Skip to main content

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.


Oleh : AdukaTaruna

Cuba lu orang sorot kembali zaman sekolah dulu. Budak-budak ‘skema’ yang selalu menjadi pengawas ni, hanya bijak atas kertas. Konsep belajar menghafal. Tapi, nak praktik di dunia sebenar memang kelam-kabut. Memang selalu dibuli.

Begitu juga dengan PAS. Kebanyakan ustaz-ustaz suci ni tidak mempunyai imaginasi yang tinggi. Standard tipikal Melayu. Diberi statistik yang sama, fakta yang sama, dalil yang sama, akan berbezalah keupayaan imaginasi mereka berbanding manusia licik lain. Lemah!

Suara mahu keluar dari Barisan Rakyat.

Secara profesionalnya, memang mereka berhak memberi pandangan mereka. Dan di sini wa menjawab secara profesional dengan kaedah wa.

Tidak pasti, apakah persimpangan yang dimaksudkan. Adakah :

1. PAS bergerak bersendirian.

2. PAS bergabung dengan UMNO.

PAS bergerak bersendirian.

Dengar sini ustaz-ustaz suci yang lembab. Ketika ini fokus utamanya ialah menumbangkan halangan besar kepada setiap kerja dakwah ustaz-ustaz suci sendiri. Barisan Nasional perlu ditumbangkan. Sekiranya PAS bergerak sendiri ketika sebelum BN ditumbangkan, mari kita senaraikan senarionya, wahai ustaz-ustaz suci, budak-budak skema / nerd yang lemah imaginasi :

1. Selangor + Perak akan menjadi milik BN. Jangan bermimpi ustaz-ustaz suci berpeluang berdakwah, memberi kuliah, bergerak dalam pentadbiran, mengimbangi / menasihati pentadbiran negeri seperti ini.

Ustaz-ustaz suci yang lemah imaginasi ini kembali seperti dahulu. Konon lantang bersuara. Tapi imaginasi sempit. Tidak sedar menjadi anjing. Lebih selesa lantang menyalak bukit dari jauh. Tanpa berpeluang fight dalam medan sebenar (pentadbiran).

2. Kedah menjadi negeri seterusnya tumbang PRU depan. Kerana tiada bantuan pengundi non PAS Barisan Rakyat. Jeling-jeling persempadanan semula ketika lalu. Jangan terlalu bengap.

Kemarahan non muslim kepada BN akan berpindah kepada PAS sekiranya ketika ini (senario politik semasa ini) PAS tunduk kepada imaginasi tipikal Melayu ustaz-ustaz suci yang bengap ini.

Jika semuanya telah menjadi BN (kecuali Kelantan), maka gembiralah 800 000 ahli PAS menjadi anjing yang menyalak bukit seperti 50 tahun dahulu. Ianya adalah lebih baik dari cabaran 100 hari berada dalam pemerintahan. Berjuang di dalam pemerintahan.

Bengap ya amat. Baru kes konsert Caburator Dung / Ella dah putus asa, dah menggelabah, dah melatah. Tipikal bangang ahli agama genetik Melayu. Entah bagaimana la mahu menerajui Malaysia dalam paksi USA / dajal ini.

PAS bergabung dengan UMNO.

Senario politik semasa ini, dengan UMNO yang hampir karamnya, dengan sentimen anti UMNO yang turut melanda komponen BNnya, dengan kezaliman UMNO yang berada tahap tertingginya, sekiranya PAS tunduk kepada imaginasi bengap ustaz-ustaz suci, maka, malapetaka akan menimpa PAS.

Mari kita lihat :

1. Demi imaginasi bangang ustaz-ustaz suci yang lebih selesa menjadi anjing, PAS akan berpecah dan terus berpecah.

a. Mula-mula PAS akan berpecah kepada 2. Satu golongan yang setuju menyertai UMNO, satu golongan yang tidak setuju dan terus kekal di Barisan Rakyat.

b. Kemudian, golongan yang berada di Barisan Rakyat akan terus bergolak dan berpecah apabila kestabilan pucuk pimpinan mereka belum matang.

c. Berlakulah satu situasi di mana ahli agama yang berada di dalam Barisan Rakyat akan berbalas salakan dengan ahli agama yang berada di dalam kerajaan (BN). Sedangkan pada ketika dahulu mereka adalah saudara sebantal dan setilam.

(Nampak atau tidak betapa bengapnya jenis manusia nerd ini. Menjadi ustaz / lawyer / jurutera / jawatan berpangkat kerana kaedah hafalan dan lurus-tekun belajar. Lurus yang membawa kepada bangang.)

Sanggupkah anda, generasi ketika PAS baru berada 100 hari dalam cabaran mengimbangi pemerintahan Barisan Rakyat ini, melihat akhirnya ahli agama menjadi anjing yang bergaduh sesama sendiri, semata-mata berasa lebih selesa menyalak dari jauh?

Sanggupkah anda?

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.

Wuf! Wuf!

Wallahualam.

Comments

  1. Depa dah pening...silap pilih kawan kerana tamak dek kuasa...
    KITA RAMPAS BALIK!

    www.pilihananda08.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kalau setakat menyalak nak popularkan blog..sapa yg sebenarnya anjing (kurap?) ... hmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...