Skip to main content

Debat Anwar-Shabery : Satu Perspektif Peribadi.



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pendahuluan.

Pertamanya tahniah kepada Agenda Daily. Selepas MyKMU, kini giliran Agenda Daily memacu satu elemen demokrasi sihat dari arena maya ke dunia terbuka. Entah bila lah kita dapat melihat TKO di bawah Pemuda PAS ini mempunyai satu elemen peneraju seperti ini. Satu ketokohan mencipta arus berbanding mengikut arus.

Tahniah kepada semua pihak.

Selepas penganjur, tahniah juga kepada penyokong kedua pihak yang matang, moderator (ada sedikit insiden lucu yang akan diulas), dan kepada pendebat sendiri. Anwar dan Shabery. Secara peribadi Shabery jauh lebih berkeupayaan dari Paklah atau Najib yang hamba ramalkan bakal menjadi budak belasahan sekiranya berdepan dengan Anwar.

Hamba menontonnya di sebuah restoran. Suasana seumpama melihat bola. Yang membezakannya ialah jika bola dipenuhi golongan muda, tetapi debat ini dipenuhi oleh golongan pertengahan.

Ketokohan Anwar.

Peristiwa debat ini, pada hamba, telah memperbaiki imej liwatnya, malah melonjakkan lagi popularitinya. Secara demokrasi, ianya adalah sesuatu peluang yang sihat. Tetapi secara peribadi, ianya (debat itu) membuatkan Anwar berada satu langkah di hadapan (berbanding taktikal peribadi).

Shabery semakin tenggelam apabila menghampiri hujung.

Pada hamba secara peribadi, Shabery semakin lari dari tajuk atau isu menjelang ke akhir. Dia banyak mempersoalkan kaedah politik Anwar berbanding tajuk debat minyak. Gerakan jalan raya, menentang Tun Razak, etc, adalah kaedah politik Anwar, bukan soal pokok isu minyak.

Ini yang hamba lihat lah. Berkenaan dengan inflasi, jumlah dan nilai, tidak berani hamba ulas kerana berada di luar kemampuan. Cuma, alangkah cantik sekiranya Anwar mempersoalkan, mengapa hasil minyak perlu dilacurkan untuk satu alasan pasarana sekolah / pembangunan? Di manakah sumber Malaysia lain seperti barangan elektronik, komoditi dan sebagainya?

Apabila itu dilakukan, maka, hampir setengah masa perdebatan yang berkisar subsidi minyak dipotong untuk perbelanjaan lain dapat dijimatkan. Pandangan peribadi lah.

Moderator yang lucu.

Dalam menilai dan melihat satu suasana Malaysia negara dunia pertama, perbahasan yang bukan diwakili pendebat bertaraf YB Kinabatangan, tiba-tiba datang satu unsur lucu dari moderator berkenaan.

Soalan untuk Anwar. Mengapa perlu menjadi PM? Mengapa tidak diberi idea-idea kepada kerajaan sahaja? (lebih kurang maksud)

Hahahaha. Tertawa sebentar penonton di restoran. Sangat melucukan. Tidak perlu susah payah berarak di jalananlah kalau idea di dengar kerajaan. Hahahahaha. Malah Anwar menjawab dengan sinis bahawa kehadiran dia di situ adalah untuk menyampaikan idea lah. Hahahahaha.

(Sebentar, hamba berhenti menulis sebentar untuk sambung ketawa. Hahahaha)

Masalah PAS ialah dalam tajuk ketokohan.

Sekali lagi, dalam persaingan sihat, masalah terbesar PAS ialah masalah ketokohan untuk menawarkan jawatan pesaing. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sihat apabila di nilai dalam tajuk gelanggang yang sedang dipersiapkan. Tetapi adalah pukulan kepada PAS apabila di nilai dalam sebuah persaingan sihat tajuk tertentu. Hamba memilih untuk tidak menghuraikan.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak. Tahniah kepada penonton BN dan BR yang profesional, baik di dalam dewan mahupun di hdapan kaca TV. Masalah minyak adalah masalah kita semua. Ini bukan masalah politik peribadi.

Syabas. Penonton BN dan BR duduk semeja menonton satu suasana negara kelas pertama.

Terima kasih Menteri Penerangan.

Terima kasih semua.

Izinkan hamba sambung gelak yang tadi. Hahahahahahahahaha.

Wallahualam.

Comments

  1. Syabas buat semua yg terlibat..

    And most of all syabas diucapkan buat DSAI sbb, even diserang bertalu2 sgn si Abon (dgn izin), DSAI ttp cool,maintain,tak kalut, tak melatah... malah mampu lg tersenyum... Sungguh menunjukkan kematangannya dlm dunia fana ni.Mmg ternyata lebih makan garam berbanding si Abon yg lebih menonjolkan sifat kebudak2an...

    Abon, rakyat nak tau psl b'mana KERAjaan menguruskan $$$ pulangan dpd Petronas.. Bukannya nak tau psl asal-usul kejadian Petronas bla bla bla... Satu hari nnt Petronas akan bla bla bla.. Rakyat bukan nak Petronas tu bengkerap, tapi nak tau kenapa negara yg kaya dgn natural resources ni dah mcm hampir nak bengkerap???

    S'pore leh turun harga minyak dlm keadaan kenaikan harga minyak global, krisis makanan, inflation hike watsoever... Tp kenapa depa leh buat? Tu x pandang dr segi income per kapita penduduk lg.. Nape S'pore leh turun harga Abon wehhh??? (naperlah DSAI x tanya?? huhuhu)

    Eniwei,xtau nasib DSAI seterusnya.. Kita serah pd Allah swt.

    W/out DSAI pon, PAKATAN RAKYAT, u need to survive!!!! Pls....

    ReplyDelete
  2. lu ader soalkan pimpinan pas yg bleh bersaing ngan tokoh pimpinan lain..dr segi ketokohan aku raser ramai dlm pas nie..tp tonjol kehadapan tue kurang..tp aku percya konsep ppoe kor...iaitu org memilih islam sebagai wadah perjuangan..tp pd pandangan aku Allah akan pilih org yg sesuai memimpin jemaah islamNYA..tue sajer..kiter perlukn lapisan pimpinan..mmg btol..harapan kiter pd anwar dulu pon samer cmtue..suatu ms dulu..memimpin pas..tp die pie masuk umno..tp ader hikmahnya..die juga individu yg menyebbkn org masuk pas..kes 98..Percayalah (seperti kata sabery chik)..Akan ada pimpinan yg mapan dr PAS kiter tunggu...WALLahualam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.