Skip to main content

Pesanan Mat Rock Kepada Mat Underground.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Wa terpanggil untuk turut berkongsi pandangan tentang isu konsert demo PROTES. Sebelum menetapkan sebarang pandangan, perlu ditentukan apakah isu sebenarnya? Adakah konsert, atau pemuzik aliran underground, atau alat muzik yang digunakan, atau penampilan mereka?

Konsert.

Pada wa, bantahan Pemuda PAS bukan kepada konsert. Malah jika ini adalah bantahannya, wa tidak setuju. Kelantan telah mendahului masa dengan menunjukkan cara yang bagaimana mahu menganjurkan konsert. Walau ketika itu ditentang oleh golongan ortodoks-jumud pada ketika itu.

Jadi, pada wa, konsert bukan isunya.

Alat muzik.

Begitu juga dengan alat muzik. Tafsiran sempit tidak relevan. Tiada lagi bunyi bertali atau sebagainya di masa akan datang. Semuanya dihasilkan oleh komputer. Kelantan telah menunjukkan kepada pemuda muslim dan non muslim bagaimana cara Islam mengawal bidang muzik ini.

Muzikal altenatif oleh PAS yang dijayakan Ustaz Akhil, Ramli Sarip satu ketika dahulu juga tidak menyekat apa alat muzik.

Aliran muzik.

Yang ini wa rasa bermasalah. Itu pun bermasalah setakat ini. Ketika situasi keagamaan negara peringkat caca marba. Wa rasa Ostad Nasrudin, tidak bersetuju atas tajuk ini. Aliran underground banyak. Masa dan situasi yang ada adalah mustahil bagi Ostad Nasrudin atau Pemuda PAS menyemak kandungan aliran, lirik, motif, bentuk persembahan, yang diperjuangkan satu-satu jenis aliran muzik.

Jadi, pada pendapat wa, bantahan Pemuda PAS hanya bersifat sementara seperti TGNA menyekat sukan snuker. Apabila telah disemak, insyaallah, semuanya akan berjalan lancar.

Harap bersabar.

Wa membaca banyak luahan kesal dari pemuda underground. Wa tahu perasaan lu bro. Wa pun Mat Rock juga. Walau ada aliran lu yang memusuhi aliran rock. Cuma wa pesan, jangan taksub la bro. Bagi masa pada PAS menyusun semua ini. Keadaan sangat kucar-kacir. Teruskan sokongan lu orang kepada PAS, teruskan karya-karya protes lu orang.

Kalau ada rezeki nanti, kita pakatla reramai kerajaan baru buat Menteri Industri Hiburan, atau masukan industri hiburan bawah Menteri Kebudayaan. Bagi kat Ostad Akhil Hayy. Hehe. Pastu, mana-mana aliran underground yang mahu cop halal, sila bentang kat panel Ostad Akhil Hayy. Amacam? He.

Kesimpulan.

Wa harap, ketabahan lu, jiwa lu macam muzik yang lu perjuangkan. Tak mudah kecil hati. Sabar. Dan tabah. Jangan muzik jer keras, hati hati Uji Rashid and Hail Amir (He. Marah pulak keluarga Uji kat wa plak. Gurau ma). Buat dak2 PKR, wa faham kalau lu tak puas hati akan ketegasan PAS dalam isu ini. Walau apapun ketidakpuasan hati lu orang, wa harap, lu orang berhujah atas hujah. Jangan ugut-ugut, or majuk-majuk. Gentle n profesional.

Wa dah bagi penjelasan dari perspektif rokers bebas. Lu orang yang tak bersetuju berhak berhujah balas. Namun, dalam isu sejagat, kita tetap bersama. Profesional.

Yee yeeeeeaargghhhhhhhhh!!!! (Kengkunun Bandi Amuk la nih)

AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...