Oleh : AdukaTaruna
Selepas TGNA mempelawa Mufti Perlis menyertai badan politik (PAS), banyak pihak yang menyinsing lengan Mufti. Ada yang meminta Mufti Perlis meyertai DAP (Di Atas Pagar*). Begitulah jumlah keluasan daya fikir yang dimiliki oleh Melayu PAS. Keluasan daya fikir ini sedang menyambut satu suasana Kelab Non Muslim PAS yang berkemungkinan dijadikan satu sayap PAS yang bertanding.
Keluasan daya fikir Melayu PAS bertarbiyah ini juga sedang menyambut satu golongan yang bukan Melayu, yang bertamadun, yang memiliki jaringan ekonomi, yang memiliki pemikiran lebih tinggi dalam masa terdekat. Suntuk.
Pelawaan TGNA.
Pelawaan TGNA adalah hikmah dan kesopanan seorang bapa. Mufti Perlis telah banyak membantu PAS dalam beberapa isu Islam. Maka, sebagai seorang yang memiliki sifat bapa, tidak sombong, TGNA wajarlah mempelawa Mufti Perlis. Keputusan mahu atau tidak terpulanglah semula kepada beliau. Yang penting, pelawa itu telah dilakukan. Adab dan hikmah seorang bapa telah dilaksanakan.
Namun, apabila Mufti Perlis menolak dengan baik, juga dengan lembut, maka, berlakulah keadaan normal dunia Melayu. Keluasan standard pemikiran Melayu yang mengherdik, memusuhi apa sahaja, siapa sahaja yang mengingkari kata-kata pemimpinnya. Sedangkan keupayaan komponen tafsir mereka tidak sama dengan pemimpin itu. Melatah dan terus melatah. Jika dibedah hati golongan tarbiyah ini, kita akan jumpai penuh dengan agen pembiak sifat benci, sifat bermusuh.
Mufti milik semua.
Kejumudan puak Melayu PAS dalam menanti satu situasi di mana, PAS memerlukan kerusi-kerusi dari Kelab Non Muslim PAS sangat-sangat membimbangkan. Masa sudah suntuk. Sekiranya mufti (Mufti Perlis dalam tajuk ini) dijemput memberikan dakwah / ilmu kepada Kelab UMNO Luar Negara, maka, dihentamlah Mufti tersebut.
Apabila Mufti menghadiri majlis ilmu kelolaan Barisan Rakyat, maka, dituduhlah Mufti mahu menyelamatkan karier dengan mengikut arus (ditanyalah dengan hujah). Paling melukakan golongan bebas ialah, apabila Mufti menolak dengan baik, akan perlawaan seorang bapa menyertainya, maka, semboyan perang pun dibunyikan. Ah... Melayu. Bangsa yang sangat bangang.
Sedangkan, tertegaknya Institusi Mufti itu adalah milik semua. Milik PAS, milik UMNO, milik NGO, milik pelajar sekolah, milik tukang kebun, miliki pelajar universiti.
Kemenangan yang diuji.
Kemenangan PAS dalam PRU kali ini adalah ujian. Adakah dengan ujian kemenangan ini PAS menggunakannya sebagai satu logistik dakwah atau satu logistik untuk mengumpul dan menambah musuh?
Selepas ALLAH memberikan kemudahan bergerak di banyak negeri, adakah PAS menggunakannya sebagai kemudahan dakwah atau kemudahan mengumpul musuh?
Selepas ALLAH memberikan kemudahan banyak kerusi di parlimen, adakah PAS menggunakannya sebagai kemudahan dakwah atau kemudahan mengumpul musuh?
Selepas ALLAH kembalikan kemudahan Harakah 2 kali seminggu , adakah PAS menggunakannya sebagai kemudahan dakwah atau kemudahan mengumpul musuh?
Selepas ALLAH mencampakkan tarikan dalam hati rakyat kepada TKO, adakah PAS menggunakannya sebagai kemudahan dakwah atau kemudahan mengumpul musuh?
Jangan jadi Terengganu 1999-2004.
Berfikirkan wahai PAS jumud.
Untuk membersihkan najis, perlu berada di luar najis.
AdukaTaruna
* (Di Atas Pagar) ini diletakkan kemudian selepas teguran pembaca. Dibimbangi mesejnya tidak sampai. Bagaimanapun, versi di TKO tidak dapat diedit semula. Apa yang hendak ditekankan ialah corak kita membentuk minda pembaca dalam setiap inci tulisan kita itu. Wallahualam.
salam bro..
ReplyDeleteBro patut baca dengan teliti pasal Mufti masuk DAP. Jangan dok main analisa sendiri.. (baca tajuk kot..)
Heh heh heh
Wassalam
DAP yg dimaksudkan dlm artikel itu ialah Di Atas Pagar.
ReplyDeleteTetapi tujuannya memilih istilah DAP?
: )
Motif menghalakan / membentuk minda pembaca berkenaan tajuk DAP?
Bagaimanapun, teguran / peringatan yang dihargai.
:D