Skip to main content

16 September Impian Kosong.

Oleh : AdukaTaruna

Wa secara peribadi, tidak menyokong Peralihan Kerajaan secara ‘pintu belakang’. Dalam perlembagaan memanglah ianya dibenarkan, atau ada ruang-ruang untuk itu. Tetapi, angka 30 adalah mustahil di sudut manusia (di sudut Allah mudah). 30 MP BN melompat masuk BR? 30 tu beb.

Sebenarnya, pada wa, itu hanyalah taktikal DSAI untuk membakar semangat penyokongnya. DSAI memang hebat dalam memanipulasi sentimen rakyat awam. Satu tarikh yang dipilih dengan berani, satu tempoh yang pendek, membuatkan orang level awam rasa sangat jelas matlamat sokongan mereka.

Umur DSAI sudah 61. Sekiranya beliau menunggu 4 tahun lagi untuk PRU13, sudah 65. Kalau memerintah selama 10 tahun (2 penggal) sudah 85. Satu lagi angka mustahil di sudut manusia. Kalau memerintah 5 tahun (satu penggal) sudah 70. 5 tahun boleh buat apa? Berapa banyak yang boleh dibersihkan?

Apa pun, sekiranya wa tersilap, dan ditakdirkan terjadi, wa tumpang gembira.

Apa corak permainan PAS?

Antara sebab itulah, wa menyalak kepada PAS supaya tukar Presiden mereka kepada yang lebih relevan. DSAI tidak akan memerintah lama. Peralihan PM akan berkocak. Dari PKR akan berpindah kepada PKR. Icon yang ditawarkan PAS adalah manusia lembab untuk diketengahkan. Hanya ahli fanatik dalam 800 000 di dalam puluhan juta rakyat Malaysia yang akan menyokong.

Kalau kita jalan-jalan ke Bukit Bintang sahaja, kita akan melihat senario semasa, sepanjang 50 tahun peninggalan UMNO-BN. Percayakah puluhan juta rakyat Malaysia terhadap usul Hadi mengambil alih PM dari DSAI? Jika PAS berjuang setulen nabi tidak perlu kepada kepercayaan majoriti. Ini melalui demokrasi.

Pimpin Terengganu pun tak lepas, bagaimana rakyat mahu mencari satu rekod yang terbukti dari Hadi. Sudah tentu wujud pergolakan yang besar di situ. PKR kepada PKR atau PKR kepada PAS di mana produk PAS ialah Hadi? Perghhh..... DAP sudah tentu tentang, masyarakat Cina, India yang bersektor ekonomi sudah pasti cemas.

Maka, diramalkan peralihan kuasa (PM) itu akan lebih kucar-kacir merujuk kepada pimpinan Hadi dalam isu muqzbalah secara sulit, gelap dan penipu intelektual pengundi.

PAS perlu ada plan.

PAS perlu mempunyai perancangan terhadap 16 September, dan perancangan terhadap PRU13. Dalam percaturan mendapatkan kuasa, ianya bukan konsep kais pagi makan pagi. Atau kata seorang blogger, belum duduk sudah bersila. Kemudian ugut dengan nas Al-Quran. Ianya adalah satu perancangan teliti dan rapi sekian lama.

Untuk menegakkan Islam di dalam satu suasana yang Nabi saw katakan zaman dagang ini, yakni Islam kembali asing ini, hendaklah bermula semula dari bawah. Apatahlagi menggunakan kaedah demokrasi. Kepercayaan rakyat secara majoriti adalah penting. Kerana ia adalah kunci kepada kurangnya faktor pergolakan. Semakin tinggi faktor pergolakan, semakin tinggi peratusan gagal.

Untuk itu, PAS harus kemukakan satu icon atau produk yang relevan, sesuai dengan masyarakat Malaysia, sesuai dengan wadah demokrasi yang dipilih, kurang mendapat bantahan, dan sebagainya.

Caranya ialah kemukakan satu Presiden yang segar, universal, dan kelihatan cerdik. Persepsi orang level awam adalah penting dalam wadah demokrasi. Sudah dapat, barulah kita menuju ke arah Islamic State secara perlahan-lahan dan cermat dengan ruang yang diperolehi terbuka luas.

Wallahualam.

Comments

  1. saudara mengatakan:

    Umur DSAI sudah 61. Sekiranya beliau menunggu 4 tahun lagi untuk PRU13, sudah 65. Kalau memerintah selama 10 tahun (2 penggal) sudah 85. Satu lagi angka mustahil di sudut manusia. Kalau memerintah 5 tahun (satu penggal) sudah 70. 5 tahun boleh buat apa? Berapa banyak yang boleh dibersihkan?

    satu saja sy nak komen, manusia dihitung bukan dari segi berjaya atau tidak apa yang diperbuat, tetapi Allah menghitung nya dari segi niat. Jika niat DSAI benar2 hendak melihat dan membebaskan Malaysia dari kecaman diktator UMNO BN, insyaALlah, sepenggal atau dua penggal, bukan lah kayu ukuran. tetapi lebih kepada penyediaan wadah dan wasilah kepada penerus2 perjuangan dalam pakatan, samada PAS, DAP atau PR itu sendiri.

    Sebenarnya, pada wa, itu hanyalah taktikal DSAI untuk membakar semangat penyokongnya. DSAI memang hebat dalam memanipulasi sentimen rakyat awam. Satu tarikh yang dipilih dengan berani, satu tempoh yang pendek, membuatkan orang level awam rasa sangat jelas matlamat sokongan mereka.

    bukankah ini yang dinamakan strategi politik oleh ahli polikus veteran? memainkan sentimen awam dan meraih populariti adalah kaedah utk mendepani lawan dalam wadah demokrasi. bg saya, selagi mana tidak berlaku unsur penipuan yang merugikan rakyat, ahli politikus bijak menggunakan apa saja taktik demi survival politik mereka. ulang sekali lagi, dgn tidak merugikan rakyat (beretika atau tidak, bukan soalnya, kita berbicara ttg ahli politik, soal etika adalah soal remeh bg mereka)

    Untuk itu, PAS harus kemukakan satu icon atau produk yang relevan, sesuai dengan masyarakat Malaysia, sesuai dengan wadah demokrasi yang dipilih, kurang mendapat bantahan, dan sebagainya.

    Sy setuju dgn usul saudara bahawa PAS perlukan pioneer yang segar bugar, bukan saja dr sudut fizikal, tp juga dari sudut pemikiran, siasah politik dan strategi kepimpinan yg baru. bukan mengatakan pimpinan skrg tidak relevan, tp dalam sedikit masa lagi, perlukan satu anjakan dlm corak tadbir pucuk pimpinan PAS supaya boleh mengarahkan PAS kepada satu wadah perjuangan yg baru, dimana PAS boleh mengimbangi aura DSAI. jika tidak, PAS akan menjadi penumpang saja dan bukanlah pemandu sedangkan Islam ini adalah agama yg memancarkan aura pemimpin, bukan yg dipimpin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.