali..


    "...hai intan payung, buah hati...kasuma dewi dan berlian ku yg dikasihi dan ..alah sayang selasih ku ..pemimpin ku TG XXX....

    jgnlah di XXXX hai intan payung, si buah hati penawar duka...&^%%%$$..."

    beginilah saudara Aduka...apabila nk menegur pemimpin...

    ttp Kalu kpd ahli...---> "...Hoi...pergi mampus kaulah...dan laknatullah kaulah.. si anak GAMXXXX"...

    begituuuuuuu...


    boleeeeeeeehhhhhh tak saudara aduka...ini yg dimaksudkan olh Almansor....boleh tak kalu nak menegur pemimpin digunakan ayat diatas ?...

    Wahid Satay

    ReplyDelete
  25. Tegurlah pemimpin,xde masalahnye.tp tegur tu pon ade tempat sepeng.org pergi muktamar baru2 nih still faham,org nak lari dari pas boleh masuk mane2 parti, umno ke mic ke mca ke the latest akim.hehehe.frust dlm perjuangan hahahaha.

    mok wook

    ReplyDelete
  26. bakpe nk masuk MIC, MCA atau AKIM nye.... yg bertanding dalm P44 bukannya PAS...tp KEADILAN... Keadilan lh yg kami TUJU..

    hahahahahahahahaahaha

    ReplyDelete
  27. BANGANGNYE KO Al MANSOR..tapi yg aku pelik tu reti pulak bukak internet!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.