Skip to main content

Demo 6 Julai : Perspektif Peribadi AdukaTaruna.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Pada wa, dalam demo kali ini, di bawah tajuk pertembungan catur antara BR dan BN, BR telah kalah sejak awal. Di bawah tajuk taktikal lah. Bukan di bawah tajuk hikmah yang tidak kita ketahui, di mana sekadar boleh meneka sahaja. Nanti wa try huraikan.

1. Kalah dari awal.

Sila baca artikel ini dahulu untuk huraian selanjutnya.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10788

Sejak BN terasa penangan BERSIH yang membawa gelombang rakyat secara rentetan, maka, tiada lagi sikap acuh tidak acuh, atau hanya bergantung kepada kaedah konvensional tinggalan TDM bagi menghalang perhimpunan itu.

Kali ini perang saraf disebarkan lebih awal. Mereka tidak menakutkan rakyat, tetapi menakutkan pemimpin rakyat. Pelbagai ura-ura tersebar. Perang saraf paling berkesan di waktu akhir ialah latihan bersama polis dan tentera bagi mengawal ketenteraman awam.

Berpindah-randahlah lokasi pehimpunan, berevolusilah cara demo akibat badaian perang saraf tersebut.

2. Standard manis yang berbeza.

Kemanisan menghirup nikmat perjuangan antara ahli PAS dengan ahli produk UMNO (PKR) tidak sama. Dibelasah dan berdarah adalah level kemanisan perjuangan PAS. Manakala hiburan adalah level kemanisan perjuangan PKR.

PAS tidak menghimpun ahlinya dengan tarikan artis / hiburan seperti mana UMNO. PAS menghimpunkan ahlinya dengan nilai sebuah penderitaan. Apabila kebongokan Hishamudin ini bertembung dengan prinsip PAS pada awalnya, maka, moral peserta PAS semakin pudar.

Secara peribadi, wa dan seorang mod TKO telah mula bergurau akan akan status karnival ini sebelumnya. Tetapi memilih tetap hadir dan berdiam diri (kritik) bagi tujuan tidak mahu ianya menjadi agen pelemah semangat kepada yang lain. Sebaliknya cuba meredakan semampu yang dapat.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pesanan-mat-rock-kepada-mat-underground.html

3. Bertuan rumahkan “tuan rumah’.

Berbanding BERSIH, lokasinya adalah bebas. Tidak dimiliki oleh sesiapa. Tidak dibenarkan membawa lambang parti. Bebas-sebebasnya. Malah dikatakan turut disertai oleh orang UMNO. Manakala lokasi PROTES bertuan rumahkan PKR. Corak pengurusan PKR mendominasi sebaik sahaja berada di stadium.

Apabila begini, rakan-rakan UMNO pasti akan berpatah balik, rakan-rakan atas pagar yang tidak menyukai sesuatu yang kecil di pihak-pihak tertentu tidak akan menunggu lama.

4. Nilai karnival vs nilai demo.

Berada di dalam semangat yang meluap pada mulanya, tetapi masuk dalam satu situasi yang agak membosankan dalam satu tempoh yang lama, mungkin membuatkan ramai yang hanya hadir pada fasa pertama sahaja. (sehingga Zuhur).

Antara beberapa faktor kebosanan di pihak peribadi ialah :

a. Sistem sound yang mengecewakan. Ketika wa berada tepat di hadapan pentas (tidak pasti susun atur speaker), bunyi adalah jelas. Berada di bangku seberang yang bertentangan juga jelas. Tetapi tidak abaila berada di bahagian sebaris dengan pentas. Bunyinya melantun dan bergema. Sedangkan bahagian inilah yang sangat ramai.

b. Acara bermula yang sangat awal. Berbanding BERSIH, semuanya bermula selepas solat dan lewat. Majlis seakan sudah berada di pertengahan ketika wa sampai, dan para hadirin yang semakin ramai berasakan seakan sudah terlepas atau ketinggalan.

c. Tiada aktiviti yang bergerak. Yang ada ialah tipikal mendengar dan mendengar. Ketika wa ke Giant untuk makan dan solat, ratusan yang berhimpun menunggu bas telah melakukan demo secara tidak sengaja.

Kenderaan membunyikan hon / membuka lampu tanda sokongan. Lokasinya ialah di bawah jejantas menyeberang ke Giant. Demo dan protes dalam diri diluahkan kira-kira setengah jam di situ.

5. Faktor klimaks.

Pada pemerhatian wa, peserta demo hanya mahukan klimaks. Pendahuluan-pendahuluan adalah membosankan. Niat mahu menyuarakan protes diri, bukan mahu mendengar ceramah. Dan klimaks hanya satu fasa. Tidak beberapa fasa.

Sebagai satu contoh, mana-mana demo, semua berniat mahu terus beraksi sejak dari rumah. Selepas satu fasa, dalam 2-3 jam, maka, secara automatik masing-masing beredar. Hanya satu fasa. Cuba diandaikan diminta berkumpul semula selepas satu fasa, maka, wa yakin, hanya setengah dari keramaian fasa pertama yang diperolehi. (wa tak tahu sama ada wa berjaya sampaikan teori wa ni ke tak)

Jadi, selepas sebahagian berasakan telah ketinggalan di fasa pertama (acara yang awal), dan setelah diishtiharkan selepas fasa pertama, maka, ramailah yang terus pulang kecuali peserta tempatan di situ.

6. Protes vs Geramm

Wa tidak pasti yang mana satu, dan apa beza antaranya. Tetapi selalunya 2 kepala dalam satu kapal memang masalah. Kecuali mereka mampu asing-asingkan sesuatu itu mengikut tajuknya.

Hikmah dalam kegagalan.

Hikmah tetap ada. Tetapi kita tidak mengetahui secara tepat. Yang mampu, hanya sekadar meneka. Antara kemungkinan yang wa fikirkan ialah :

1. Biarlah BN berasa selesa berbanding rasa terdesak sehingga kekhuatiran mengishtiharkan darurat berlaku.

2. Pengajaran kepada pihak-pihak tertentu.

3. Percubaan yang baik dalam tajuk RND. Meng-karnival-kan demonstrasi. Bak kata pencipta mentol, saya bukan menemui kegagalan, tetapi menemui cara yang salah. (betul ke? Wa tak fasih BI)

Sekian dahulu. Insyaallah, jika ada kelapangan, wa akan upload video yang wa rakam, sepanjang perjalanan wa ke sana. Sebelum tu, wa nak ucapkan caya sama Unit Amal. Dari KL Sentral diorang bertugas, sehinggalah ke pintu masuk Stadium.

Dah sama standard dengan polis pulak. He. Seb baik takder helikopter Unit Amal.

Wallahualam

Comments

  1. asalamualaikum,
    hari ini gua baru berjumpa jodoh dengan blog lu...
    gua sangat happy baca blog lu..
    pandangan lu mmg mendalam...
    gua sebagai ahli pas banyak berfikir ttg pandangan lu
    insyallah, kita sama2 berusaha menegakkan hukum allah di bumi tercinta ini...
    "aper ader dengan bangsa, islam adalah hidup kita"

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...